Assalamualaikum wbt
Tiba-tiba je malam ni rasa sedih yang tidak tahu apa sebabnya.huhu..Walaupun ketika ini menonton cerita "You think you can dance" masih lagi terasa sedih yang ntah papae ntah ni. Kalau di layan nanti makin parah. Jadinya untuk hilangkan rasa sedih tu saya update la blog ini. hehe..harap-harap lepas ni dapat tido dengan aman tanpa di belenggu rasa sedih ini. Malam ini kena tidur awal dan secukup-cukupnya kerana esok ada presentation yang perlu saya lakukan di ofis.
Kali ini nak cite hal yang terjadi last 2 weeks, which is my husband and his siblings ada buat barbecue sempena hari raya. So fun and seronok pula bila semua siblings berkumpul bersama-sama ipar duai. Actually adik beradik my husband memang rapat. ada sahaja aktiviti yang mereka nak buat. sometimes macam malas nak join sebabnya penat nak kena travel balik KL jek..jadinya memang plan tak nak join pun sebab baru je kan balik dari KL kan.
Actually minggu tu tak terfikir nak balik sebab mogok dengan suami. Nak suh suami turun sini jugak..huhu..degil sungguh kan. tapi nak buat macam mana. Kakak ipar dah pujuk-pujuk suruh turun KL tapi hati ini memang keras. So, hari jumaat tu balik rumah macam biasa sebab memang tak plan pun nak balik KL. Dalam kepala otak dah fikir macam-macam apa nak buat weekend tu di tambah dengan baju yang tidak di basuh sudah penuh di bakul. Dan kebetulan weekend tu ada jemputan open house di rumah Zam. So ingat nak memenuhi jemputan itu tapi tak dapat nak pegi. Sorry ye zam.
Memang tak terfikir pun nak balik KL tetapi ada orang jemput di rumah balik KL sape yang tak nak kan.hehe..boleh jimat tambang untuk sehala. Sebenarnya hari jumaat petang tu sesampainya di rumah dari ofis, telefon berbunyi. Pastu terus dapatkn phone and rupa-rupanya mesej dari abang ipar. Dia bertanyakan tak balik KL ke hari ini. Dalam hati macam pelik, apsal abang ipar aku ni sorang. sebelum ni tak pena tanya, dah 2 tahun aku kat sini pun dia tak pena tanya tapi nape sekarang baru nak tanya.hehe..so reply la mesej dia kata x balik, lepas dah send mesej terus telefon suami bagi tahu hal ini, kang takut salah faham la pulak kang. dia pun pelik jugak.
letak je telefon after called my husband, phone berbunyi lagi, abang ipar anta mesej lagi, rupa-rupanya dia bertanyakan nak tumpang dia balik KL tak sebab sekarang dia on the way nak balik KL dari Kangar, Perlis atas urusan kerja. Dalam hati terus menjerit suka..haha...mestila nak kan..sape yang tak nak..boleh jimat tambang perjalanan untuk sehala..jimat la rm 40 kan. hehe..jari pun dengan pantasnya meng"reply" mesej, kata ya. tapi bila dah send jek terus menyesal, alamak tak minta izin kat suami pun main balas jek..huhu..
pastu terus tekan speed dial no phone suami. Nasib baik suami kata ok..haha..dia kata ikut la..baik bagi tahu suami awal-awal kata ikut abang dia..kang takut my husband misunderstanding plak kang..susah plak nak jawab kang. Tapi memang bersyukur sangat2, dalam hati berbisik, baik hati sungguh abang ipar aku ini sorang, ingat jugak kat aku ini yang jauh terlantar ni..hehe.. Hati jahat pun berbisik, kalau tiap-tiap minggu macam ni kan best..haha..
Pastu dalam kul 8 lebih abang ipar pun sampai di depan umah bersama dengan driver and sorang staf. Balik la saya bersama 3 orang lelaki di dalam kereta Fortuner itu. Tak malu betul saya ini, sebabnya saya sorang je popuan dalam keta tu tapi tak kisahla janji free and ada abang ipar, plus suami dah beri keizinan pun..haha..
Jadi ini la ceritanya..haha..alhamdulillah..lepas taip ini terus hilang rasa sedih tu..lepas ni nak tido la sebab sok pagi kena bangun awal..ok bye..oh tak lupa..saya nak post kan gambar saya dan suami ketika barbecue itue...hehe..walaupun sibuk panggang ayam masih sempat lagi menangkap gambar (ayat dari makcik belah suami)..haha..ah tak peduli, nak jugak amik gambar dah la susah nak amik gambar dengan suami sebabnya suami saya ni pemalu..hehe..
2 comments:
asal muka abg ipar aku cam org pas je.........hahaha
memang orang pas pun..muahahahha...ni kan ustaz masdaifi...hahaha
Post a Comment