Friday, June 11, 2010

ok..titik..saya x mahu dengar lagi!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum..

Hati tak tenteram. Macam2 yang di fikir. Nak buat keje pun macam malas. memikirkan masa depan yang masih tak di ketahui macam mana kesudahannya. Akan jadi beginikah, akan jadi begitukah, gini gitu gini gitu. aisshhh.bila nk habis kalo asyik nak fikir cenggini.

Jadi budak kecik lagi best xyah fikir pape. Tahu nak bermain jek. alangkah indahnya la kan saat ketika kecil. Tahu makan, main dan tidur. tu je la yang tahu.

hati asyik berkata-kata sendiri. betul ke kalo aku buat cenggini? betul ke kalo aku buat cenggitu? huhu...pening..pening..

bila cuba untuk kembalikan semuanya pada Yang Maha Yang Esa, mesti ada je suara-suara huduh yang kedengaran. membuatkan diri berkira-kira sampai 10 kali. patut ke? aishh..ni mesti kerja setan jahanam yang tak habis-habis nak menganggu. ko xde keje lain ek Setan?

Apa kah yang patut ku buat? patut kah aku teruskan impian yang telah sekian lama kami impikan? perlukah aku lakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan? patutkah aku teruskan sahaja niat itu tanpa sebarang perancangan? patutkah aku ikutkan saja arus yang telah di tetapkan? perlukah aku meminta pertolongan? huh...pening!!!!!!!!!!!!

Seperti tiada jalan penyelesaian. akhirnya cuma dapat berserah? tapi bolehkah aku menyerah sebelum berjuang? tapi bila diniatkan mahu di teruskan perjuangan tapi ada saje suara-suara sumbang yang menyumbangkan idea bodohnya yang tak masuk dek akal.

ok titik..saya tak mahu dengar pape lagi. biarlah saya berjuang dan mengalah asalkan orang yang Ku sayang senang hati dan gembira. untuk sedapkan hati, InsyaAllah Allah akan menolong hamba-hamba-Nya yang patuh pada perintah-Nya. amin.. Semoga perjuangan ini akan di berkati dan di rahmati oleh-Nya. Amin..

Thursday, June 10, 2010

Kalaulah...........

Assalamualaikum

Wah lama kan blog ni x berupdate. huhu...mcm biskut chipsmore, kejap ada kejap hilang. hehe..and hoping masih ada lagi orang yang nak baca blog ni..huhu..

Actually banyak benda nak cite tapi di sebabkan kekangan masa, di lupakan hasrat itu terlebih dahulu. Tapi bila Allah dah kurniakan kesempatan lupa plak nak cite apa. huhu..

Ok la..banyak hal yang terjadi baru-baru ni. ada yang gembira, ada yang sedih dan mcm2 lagi. Dan yang paling mengejutkan bila mendapat berita kematian seorang cousin belah suami. eh bukan sorang tapi sekeluarga meninggal di tempat kejadian disebabkan terlibat dengan kemalangan and jika ada siapa yang perasan, cerita ni ada di siarkan di berita TV3 and besoknya semua surat khabar mengeluarkan cerita tentang kemalangan ni. kebetulan saya sempat save link from metro online. mungkin anda bole dapat cerita ini dengan lebih lanjut from this link. MetroOnline click this link.


Walaupun kejadian tu dah lebih 2 minggu berlalu tapi masih lagi teringat-ingat sewaktu dikhabarkan berita kematian itu. Kebetulan masa tu saya berada di KL. kami sekeluarga memang terkejut sbb macam kematian mengejut kan. if derang memang sakit then expected la. ermm...Tapi tu la, mati itu tidak mengenal usia. tidak kira tua or muda pasti akan mengalaminya. Inilah kehendak Yang Maha Esa. Tiada sesiapa pun yang boleh lari dari kekuasaan-Nya. Semua adalah dengan takdir-Nya. Telah tersurat di Loh Mahfudz when will die and how we will die. But hanya kita yang masih tak menyedarinya. Masih leka. Masih angkuh untuk mengakuinya. Masih di buai dengan semua kesenangan dunia. Takde sedetik pun di dalam hati memikirkan alam akhirat. semua yang ada di fikiran hanya la Dunia semata-mata.

Tapi yang x bestnya..bila dah dapat musibah macam ni ada la cakap2 yang tak sedap di dengar yang pada saya tidak patut di ucapkan dan sememangnya sebagai orang Islam kita tidak patut menuturkan perkataan seperti ini even though what you thinking and believe is different from what your talking sebab akan membuatkan kita terpesong.

Saya bagi contoh situasi di mana terjadi kemalangan. Ada la ayat2 macam ni yang keluar
"kalau la aku x lalu kawasan mesti tak kan jadi macam ni"
"budak A tu selalu kuar malam-malam and bawa keta laju-laju. Sebab tu jadi mcm tu"
"kalau la dia x bawa keta laju-laju macam ni mesti takkan jadi macam ni"

dari ayat-ayat di atas apa pendapat anda? anda rasa biasa dengar kan? actually sebenarnya perkataan2 seperti ini yang bole membuatkan kita syirik dan tidak percaya pada ketentuan Allah. Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah mengapa kita nak menafikan dengan menyebut perkataan "KALAU".

kenapa kita bawa keta laju-laju? adakah sebab itu kehedak dan kemampuan diri kita atau Allah sendiri sudah menetapkannya di Loh Mahfudz? Adakah kita akan bawa dengan laju tanpa kehendak-Nya?
kenapa kita lalu kawasan itu? adakah ini juga kehendak dan kemampuan kita diri sendiri tanpa bantuan Allah? Kawan-kawan semua yang terjadi pada diri kita adalah ketentuan-Nya dan mengapa kita nak menafikan? Sebagai contoh, sekarang ni saya sedang menaip article ni, adakah saya akan menaip jika bukan Allah yang mengkehendakin-Nya. Setiap detik, saat dan minit apa yang terjadi dalam hidup kita sudah tercatat di Loh Mahfudz. Mengapa kita masih nak menafikannya?

fikir2kan dan selamat beramal. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat-Nya. Amin. Dan sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita kecapi kerana sudah banyak kesenangan yang Allah beri pada kita, cuma kita yang masih tak menyedarinya dan masih leka dan lalai. Dan yang paling penting sentiasalah cuba mengingati-Nya. kerana dengan mengingati-Nya hati kita akan menjadi tenang. Cubala anda akan tahu apa hasilnya. Amin.

Thursday, February 18, 2010

boleh tak?

Assalamualaikum wbt

hoho...baru sebentar tadi membaca blog kawan and ternampak my blog yang sudah tidak ber'update' selama 5 weeks dalam her blog list. ulpp...lama nya..haha..masalahnya tiada idea nak menulis apa and kebetulan sekarang masa sengkang banyak di isi dengan hobi baru saya iaitu menjahit. So saya lebih kerap meng'update' my blog yang lagi satu tu. hehe..

untuk tidak menghampakan pembaca-pembaca blog ni..ada ke pembaca?..hoho.. x kisahla janji blog saya akan ber'update' kan..hehe

hari ni hari kedua bekerja dan still sunyi sebab masih ramai yang bercuti sempena CNY. So last weekend rasanya cuti paling manis la kut. hehe...jika sebelum ni aktiviti ketika cuti hanya stay di rumah tetapi cuti kali ni banyak berjalan. Bukan melancong ke luar negeri tapi sudah memadai kalau suami sudi nak bawa berjalan-jalan ke penang kan. huhu..Actually me and my husband lagi suka stay di rumah ketika cuti dengan menghabiskan masa bersama-sama. lagi bermakna kan kalau berdua di rumah..muahaha..alangkah manisnye detik itu..muahaha..ok dah jangan fikir negatif k.. :P hehe..kalau di rumah boleh buat aktiviti mengemas rumah bersama-sama kan, memotong rumput bersama-sama, masak bersama-sama, menonton tv bersama-sama and banyak lagi la bersama-sama iteww..hehe..so dalam masa yang sama boleh merapatkan lagi hubungan kami di sebabkan kami duduk berjauhan kan. kalau tiap-tiap hari jumpa confirm mesti bosan kan tapi sebab jarang berjumpa so aktiviti begini lagi manis kan..hehe

Yang bestnye last weekend dapat juga bershopping ke nagoya di Tesco, seberang jaya. muahaha..dah lama teringin nak ke sana. Owh sekarang ni saya pantang nampak kedai kain..mesti nak singgah macam dah addicted dengan kain plak..bila tengok kain-kain yang banyak and mula macam-macam yang terbayang di fikiran. nak jahit baju macam ni, nak jahit baju macam tu..OMG..apa dah jadi ni...sampai satu tahap kalau la aku jutawan confirm aku dah beli butik nagoya tu, so semua kain-kain yang ada di dalamnya akan jadi milik aku..muahaha...tapi itu hanyalah mimpi semata-mata..haha..

sekarang ni plak dah addicted nak mengumpul koleksi kain cotton and termasuklah sekali kain heavy cotton. huhu..kat umah je dah ada 4 jenis kain cotton yang cadangnya nak buat baju blouse tapi sampai sekarang masih tak berusik..huhu..matila kalo hubby tahu..haha..mula la syarahan akan keluar dari mulutnya yang seksi iteww..awww..hoho..ok weekend ni bertekad nak potong semua sekali kain and terus menjahitnya and boleh la memakainya pada weekend yang akan datang. hehe..serunuknya..harap-harap ia akan menjadi kenyataan..sebab last weekend pun aktiviti menjahit dah low sebab tangan dah sakit-sakit. kesian suami yang asyik rela/paksa urut tangan ni..muaha...sape tak sayang bini oii..kan? kan? kan?

impian saya sekarang ni nak dapatkan satu mesin sager or dalam bahasa melayunya mesin jahit tepi. so kalau dah ada mesin ni di rumah jadi aktiviti menjahit akan menjadi lebih lancar dan cepat. and takdela aktiviti yang tertangguh. huhu..kalo ada orang nak sponsor kan best. huhu...ada yang sudi? hoho...

Tuesday, January 12, 2010

Apa? Ko ingat ko bagus sangat ke?

Assalamualaikum wbt

Semakin lama kita hidup di muka bumi ini semakin banyak cabaran dan onak duri yang perlu kita hadapi. Dengan cabaran-cabaran inilah yang mematangkan kita. Dan ia juga akan menjadi pengalaman yang bermakna buat kita bagi mereka yang sedar akannya. Maka rugila bagi mereka yang masih buta dan tercari-cari apa itu makna cabaran itu sendiri.

Jika kita peka dengan keadaan sekeliling, kita cuba untuk belajar darinya dan cuba membetulkan apa-apa kesalahan yang kita rasa perlu. Tetapi ada juga yang masih mengulangi kesalahan yang sama dan tidak timbul rasa bersalah dalam diri malah merasa bangga akannya. Maka timbul la rasa bongkak, sombong, alpa, lalai dan macam-macam lagi sifat mazmumah. Kita mungkin tidak sedar akan perangai dan perubahan dalam diri kita kerana kita menganggap ianya adalah normal tetapi tidak bagi orang lain. Kadang kala orang lain lebih baik memahami dan menilai diri kita sendiri. Adakalanya pendapat orang lain pun di perlukan untuk membetulkan apa-apa kesalahan yang kita rasa perlu dalam diri kita.

Sebagai orang Islam kita percaya akan kewujudan Allah dan percaya akan qada' dan qadarnya. Kita tidak akan terlepas dari-Nya walaupun sesaat. Semua keupayaan dan kekuatan yang ada pada kita adalah dari izin dan pertolongan dari-Nya. Jika tanpa izin-Nya kita hanyalah di ibaratkan sebagai sebuah patung yang tidak dapat melakukan apa-apa tanpa bantuan tuannya. Kita tidak boleh berjalan, bercakap, berfikir, berlari dan sebagainya kerana ia adalah di atas kekuasaan-Nya. Kita tidak sedar akan hal ini kerana kita sudah terbiasa dengan segala rutin ini selama berbelas-belas tahun. Setiap saat bila kita melakukan sesuatu kita tidak memikirkan itu semua adalah dari-Nya. Malah ada yang beranggapan itu adalah keupayaan mereka sendiri. Austagfirrullahilazim.

Adakalanya setiap kejadian yang terjadi ke atas kita mungkin adalah ujian dari-Nya. Tetapi kita tidak sedar kerana setiap saat dalam hati tidak mengingati pada-Nya. Kita lebih memikirkan hal lain yang lebih kepada keduniaan sehingga kita alpa pada-Nya. Sesungguhnya mengingati dan berzikir kepada Allah adalah lebih baik dari bersedekah.

Setiap manusia di muka bumi melalui pengalaman yang berlainan dan tidak sama antara satu sama lain. Manusia di beri ujian yang bermacam-macam ada yang baik dan ada yang buruk. Kita selalu beranggapan apabila musibah menimpa kita, kita baru sedar itu adalah ujian dari-Nya dan barula mula mengingati dan meminta pertolongan dari-Nya. Tetapi kita tidak sedar ada juga ujian lain yang Allah beri kepada kita seperti di berikan rezeki yang melimpah ruah, rumah dan kereta yang besar, di berikan pangkat, di beri anak-anak yang ramai, di beri kemasyuran, di beri kemewahan dan sebagainya. Sebenarnya, sedarlah wahai saudara-saudara ku semua, itu juga adalah diantara ujian dari-Nya. Allah hanya ingin menguji sama ada kita akan mengingati-Nya atau tidak jika di beri semua kesenangan itu. Kita akan menjadi lupa mengingati-Nya bila semua kesenangan itu sudah tersedia depan mata kita tetapi kita hanya akan mula sedar bila kesenangan itu diambil semula oleh Allah. Barulah mahu memohon doa dan sebagainya yang tidak pernah kita lakukan ketika di beri semua kesenangan itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Walau sebanyak mana dosa kita selagi kita mahu bertaubat Allah pasti akan mengampuninya. Apa yang kita tidak sedar, setiap saat Allah tidak pernah melupakan hamba-hamba-Nya, belum kita memintanya Allah sudah memberikannya terlebih dahulu. Tetapi pernahkah sesaat kita selain waktu solat kita mengingati-Nya? Jawapannya pasti tidak kan? Hanya orang yang di beri hidayah oleh Allah akan sedar akan itu. Maka rugilah orang yang masih teraba-raba.

Ada orang mengatakan hidup kita ini ibarat roda. Kadangkala kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Tetapi sifat manusia yang sentiasa alpa dan ia sudah menjadi sebati, membuatkan orang yang sudah berada di atas tidak akan sekali-kali memandang orang di bawah. Dan orang di bawah pula menyanjung tinggi orang yang di atas. Sedangkan Nabi kita Muhammad SAW sudah berkali-kali berpesan supaya selalu memandang orang yang lebih bawah atau teruk dari kita kerana ia akan sentiasa membuatkan kita bersyukur dengan apa yang kita miliki. Dan jangan sekali-sekali memandang orang yang lebih atas dari kita kerana ia akan lebih membuatkan kita menjadi seorang yang tamak dan tidak tahu bersyukur. Kita harus bersyukur masih di beri oleh makanan dan pakaian yang baik jika hendak dibandingkan dengan orang-orang yang berada di negara yang mundur. Tetapi kita tidak sedar kan kerana hati dan mata kita di tutupi oleh syaitan dan menyanjung tinggi orang lebih berjaya dari kita. Padahal orang itu tidak punya apa-apa, kerana semua kejayaan yang dimilikinya bukanlah miliknya seratus peratus tetapi hak mutlak Allah SWT.

Dan jangan juga sesekali kita memandang hina pada orang yang lebih rendah dari kita kerana berkemungkinan orang yang kita pandang hina itu lebih mulia di sisi Allah. Orang yang ada pangkat pandang rendah pada yang tiada pangkat, orang yang memiliki sijil pendidikan yang tinggi memandang rendah pada yang bawah darinya, orang yang kaya tidak mahu berkawan dengan orang yang miskin dan sebagainya. Tetapi kita tidak sedarkan? semua yang kita perolehi itu adalah dari-Nya dan ia hanyalah di pinjamkan kepada kita buat sementara waktu. Bila-bila masa ia akan di ambil semula oleh-Nya jika Dia berkehendakkan.

Kita mula berbangga dengan semua kejayaan yang kita miliki dan tiada sekali pun dalam sesaat dari masa kita, kita memikirkan empunya semua kejayaan itu kerana kita beranggapan itu semua adalah hasil usaha kita dan tidak sesekali beranggapan yang kita mendapat pertolongan dari-Nya. Sedarlah wahai saudara-saudara ku, pangkat, harta dan segala apa yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman dari-Nya. Tiada apa yang boleh kita banggakan kerana ia bukanlah milik kita seratus peratus. Tidak perlu rasa bongkak, sombong, berlagak, dan sebagainya kerana ia hanya akan menjadi makanan di neraka nanti. Kita akan di balas setimpalnya dengan apa yang kita lakukan di muka bumi ini. Jika baik maka baiklah balasannya dan jika buruk maka buruklah balasannya.

Dan saya juga sedar apa yang saya tulis ini bukanlah milik saya sepenuhnya kerana ilham penulisan ini juga datang dari-Nya. Saya hanyalah perantara sahaja. Jadi marilah saudara-saudara ku kita menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah dan perbaikilah hidup kita dari sehari ke sehari. Kita manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Semoga kita semua berada di dalam lindungan-Nya. Amin.

Monday, January 4, 2010

Apa ada pada tahun 2010?

Assalamualaikum..

Sudah lama blog ni terbiar lama kan..hehe..Hari ini dah masuk tahun baru dan hari ini juga hari pertama bekerja di tahun baru. Umur sudah meningkat, usia perkahwinan pun dah nak menjangkau ke tahun ketiga dan tahun ini masuk juga masuk tahun ke lima saya berkerja di Intel. Wow...tidak ku sangka masih bertahan sampai ke hari ini. Harapan untuk mendapatkan pekerjaan di Kuala Lumpur supaya dapat hidup bersama suami masih gelap. Masih tidak nampak cahaya-cahaya yang timbul..huhu..sedihnya..gamaknya saya akan melekat lagi la di Kulim untuk tahun ini juga..waaaaaaa...

Bila dah masuk tahun baru semua orang teruja dan mula menanam azam masing-masing. Ada juga yang berkira-kira dengan azam tahun lalu yang tidak kesampaian. Semua orang begitu tetapi masih wujudkah orang yang takde azam? Oh mesti ada..contohnya diri saya..hehe..Honestly, sejak kecil saya tidak pernah langsung memasang azam pada setiap tahun baru. Adakah saya patut? Ini bukan bermakna saya tiada pendirian dan tiada cita-cita, cuma saya tidak terlalu taksub untuk mengejarnya. Saya lebih percaya pada ketentuan Allah. Dan jika di fikir-fikir dunia ini hanya sementara dan semua yang ada di muka bumi hanyalah rekaan semata-mata tiada yang benar dan kekal. Ermm...ntahla..sejak dah bergelar isteri, eh jap-jap.. bukan-bukan...rasanya sejak kecil lagi kut, saya langsung tak teruja dengan apa yang mereka panggil sambutan tahun baru. Apakah itu sambutan tahun baru?

Kita terlalu taksub dengan sambutan tahun baru tetapi bagaimana sambutan kita untuk Maal Hijrah? Kita bole meluangkan masa berjam-jam untuk menyambut dan menunggu tahun baru tetapi apakah yang kita lakukan pada Maal Hijrah? Sebagai umat islam kita lebih perlu mengutamakan sambutan Maal Hijrah daripada sambutan tahun baru. Konsert di sana-sini di adakan untuk menyambut tahun baru. Bole dikatakan lebih dari satu tempat dan yang paling pasti ia akan di penuhi dengan ribuan manusia. Tetapi berapa ramai orang yang memenuhi dewan untuk menyambut Maal Hijrah? Saya serahkan semua persoalan pada anda untuk menjawabnya. Tidak kurang juga, ada yang mengambil kesempatan untuk memadu asrama. Austagfirrullahilazim..Jika kita perhati berapa banyak kes-kes khalwat yang di paparkan di dada2 akhbar pada keesokan harinya. Semoga apa yang dipaparkan itu akan menjadi teladan dan pengajaran pada kita. Dan semoga Allah menyelamatkan kita dari bencana ini.

Bila cerita pasal azam pula, kita dengar berbagai harapan yang mereka inginkan. Sebagai contoh azam supaya tahun ini dapat naik pangkat, dapat rumah baru, dapat kereta baru, pergi melancong dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita berazam untuk memperbaiki dan mempertingkatkan iman kita? Pernahkah kita berazam untuk menambahkan ilmu pengetahuan agama islam? Pernahkah kita berazam untuk memperbaiki solat kita? Pernahkah kita berazam untuk menunaikan solat berjemaah setiap hari? Pernahkah kita berazam untuk menghadirkan diri di majlis-majlis ilmu? Pernahkah kita berazam untuk membaca Al-quran setiap hari? Pernahkah kita berazam untuk menunaikan haji atau umrah? Jika ada yang berazam begini, Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah pada anda. Anda memilih jalan yang benar dan azam yang paling sempurna.

Well, human is not perfect. Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Jadi marilah kita perbetulkan apa yang masih kita jahil tentang islam untuk tahun baru ini sebelum terlambat. Jangan di lengah-lengahkan benda yang baik. Kita belum tentu akan dapat hidup pada hari esok mahupun petang ini mahupun malam ini. Kekuasaan itu bukan terletak pada tangan kita tetapi ianya ada pada tangan Yang Maha Esa. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Marilah kita sama-sama renungkan apa yang betul-betul perlu untuk diri kita dan apa yang tidak perlu. Marilah juga renungkan bersama apa yang sudah kita lakukan pada tahun yang lepas dan cubala perbaikinya. Tiada ruginya. Malah lebih menguntungkan. Biarlah kita bukan sahaja berjaya di dunia tetapi juga di akhirat. Kejayaan di akhirat lebih bermakna dan hadiah yang paling berharga dan tiada nilainya. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.

Saya doakan semoga tahun ini akan menjadi tahun yang baik untuk anda. Amin.. :)