Tuesday, January 12, 2010

Apa? Ko ingat ko bagus sangat ke?

Assalamualaikum wbt

Semakin lama kita hidup di muka bumi ini semakin banyak cabaran dan onak duri yang perlu kita hadapi. Dengan cabaran-cabaran inilah yang mematangkan kita. Dan ia juga akan menjadi pengalaman yang bermakna buat kita bagi mereka yang sedar akannya. Maka rugila bagi mereka yang masih buta dan tercari-cari apa itu makna cabaran itu sendiri.

Jika kita peka dengan keadaan sekeliling, kita cuba untuk belajar darinya dan cuba membetulkan apa-apa kesalahan yang kita rasa perlu. Tetapi ada juga yang masih mengulangi kesalahan yang sama dan tidak timbul rasa bersalah dalam diri malah merasa bangga akannya. Maka timbul la rasa bongkak, sombong, alpa, lalai dan macam-macam lagi sifat mazmumah. Kita mungkin tidak sedar akan perangai dan perubahan dalam diri kita kerana kita menganggap ianya adalah normal tetapi tidak bagi orang lain. Kadang kala orang lain lebih baik memahami dan menilai diri kita sendiri. Adakalanya pendapat orang lain pun di perlukan untuk membetulkan apa-apa kesalahan yang kita rasa perlu dalam diri kita.

Sebagai orang Islam kita percaya akan kewujudan Allah dan percaya akan qada' dan qadarnya. Kita tidak akan terlepas dari-Nya walaupun sesaat. Semua keupayaan dan kekuatan yang ada pada kita adalah dari izin dan pertolongan dari-Nya. Jika tanpa izin-Nya kita hanyalah di ibaratkan sebagai sebuah patung yang tidak dapat melakukan apa-apa tanpa bantuan tuannya. Kita tidak boleh berjalan, bercakap, berfikir, berlari dan sebagainya kerana ia adalah di atas kekuasaan-Nya. Kita tidak sedar akan hal ini kerana kita sudah terbiasa dengan segala rutin ini selama berbelas-belas tahun. Setiap saat bila kita melakukan sesuatu kita tidak memikirkan itu semua adalah dari-Nya. Malah ada yang beranggapan itu adalah keupayaan mereka sendiri. Austagfirrullahilazim.

Adakalanya setiap kejadian yang terjadi ke atas kita mungkin adalah ujian dari-Nya. Tetapi kita tidak sedar kerana setiap saat dalam hati tidak mengingati pada-Nya. Kita lebih memikirkan hal lain yang lebih kepada keduniaan sehingga kita alpa pada-Nya. Sesungguhnya mengingati dan berzikir kepada Allah adalah lebih baik dari bersedekah.

Setiap manusia di muka bumi melalui pengalaman yang berlainan dan tidak sama antara satu sama lain. Manusia di beri ujian yang bermacam-macam ada yang baik dan ada yang buruk. Kita selalu beranggapan apabila musibah menimpa kita, kita baru sedar itu adalah ujian dari-Nya dan barula mula mengingati dan meminta pertolongan dari-Nya. Tetapi kita tidak sedar ada juga ujian lain yang Allah beri kepada kita seperti di berikan rezeki yang melimpah ruah, rumah dan kereta yang besar, di berikan pangkat, di beri anak-anak yang ramai, di beri kemasyuran, di beri kemewahan dan sebagainya. Sebenarnya, sedarlah wahai saudara-saudara ku semua, itu juga adalah diantara ujian dari-Nya. Allah hanya ingin menguji sama ada kita akan mengingati-Nya atau tidak jika di beri semua kesenangan itu. Kita akan menjadi lupa mengingati-Nya bila semua kesenangan itu sudah tersedia depan mata kita tetapi kita hanya akan mula sedar bila kesenangan itu diambil semula oleh Allah. Barulah mahu memohon doa dan sebagainya yang tidak pernah kita lakukan ketika di beri semua kesenangan itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Walau sebanyak mana dosa kita selagi kita mahu bertaubat Allah pasti akan mengampuninya. Apa yang kita tidak sedar, setiap saat Allah tidak pernah melupakan hamba-hamba-Nya, belum kita memintanya Allah sudah memberikannya terlebih dahulu. Tetapi pernahkah sesaat kita selain waktu solat kita mengingati-Nya? Jawapannya pasti tidak kan? Hanya orang yang di beri hidayah oleh Allah akan sedar akan itu. Maka rugilah orang yang masih teraba-raba.

Ada orang mengatakan hidup kita ini ibarat roda. Kadangkala kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Tetapi sifat manusia yang sentiasa alpa dan ia sudah menjadi sebati, membuatkan orang yang sudah berada di atas tidak akan sekali-kali memandang orang di bawah. Dan orang di bawah pula menyanjung tinggi orang yang di atas. Sedangkan Nabi kita Muhammad SAW sudah berkali-kali berpesan supaya selalu memandang orang yang lebih bawah atau teruk dari kita kerana ia akan sentiasa membuatkan kita bersyukur dengan apa yang kita miliki. Dan jangan sekali-sekali memandang orang yang lebih atas dari kita kerana ia akan lebih membuatkan kita menjadi seorang yang tamak dan tidak tahu bersyukur. Kita harus bersyukur masih di beri oleh makanan dan pakaian yang baik jika hendak dibandingkan dengan orang-orang yang berada di negara yang mundur. Tetapi kita tidak sedar kan kerana hati dan mata kita di tutupi oleh syaitan dan menyanjung tinggi orang lebih berjaya dari kita. Padahal orang itu tidak punya apa-apa, kerana semua kejayaan yang dimilikinya bukanlah miliknya seratus peratus tetapi hak mutlak Allah SWT.

Dan jangan juga sesekali kita memandang hina pada orang yang lebih rendah dari kita kerana berkemungkinan orang yang kita pandang hina itu lebih mulia di sisi Allah. Orang yang ada pangkat pandang rendah pada yang tiada pangkat, orang yang memiliki sijil pendidikan yang tinggi memandang rendah pada yang bawah darinya, orang yang kaya tidak mahu berkawan dengan orang yang miskin dan sebagainya. Tetapi kita tidak sedarkan? semua yang kita perolehi itu adalah dari-Nya dan ia hanyalah di pinjamkan kepada kita buat sementara waktu. Bila-bila masa ia akan di ambil semula oleh-Nya jika Dia berkehendakkan.

Kita mula berbangga dengan semua kejayaan yang kita miliki dan tiada sekali pun dalam sesaat dari masa kita, kita memikirkan empunya semua kejayaan itu kerana kita beranggapan itu semua adalah hasil usaha kita dan tidak sesekali beranggapan yang kita mendapat pertolongan dari-Nya. Sedarlah wahai saudara-saudara ku, pangkat, harta dan segala apa yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman dari-Nya. Tiada apa yang boleh kita banggakan kerana ia bukanlah milik kita seratus peratus. Tidak perlu rasa bongkak, sombong, berlagak, dan sebagainya kerana ia hanya akan menjadi makanan di neraka nanti. Kita akan di balas setimpalnya dengan apa yang kita lakukan di muka bumi ini. Jika baik maka baiklah balasannya dan jika buruk maka buruklah balasannya.

Dan saya juga sedar apa yang saya tulis ini bukanlah milik saya sepenuhnya kerana ilham penulisan ini juga datang dari-Nya. Saya hanyalah perantara sahaja. Jadi marilah saudara-saudara ku kita menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah dan perbaikilah hidup kita dari sehari ke sehari. Kita manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Semoga kita semua berada di dalam lindungan-Nya. Amin.

No comments: