Monday, January 4, 2010

Apa ada pada tahun 2010?

Assalamualaikum..

Sudah lama blog ni terbiar lama kan..hehe..Hari ini dah masuk tahun baru dan hari ini juga hari pertama bekerja di tahun baru. Umur sudah meningkat, usia perkahwinan pun dah nak menjangkau ke tahun ketiga dan tahun ini masuk juga masuk tahun ke lima saya berkerja di Intel. Wow...tidak ku sangka masih bertahan sampai ke hari ini. Harapan untuk mendapatkan pekerjaan di Kuala Lumpur supaya dapat hidup bersama suami masih gelap. Masih tidak nampak cahaya-cahaya yang timbul..huhu..sedihnya..gamaknya saya akan melekat lagi la di Kulim untuk tahun ini juga..waaaaaaa...

Bila dah masuk tahun baru semua orang teruja dan mula menanam azam masing-masing. Ada juga yang berkira-kira dengan azam tahun lalu yang tidak kesampaian. Semua orang begitu tetapi masih wujudkah orang yang takde azam? Oh mesti ada..contohnya diri saya..hehe..Honestly, sejak kecil saya tidak pernah langsung memasang azam pada setiap tahun baru. Adakah saya patut? Ini bukan bermakna saya tiada pendirian dan tiada cita-cita, cuma saya tidak terlalu taksub untuk mengejarnya. Saya lebih percaya pada ketentuan Allah. Dan jika di fikir-fikir dunia ini hanya sementara dan semua yang ada di muka bumi hanyalah rekaan semata-mata tiada yang benar dan kekal. Ermm...ntahla..sejak dah bergelar isteri, eh jap-jap.. bukan-bukan...rasanya sejak kecil lagi kut, saya langsung tak teruja dengan apa yang mereka panggil sambutan tahun baru. Apakah itu sambutan tahun baru?

Kita terlalu taksub dengan sambutan tahun baru tetapi bagaimana sambutan kita untuk Maal Hijrah? Kita bole meluangkan masa berjam-jam untuk menyambut dan menunggu tahun baru tetapi apakah yang kita lakukan pada Maal Hijrah? Sebagai umat islam kita lebih perlu mengutamakan sambutan Maal Hijrah daripada sambutan tahun baru. Konsert di sana-sini di adakan untuk menyambut tahun baru. Bole dikatakan lebih dari satu tempat dan yang paling pasti ia akan di penuhi dengan ribuan manusia. Tetapi berapa ramai orang yang memenuhi dewan untuk menyambut Maal Hijrah? Saya serahkan semua persoalan pada anda untuk menjawabnya. Tidak kurang juga, ada yang mengambil kesempatan untuk memadu asrama. Austagfirrullahilazim..Jika kita perhati berapa banyak kes-kes khalwat yang di paparkan di dada2 akhbar pada keesokan harinya. Semoga apa yang dipaparkan itu akan menjadi teladan dan pengajaran pada kita. Dan semoga Allah menyelamatkan kita dari bencana ini.

Bila cerita pasal azam pula, kita dengar berbagai harapan yang mereka inginkan. Sebagai contoh azam supaya tahun ini dapat naik pangkat, dapat rumah baru, dapat kereta baru, pergi melancong dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita berazam untuk memperbaiki dan mempertingkatkan iman kita? Pernahkah kita berazam untuk menambahkan ilmu pengetahuan agama islam? Pernahkah kita berazam untuk memperbaiki solat kita? Pernahkah kita berazam untuk menunaikan solat berjemaah setiap hari? Pernahkah kita berazam untuk menghadirkan diri di majlis-majlis ilmu? Pernahkah kita berazam untuk membaca Al-quran setiap hari? Pernahkah kita berazam untuk menunaikan haji atau umrah? Jika ada yang berazam begini, Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah pada anda. Anda memilih jalan yang benar dan azam yang paling sempurna.

Well, human is not perfect. Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Jadi marilah kita perbetulkan apa yang masih kita jahil tentang islam untuk tahun baru ini sebelum terlambat. Jangan di lengah-lengahkan benda yang baik. Kita belum tentu akan dapat hidup pada hari esok mahupun petang ini mahupun malam ini. Kekuasaan itu bukan terletak pada tangan kita tetapi ianya ada pada tangan Yang Maha Esa. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Marilah kita sama-sama renungkan apa yang betul-betul perlu untuk diri kita dan apa yang tidak perlu. Marilah juga renungkan bersama apa yang sudah kita lakukan pada tahun yang lepas dan cubala perbaikinya. Tiada ruginya. Malah lebih menguntungkan. Biarlah kita bukan sahaja berjaya di dunia tetapi juga di akhirat. Kejayaan di akhirat lebih bermakna dan hadiah yang paling berharga dan tiada nilainya. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.

Saya doakan semoga tahun ini akan menjadi tahun yang baik untuk anda. Amin.. :)

No comments: