Tuesday, May 26, 2009

Niat dihati begitu rupa-rupanya begini

Assalamualaikum wbt

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini kan. Ini bukan di sebabkan situasi saya yang agak sibuk tetapi sejak kebelakangan ini malas sekali mahu menaip. Hari ini mood untuk menaip lagi sudah timbul kembali.

Kali ini saya ingin membicarakan isu tentang anak. Atau dengan kata lain saya lebih ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi semalam dari program Ar-Rayyan di Astro-TV channel 106. Secara kebetulan menontonnya kerana saya menunggu waktu siaran Azan dan kebetulan ketika itu sedang menikmati hidangan berbuka puasa, maka saya tidak mengubah siarannya selepas azan habis berkumandang. Di biarkan sahaja Ustazah Fatimah itu melontarkan hujah-hujahnya.

Perlu di ingatkan, bukan niat di hati untuk menuding jari pada sesiapa tetapi saya lebih suka berkongsi ilmu yang saya perolehi kepada orang lain. Jadi saya berharap jangan jadikan entri ini untuk anda terasa hati ke, pape ke tetapi jadikanlah ia sebagai sempadan untuk memperbaiki diri. Tidak semua orang di dunia ini adalah sempurna semuanya di lahirkan dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing. No body perfect in this world only our Prophet SAW yang maksum. Begitu juga saya yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi walaupun begitu janganla jadikan ini sebagai alasan untuk anda melakukan kesalahan yang sama pada setiap kali maka perbaiki la diri kita dengan lebih baik dari sehari ke sehari.

Bagi saya ilmu ini sangat bagus untuk di kongsi dan sebagai pengetahuan untuk kita semua. Terutama kepada mereka yang sudah berkahwin atau yang akan berkahwin atau kapada pasangan yang masih menunggu kelahiran puteri/putera sulungya atau mereka yang menunggu kelahiran anak yang seterusnya. Sebelum ini pun saya tidak menyedarinya tetapi semalam selepas di utarakan oleh Ustazah Fatimah ini saya tersedar sekejap. Walaupun mulut sedang menguyah makanan dan telinga mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ustazah tersebut, otak saya ligat memikirkan dalam-dalam makna dari kata-kata ustazah tersebut. Akhirnya otak saya membuat kesimpulan, ada kebenarannya.

Dalam program tersebut di jemput sepasang suami isteri. Saya lupa nama pasangan tersebut. Ustazah pun memulakan bicaranya dengan menanya latar belakang perkahwinan mereka.

Selepas itu Ustazah itu bertanya soalan pada suami: Apakah niat anda untuk memiliki anak selepas berkahwin?

Si suami menjawab: Adalah untuk kebahagian rumah tangga dan penyambung zuriat.

Saya pasti anda pun akan menjawab seperti sang suami tadi kan? Sudah semestinya itula jawapan kita bila soalan seperti ini di ajukan. Saya pun pasti akan menjawab seperti sang suami ini. Pada fikiran saya ketika itu betullah apa yang di katakan olah sang suami. Tetapi rupa-rupanya di sangkal oleh Ustazah tersebut. Saya terkejut sebentar. Saya terus mengalih perhatian dari makanan yang di hidang di atas meja kepada ucapan Ustazah ini di hadapan kaca TV. Bersungguh-sungguh ingin mendengar penjelasan dari Ustazah Fatimah ini.

Ustazah ini memberi komen bahawa sebenarnya niat itu sudah salah. Komennya, jika kita mati ada 3 benda yang akan kita bawa bersama ke kubur. Salah satunya ialah doa anak yang soleh. Maka sepatutnya dan seharusnya itula niat kita untuk memiliki anak. Berniatla, "saya ingin memiliki anak supaya ia dapat menjadi anak yang soleh dan seorang muslim yang sejati". Ada yang berniat dengan adanya anak sebagai pelengkap rumahtangga yang di bina. Tidak kurang ada juga berniat menunjuk-nunjuk atau membuktikan yang dia subur dan tidak mandul dengan adanya anak. Niat ini sudah salah. Jika kita berniat untuk memperolehi anak semata-mata hanya untuk kebahagian di dunia tetapi tidak kebahagian di akhirat kelak adalah malang bagi kita. Jika boleh biarlah niat kita untuk memiliki anak, adalah supaya mereka menjadi generasi yang mewarisi jati diri agama Islam yang sebenar supaya agama suci ini dapat dikembangkan dan diteruskan sepanjang zaman sehingga hari kiamat menjelang tiba. Warisan ini harus diperpanjangkan supaya kelak bila kita tiada lagi di muka bumi ini, agama Islam sentiasa wujud di muka bumi ini.

Ustazah ini ada melontarkan satu hadis tapi saya tidak sempat untuk menyalinnya. Kenyataannya membuatkan saya terfikir sejenak dan bagi pendapat saya, ia ada kebenarannya. Memang semua orang menginginkan anak hanyalah sebagai pelengkap rumahtangga, saya sendiri pun berfikir begitu dan tidak saya ketahui niat ini sudah salah sebenarnya. Honestly, saya pun berfikir untuk mempunyai anak adalah sebagai pengikat kasih sayang antara saya dan suami tetapi rupa-rupanya niat saya itu sudah salah. Bagi pendapat saya lagi, biarlah niat untuk segala perbuatan yang kita lakukan hanyalah untuk Allah SWT semata-mata bukan untuk kepentingan diri sendiri. Begitu juga dengan perbuatan sehari-hari yang kita lakukan, niatkanlah hanya kerana Allah SWT semata-mata. Seperti contoh bila melangkah keluar rumah untuk pergi bekerja, niatkan la untuk mengerjakan ibadah untuk mencari nafkah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. InsyaAllah rezeki yang kita perolehi akan menjadi berkat.

Dengan adanya doa anak yang soleh, InsyaAllah boleh menyelamatkan kita kelak tetapi malanglah bagi siapa yang tidak memilikinya. Dan untuk mendapatkan anak yang soleh juga adalah sesuatu yang susah di capai jika tidak di sertai dengan usaha yang keras dan berterusan. Sememangnya sudah di ketahui umum, Iman tidak boleh di warisi dari seorang ayah/ibu kepada anaknya melainkan ia mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. Iman itupun datangya dari Allah SWT sahaja, hanya dia yang boleh memberi petunjuk dan hidayahnya. Kita hanyalah sebagai pendorong untuk individu/anak itu menyedarinya dan menyerap nilai-nilai Islam itu dalam diri seseorang.

Seperti kata orang, anak itu di ibarat kain putih yang bersih. Kita la yang akan mencorakkannya. Jika di corakkan hitam maka akan hitamla ia, jika diberikan warna merah maka akan merahla dia. Tangunggjawab seorang ibu/ayah itu sangatlah besar bukan hanya setakat untuk membesarkannya tetapi pengajaran ilmu yang kita berikan kepadanya pun amat penting. Semua itu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kelak ke atas kita. Selama ini kita banyak berpegang kepada amalan dan tafsiran yang sudah terpesong. Sebelum terlambat marilah kita mengubahnya supaya amalan yang terpesong ini tidak lagi di warisi oleh generasi yang akan datang. Kita la yang bertanggungjawab untuk mengubahnya. Kita mampu mengubahnya.

Disamping itu, sentiasala memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya kita di kurniakan anak yang soleh dan solehah. Di sini saya ingin berkongsi sedikit cara-cara bagaimana untuk mendapat anak yang soleh atau anak yang kita perolehi akan mendapat berkat dan keredhaan Allah SWT..InsyaAllah..Amalan ini di kongsi oleh suami, katanya ia adalah amalan dari Nabi kita Muhammad SAW. Iaitu sebelum suami isteri itu bersatu di sunatkan mengambil wuduk terlebih dahulu, membaca doa khusus dan suami memberikan salam kepada isteri dahulu. InsyaAllah, jika Allah SWT mengizinkannya, akan tercapaila impian kita.

Ustazah ini juga ada memberi peringatan. Jika sesuatu impian yang kita inginkan tidak tercapai atau dengan kata lain kita masih tidak mendapatkannya walaupun sudah berusaha, bermakna Allah SWT masih tidak mengizinkannnya. Atau sebabnya kita masih ada dosa atau kesalahan kepada Allah SWT, yang tidak selesai atau tidak dapat maafkan oleh Allah SWT. Maka imbas la kembali masa kebelakang atau kehadapan kita, adakah kita ada melakukan dosa yang tidak kita sedari. Jadi cepat-cepatla meminta ampun kepada Allah SWT dengan sebayak-banyaknya. InsyaAllah..Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Peyanyang. Anggapla semua ini ujian dari-Nya yang hanya ingin melihat sama ada kita dapat bersabar dengan apa yang menimpa pada diri kita. Sesungguhnya Allah SWT itu sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Ibu buat Pn Jumliyeh

Assalamualaikum wbt

Walaupun rasanya sudah terlambat untuk saya mengucapkan Hari Ibu untuk Mak saya. Tapi saya tetap mahu mengucapkannya juga, dengan harapan Mak akan membacanya nanti (Mak mesti baca tau..hehe..). Selamat Hari Ibu untuk Mak saya iaitu Jumliyeh binti Wadar. Saya sayang Mak. Ida minta maaf kerana Ida tidak pandai mahu mengucapkan secara bersua muka dengan Mak.

Mak banyak berjasa kepada kami adik-beradik. Ida masih ingat lagi, bila Mak terpaksa kerja siang dan malam hanya untuk membesarkan kami 5 beradik. Mak begitu kuat semangat membesarkan kami semua walaupun tanpa suami disisi. Ida akan ingat selalu dan sentiasa dalam ingatan sampai sekarang dan kenangan itu tidak akan hilang untuk selama-lamanya.

Ida tidak ingat kenangan manis ketika kecil tetapi memori yang paling Ida ingat bila Bapa dah mula menunjukkan belangnya dan selepas Mak bercerai dengan Bapa. Seingat Ida kenangan ketika kecil bersama Bapa semuanya seperti hilang. Seperti di padam semua memori itu dalam kepala. Yang tinggal hanyalah kenangan sedih. Kenangan yang tinggal hanyalah kenangan bila Mak membesarkan kami adik beradik seorang diri. Seingat Ida kenangan manis hanyalah sedikit jika nak di bandingkan dengan kenangan sedih.

Di waktu siang Mak bekerja membersihkan ofis, bukan satu tetapi lebih dari 2 ofis. Mak sanggup berjalan kaki jauh walaupun lokasi ofis itu terlalu jauh. Bagi Mak rezeki ada di mana-mana asalkan kita sanggup untuk berusaha. Mak sanggup membuat kerja-kerja seperti ini asalkan ia adalah rezeki yang halal. Mak sanggup bersihkan toilet ofis orang tiap-tiap hari asalkan anak-anak Mak makan dari rezeki yang halal. Mak tak kisah orang panggil Mak, Makcik cleaner dan adakalanya mereka memandang Mak dengan pandangan hina, Mak tidak peduli asalkan suapan yang anak Mak terima adalah dari sumber yang halal. Di sebabkan pekerjaan Mak ini, Ida tidak pernah pun sesekali memandang rendah pada cleaner. Bagi Ida mereka lebih mulia kerana sanggup bergelumang dengan benda-benda kotor asalkan ianya rezeki yang halal.

Selepas balik bekerja pukul 5 petang, Mak menyambung lagi bekerja dengan mengambil upah mencucuk sate. Kadang kala Mak mencucuk sate sehingga pukul 12 malam. Mak langsung tiada masa rehat. Disebabkan rasa kesian melihat Mak, Ida sanggup menolong Mak mengambil upah mencucuk sate sampai ke malam, bagi meringankan beban Mak. Walaupun Ida tidak dapat bermain seperti rakan-rakan yang sebaya dengan Ida. Walaupun kadang kala Ida selalu di marah oleh cikgu kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi dan ada kalanya Ida terpaksa meniru kerja kawan-kawan. Walaupun kadang kala Ida selalu di tegur oleh kawan-kawan dan cikgu di sekolah kerana asyik tidur di sekolah. Itu semua tidak penting bagi Ida, yang penting Mak tidak pening kepala setiap bulan memikirkan duit yang tidak cukup.

Di waktu Ida menongkah masuk SPM, Mak selalu menjadi peneman Ida untuk belajar di waktu malam selepas habis mencucuk sate. Mak tidur di ruang tamu tiap-tiap hari hanya dengan beralaskan tikar semata-mata untuk meneman Ida menelaah pelajaran di sisi Mak. Mak pun sudah sedia maklum dengan sifat penakut anak Mak ini seorang. Ida bertambah semangat untuk belajar bila Mak sanggup meneman Ida belajar.

Ida masih ingat lagi bila Mak ada membelikan ayam brands untuk Ida ketika masih SPM. Mak kata ini bagus untuk kuatkan ingatan. Ida tahu walaupun Mak tiada duit Mak sanggup juga untuk membelikannya, asalkan anak Mak rajin belajar. Di sebabkan keadaan kita yang susah dulu, Ida nekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya untuk membalas jasa Mak.

Bila Saip di masukkan ke hospital akibat athma. Mak sanggup berulang alik dari ofis ke hospital dan ada kalanya Mak bermalam di hospital. Mak sanggup bersengkang mata menjaga kami, asalkan anak-anak Mak semuanya sihat. Ida masih ingat, ada sekali raya. Mak sanggup tiada baju baru langsung asalkan anak-anak Mak ada baju baru. Ida masih ingat semuanya. Pengorbanan mak terlalu banyak dan berharga buat Ida.

Dulu Ida dan adik-adik yang lain banyak menyusahkan Mak. Mak selalu pening kepala dan marah-marah pada kami. Ini mungkin di sebabkan kami masih tidak matang. Dulu Ida suka memberontak bila Mak marah kan. Ida selalu merajuk bila Mak mula menyalahkan Ida bila Ida gaduh dengan adik-adik. Ida minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut. Dulu Ida tak memahami perasaan tension Mak yang terpaksa membesarkan kami 5 beradik seorang diri. Maafkan Ida ye Mak. Sekarang Ida baru faham dan sedar.

Bila ingat balik, walaupun dulu kita hidup susah tetapi Ida masih bersyukur Mak masih hidup dan masih ada di sisi. Dulu bila Ida terasa sedih dengan kehidupan kita, Ida cepat-cepat fikirkan kehidupan orang yang yatim piatu. Sekurang-kurang nya Ida masih ada Mak walaupun kita hidup susah.

Bila kawan-kawan dapat beli baju yang Ida idamkan, Ida mesti rasa sedih. Ida tidak berani untuk memintanya dengan Mak. Bila kawan-kawan dapat pergi tuisyen untuk semua mata pelajaran SPM, Ida akan rasa sedih sebab Ida hanya mampu dapat pergi 3 subjek sahaja itupun di bayar atas hasil upah Ida mencucuk sate. Ida tidak kisah semua itu asalkan Mak masih di sisi. Ida bernasib baik dapat Mak yang baik dan penyayang seperti Mak. Walau macam mana pun susah kita dulu, Ida masih sayang Mak dan bersyukur-syukur sangat-sangat Mak masih di sisi Ida.

Bila kenangan lama mula singgah di fikiran Ida akan mula menangis. Ketika menaip entri ini pun Ida keluar air mata. Terpaksa di tahan, jika tidak orang sebelah akan nampak. hehe...

Ida sayang Mak. Mak la orang yang paling best, cool, baik dan penyayang yang Ida pernah jumpa. Mmmuaahhh..sayang Mak..

Nota 1 : Mak mesti baca tau..apa guna mama bayar streamyx tiap-tiap bulan..hehe..

Nota 2 : Ani, Mina..kalau kamu masih tidak sedar lagi pengorbanan Mak, tak tahu la nak kata apa dengan kamu ni. Selalu sahaja melawan cakap Mak. Kalau Mak sudah tiada di sisi baru kamu nak sedar ye.

Nota 3: Dengan nada berlagak, aku kan anak kesayangan Mak..hahahah :P kamu jangan jeolous ye Ani..haha.. :P Sekarang perasan tak, Mak selalu menangkan kakak kan dari korang..haha..betul tak. kalau korang nak tahu, dulu masa kat rumah Ampang, mak selalu belikan aku coklat foreror rocher tapi aku makan nyorok-nyorok dalam bilik sorang-sorang..xnk bg kat korang..muahaha..korang mesti jeolous kan..hahaha..

Thursday, May 14, 2009

Semangat yang belum pulih

Assalamualaikum wbt

Sejak kebelakangan ini, saya tiada semangat untuk membuat kerja. Rasa begitu payah sangat mahu memulakannya. Jika ada kerja yang penting dan perlu di segerakan baru la kelam kabut mahu menyiapkannya. Kadangkala suka melakukan kerja di waktu-waktu akhir. Adakah ini akibat sudah hampir 2 bulan saya tidak menerima tugasan apa-apa.

Tugasan yang diterima hanyalah lebih kepada research, testing dan pioneering jek. huh..saya tidak berapa menggemari tugasan seperti ini. Saya lebih gemar membuat physical layout yang sebenar. Fix drc atau trc error ke. Sambung signal ke. Implement ECO changes ke. Cleankan fuballor2 ke. Cleankan RV ke. Saya mahukan kerja yang begini. huhu..

Hati ini seperti berat sangat mahu membuat sesuatu kerja. Hati ini lebih gemar melayari internet atau membaca blog orang. Apakah yang harus saya lakukan untuk memulihkan semangat kerja saya? huhu..

Jika banyak kerja merungut tiada masa rehat dan sekarang bila tiada kerja merungut bosan pula. Ini la lumrah dan naturality sifat manusia. Yang tidak pernah puas dan cukup. Apakah yang harus saya lakukan?

Jika dulu hati berkeras, selepas habis belajar mahu terus bekerja dan di ketepikan dulu niat dihati untuk menyambung pengajian bila di ingatkan keadaan kewangan keluarga yang tidak mengizinkan. Tetapi sekarang rasa seperti mahu berhenti kerja. Seperti mahu menyambung pengajian. Seperti mahu menjadi suri rumah sepanjang masa. Boleh ke abang? hehe.. Sekurang-kurangnya ayang boleh beri abang anak seberapa banyak yang abang mahukan dan jaga anak-anak abang dengan lebih baik dan prihatin. Sekurang-kurangnya ayang boleh jadi isteri solehah. Sekurang-kurangnya abang boleh nampak muka ayang setiap masa dan saat. Sekurang-kurangnya ayang boleh masakkan lauk tengah hari untuk abang makan. Sekurang-kurangnya bila abang balik kerja sudah ada orang sediakan air untuk abang di rumah. hehe..Boleh la ye sayang. (Tulis macam suami baca je blog ini..haha..)

Rasa malas sekali mahu bekerja ditambah dengan keadaan yang berjauhan dari suami dan keluarga, lagi menambah perasaan bosan mahu bekerja. Bolehkah saya survive walaupun tidak bekerja? huhu..Jawapan nya pasti la tidak. Sekarang semuanya memerlukan sekeping kertas yang di panggil wang. Semuanya mahukan duit. Dengan duit boleh buat orang merana dan gila jika tidak pandai menguruskannya. Nak sambung pengajian pun memerlukan duit. Tidak seperti di Tanah Arab, semuanya pengajian di tanggung oleh kerajaan. Semuanya free, tiada pinjaman k.

huhuhu...Inilah akibatnya jika terlalu mementingkan hal duniawi. Susahnya la hidup begini. Ada alam lain yang boleh saya pergi dan tinggal tak? huhu.. yang jauh dari segala-galanya kecuali ada suami saya di sisi. haha...Nak juga bawa suami sekali. :) Kalau P.Ramlee kata, "Siapa tak sayang bini oii". Saya pula nak kata "Siapa tak sayang laki oii" haha...

Nota: jom makan kuih pagi tadi nak tak? hehe..

Malapetaka menimpa ummah jika kemungkaran berleluasa

Assalamualaikum wbt

SALIM mendengar Abu Hurairah menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj. Seorang sahabat bertanya: Apakah haraj itu ya Rasulullah? Jawab Baginda: Begini! (Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang membimbangkan. Ramai orang seolah-olah sudah lupa pada akhirat.

Pelaku kejahatan bukan daripada kalangan dewasa saja, namun anak belum dewasa, ibu, bahkan orang sudah lanjut umur juga terbabit. Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius umat Islam kerana Allah akan menimpakan bala dan laknat yang dahsyat disebabkan maksiat dilakukannya kerana ia akan menimpa seluruh manusia.

Apa yang dinyatakan Rasul SAW dalam hadis Baginda sudah pun berlaku dalam realiti kehidupan kita hari ini. Ilmu sudah diangkat atau disisihkan. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka pada hari akhirat kelak. Ulama yang takut kepada Allah, memuliakan sifat zuhud juga semakin berkurangan.

Oleh itu, bagi menghadapi situasi akhir zaman ini, umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak terjatuh dalam kemungkaran. Benteng pertahanan akidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya.

Di samping itu, konsep amar makruf nahi mungkar harus diterapkan. Begitu juga konsep untuk saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran.

Daripada Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata: “(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda: La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini sudah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini, dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang yang salih? Lalu Nabi SAW bersabda: Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.” (Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menerangkan bahawa apabila ada di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.

Tidak hanya kepada orang jahat saja, tetapi orang yang salih juga akan dibinasakan meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi, maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan saja akan menimpa orang melakukan kemungkaran dan kejahatan, tetapi juga semua penduduk di tempat itu.

Sebelum ini saya pernah terbaca hadis tentang ini dan suami pun pernah membacakan hadis seperti ini pada saya. Ketika membacanya perasaan takut itu datang. Seperti biasa lumrah manusia yang selalu lupa. Bila di beri peringatan, dia akan melupainya dan melakukan lagi kesalahan yang sama, maka seharusnya mereka selalu di beri peringatan selalu pada setiap masa dan saat. Kawan-kawan beringat la. Jika kita melihat situasi sekarang, kejahatan dan kemaksiatan sudah pun bermaharajalela. Kebaikan susah hendak di temui di zaman sekarang. Begitu juga orang-orang yang soleh yang semakin berkurangan. Cepat-cepatla bertaubat sebelum kita terlambat. Jangan di lengah-lengahkan. Ketibaan hari itu tidak menunggu kita.

Nota: sumber dari berita harian bertarikh 14 Mei 2009

Wednesday, May 13, 2009

Urusan pentadbiran tidak boleh atasi hukum syarak

Assalamualaikum wbt

Proses, prosedur laksana undang-undang perlu dipermudahkan atasi segera permasalahanKATA kuncinya ialah jangan urusan pentadbiran mengatasi hukum syarak kerana jika ia berlaku, undang-undang Islam akan nampak hodoh. Maknanya, jangan proses dan prosedur melaksanakan undang-undang itu menyusahkan sedangkan keperluan hukum syarak sudah dipenuhi.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, memberikan pandangan itu merujuk kepada sistem penyampaian di agensi agama Islam seperti Majlis Agama Islam dan Mahkamah Syariah yang sepatutnya membantu umat Islam melaksanakan hukum syarak dengan mudah dan berkesan.

Dalam disiplin ilmu Islam, hukum syarak sudah termaktub dalam al-Quran dan hadis, maka apabila datang bentuk perundangan moden menjadikan ia disusun semula, hendaklah dipastikan siasah tidak mengatasi syarak.

Malangnya, apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya menyebabkan pemandangan di agensi agama gagal menggambarkan keindahan Islam sebenar malah, ada kala seakan menampakkan hukum syarak itu tidak berlaku adil.

Ambil contoh, talak sudah dilafazkan dan suami mengaku melafazkan talak disokong perakuan isteri berserta saksi. Bagi kes seperti itu, seharusnya saja hakim memutuskan talak sudah jatuh dengan serta-merta dan mahkamah memberikan perakuan perceraian. Sementara Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama dengan serta merta boleh memproses permohonan kahwin baru bagi pasangan yang memohon pada masa sama.

Tetapi, jika hakim memerintahkan supaya suami melafazkan talak sekali lagi, itu adalah gambaran bahawa hukum syarak sudah diatasi oleh pentadbiran.

Begitu juga kes perebutan anak (hadanah) kerana jelas dalam syarak anak yang belum akil baligh adalah hak ibunya tetapi disebabkan proses yang lama di mahkamah menyebabkan anak itu kehilangan kasih sayang ibu bapa. Ini juga contoh pentadbiran mengatasi kehendak syarak.

Lebih ketara, proses permohonan berkahwin yang sepatutnya mudah menjadi sukar gara-gara sistem penyampaian tidak berkesan. Contohnya, orang nak kahwin, wali ada, saksi ada, pasangan ada, tiba-tiba borang salah isi. Hanya disebabkan borang salah isi, kita menganggap perkahwinan itu perlu ditangguhkan sedangkan keperluan syarak sudah selesai. Urusan pentadbiran tidak boleh mengatasi urusan hukum, jangan nanti pentadbiran menyebabkan hukum syarak gagal atau terhalang untuk dilaksanakan.

Kelemahan sistem penyampaian dan hilang fokus pada matlamat menegakkan hukum syarak dibangkitkan Dr Juanda sebagai reaksi terhadap perkembangan dalam masyarakat Islam hari ini. Mengaitkan secara langsung dengan kes membabitkan Mahkamah Syariah, beliau berkata, akibat meletakkan pentadbiran mengatasi syarak menyebabkan berlakunya kes tertunggak dan kes berlarutan sedangkan ia boleh diselesaikan segera.

Katanya, perundangan syarak di negara ini sudah cukup lengkap dan sempurna begitu juga usaha kerajaan mengemaskini pentadbiran pengurusan di Mahkamah Syariah supaya soal menguruskan hukum syarak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Jadi kenapa sering timbul isu pelaksanaan. Ini penting untuk dilihat kerana struktur yang dibentuk sudah sempurna. Jika ada aduan, ia menimbulkan pertanyaan di mana kelemahannya. Perlu lihat semula apa tujuan undang-undang digubal," katanya.

Beliau berkata, hakim hanyalah pemudah cara yang melaksanakan kehendak Islam dan memastikan setiap pihak mendapat hak mereka, bukan menentukan lelaki (suami) atau wanita (isteri) bersalah, kerana ia pertikaian membabitkan isu rumah tangga. Justeru, jika ada pihak mengambil sikap sambil lewa atau dengan sengaja melambat-lambatkan penyelesaian kes, kuasa memutuskan hak pihak satu lagi boleh ditentukan oleh hakim bagi mengelak berlakunya penganiayaan.

"Jika salah satu pihak yang dipanggil tidak datang semata-mata untuk melewatkan kes, hakim patut memutuskan hak pihak satu lagi. Saya cadangkan ketidakhadiran di mahkamah tidak boleh lebih tiga kali. Selepas dua kali panggil tidak datang, hakim hendaklah putuskan. Ini membabitkan pihak satu lagi dan pihak yang tidak datang jelas tidak mahu menjaga kepentingan serta memudaratkan pihak satu lagi itu. Penekanan saya ialah jika kita tidak laksanakan hak, Allah akan murka dan agama kita nampak hodoh," katanya.

Katanya, apabila mengikut hukum syarak talak sudah jelas jatuh tetapi disebabkan mahkamah belum mengesahkan, ia seolah memperlihatkan undang-undang yang ada adalah undang-undang yang lucu. Hakikatnya ialah suami sudah tidak suka dengan isteri dan isteri juga tidak mahu kepada suami tetapi jika suami hendak berkahwin lagi terpaksa memohon untuk berpoligami memandangkan kes cerai belum selesai. Malah, isteri yang mungkin sudah tiga kali suci selepas talak mengikut hukum syarak jatuh juga tidak boleh berkahwin lain.

Keadaan itu sebenarnya mendera kedua-dua pihak yang ternyata haram dari sisi syarak. Beliau turut menekankan hak wanita untuk menceraikan yang sudah diberi syarak dan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam negara ini, isteri mempunyai hampir lebih 30 alasan menceraikan atau membubarkan perkahwinan dengan suami di mahkamah tetapi malangnya ia jarang atau hampir tidak berlaku.

Hak tebus talak, memfasakhkan perkahwinan jika suami tidak beri nafkah, berlaku darar (jika suami didapati mendatangkan mudarat kepada isteri). Semua itu memberi hak isteri membubarkan perkahwinan tetapi apa yang terdengar, penderaan terhadap isteri walaupun hak mereka sudah dijaga agama.

Dr Juanda berkata, kenyataan itu bukan hendak menggalakkan orang bercerai tetapi ini adalah jalan penyelesaian syarak tetapi disebabkan kurang faham perkara seperti itu, keadilan tidak dapat ditegakkan, malah hukuman nampak tidak adil.

Menjurus kepada isu kes perceraian yang kian mendapat perhatian masyarakat apabila banyak pertikaian bukan saja dibicarakan di Mahkamah Syariah tetapi juga di media secara terbuka, beliau mencadangkan kes perceraian diputuskan dalam kamar hakim. Kerana dalam kamar hakim juga sudah memenuhi keperluan keadilan perbicaraan di Mahkamah terbuka.

Alasannya, selain memudahkan proses ia juga sebagai cara melindungi aib pasangan yang sedang berusaha menyelesaikan masalah rumah tangga kerana mungkin ada alasan diberi nanti akan memalukan pihak bertelingkah. Lagipun katanya, tidak ada peraturan yang mewajibkan atau mengatakan bahawa perceraian hanya sah di mahkamah terbuka malah, di Mahkamah Sivil pun ada amalan perceraian dilakukan dalam kamar hakim. Oleh itu, sewajarnya pengesahan cerai dilakukan dalam kamar hakim yang dihadiri pihak berkenaan saja.

"Rasulullah SAW memerintahkan kita menutup aib seseorang Muslim. Apabila perceraian berlarutan dan masuk dalam media, ia mendedahkan aib pelaku dan aib kepada orang Islam juga. Kita tidak boleh salahkan media jika pelaku sendiri buka mulut. Sebab itu mesti ada tindakan yang patut," katanya.

Katanya, statistik menunjukkan peningkatan kes perceraian juga tidak sepatutnya menimbulkan persepsi bahawa masyarakat kita bermasalah kerana ia bukan penanda aras yang tepat menggambarkan situasi kehidupan kekeluargaan. Memang talak adalah perkara dibenci Allah tetapi ia dihalalkan sebagai jalan penyelesaian kerana sahabat Rasulullah SAW yang juga insan mulia dan dijanjikan syurga dulu ramai bercerai.

Talak dibenci Allah jika ia disalahgunakan tetapi jika penggunaannya betul demi kepentingan serta kebaikan kedua-dua pihak, tidak benar dikatakan perceraian itu perkara negatif. Beliau berkata, kenapa Perlis memudahkan poligami ialah kerana ramai lelaki yang hendak berpoligami pergi ke negara jiran disebabkan permohonan berkahwin lain ditolak mahkamah. Kemudahan itu juga untuk mengelak mereka ditipu ejen yang mengambil kesempatan. Menghairankan katanya, apabila pasangan bernikah di negara jiran kembali dan memohon pengesahan nikah, mahkamah memperakukan pernikahan itu sebagai sah.

Persoalan kini, kenapa tidak dibuat di negara sendiri, diakui sah dan dimudahkan caranya. Apakah hukum di negara itu berbeza dengan hukum negara kita atau al-Quran di sana berbeza dengan al-Quran kita atau ia menunjukkan pihak di sana lebih cerdik menguruskan hal-ehwal manusia berbanding kita yang mempunyai undang-undang yang sudah lengkap.

Dr Juanda berkata, untuk menampakkan Islam adil dan memberi hak kepada semua pihak, Islam perlu mesra kepada umatnya, mudah dari segi pelaksanaan hukum dan jangan meletakkan pentadbiran mengatasi syarak.

"Saya menyeru pihak berkenaan dan kerajaan memerhatikan perkara ini. Malah, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadot juga sudah membangkitkan isu yang sama. Jadi semua pihak perlu bantu menjaga imej Islam. "Tidak dinafikan banyak sudah dilakukan untuk memartabatkan Mahkamah Syariah tetapi pengukuhan perlu dilakukan membabitkan isu perceraian dan tuntutan lain. Kita mahu orang lihat Islam itu indah dan perjalanan undang-undang memenuhi kehendak syarak," katanya.

INTI PATI:

  • Dalam disiplin ilmu Islam, hukum syarak sudah termaktub dalam al-Quran dan hadis, maka apabila datang bentuk perundangan moden menjadikan ia disusun semula, hendaklah dipastikan siasah tidak mengatasi syarak.
  • Perundangan syarak di negara ini sudah cukup lengkap dan sempurna begitu juga usaha kerajaan mengemaskini pentadbiran pengurusan di Mahkamah Syariah supaya soal menguruskan hukum syarak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  • Hakim hanyalah pemudah cara yang melaksanakan kehendak Islam dan memastikan setiap pihak mendapat hak mereka, bukan menentukan lelaki (suami) atau wanita (isteri) bersalah, kerana ia pertikaian membabitkan isu rumah tangga.
  • Akibat meletakkan pentadbiran mengatasi syarak menyebabkan berlakunya kes tertunggak dan kes berlarutan sedangkan ia boleh diselesaikan segera.

Nota: Artikel ini saya petik dari Berita Harian yang dikarang oleh Hasliza Hassan. Menarik untuk di kongsi.

Tuesday, May 12, 2009

Amalan saling bermaafan damaikan hidup bermasyarakat

Assalamualaikum wbt

Sekali lagi artikel ini saya petik dari Berita Harian yang bertarikh 7 Mei 2009. Menarik untuk dibaca, bagus untuk di renung-renungkan dan baik untuk di fikir-fikirkan.

SIFAT pemaaf bukan saja menonjolkan peribadi Muslim berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi, malah turut mencerminkan keindahan Islam sebagai agama samawi yang meraikan fitrah kejadian manusia. Hakikatnya, maaf adalah ungkapan amat mudah diucapkan tetapi sukar dipraktikkan. Al-Quran menjelaskan meminta dan memberi maaf antara amalan murni yang melayakkan Muslim mendapat ganjaran tinggi di sisi Allah.

Firman Allah bermaksud: “Terima kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil.” (Surah al-‘Araf, ayat 199)

Sesungguhnya sifat pemaaf sudah sebati dalam jiwa dan akhlak Rasulullah SAW. Walaupun celaan dan cabaran hebat dihadapi terutama ketika dipulau dan dihalau dari Makkah, Baginda membalas baik individu yang menyakitinya. Apabila berjaya membuka kota Makkah, sebagai pemerintah yang sentiasa mendapat petunjuk Allah, Baginda tidak membalas keburukan yang diterimanya dulu. Sifat pemaaf antara aset penting menyebabkan Rasulullah SAW dipandang mulia oleh masyarakat Arab zaman itu meskipun sebahagian mereka menolak ajaran Islam yang dibawa Baginda SAW.


Ketinggian peribadi Rasulullah SAW bersesuaian dengan tujuan diutuskan Baginda ke dunia iaitu untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam konteks kehidupan kini, meminta maaf dan sifat pemaaf perlu disemai dalam diri. Ibu bapa memainkan peranan penting menyemai nilai murni itu dalam diri anak supaya mudah dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Malu untuk mengaku kesalahan menjadikan amalan meminta maaf lenyap dalam diri Muslim. Ia membimbangkan apabila sentiasa berada dalam zon selesa, manusia berasakan kesalahan sesuatu yang biasa sambil mengetepikan hak dan perasaan orang lain. Justeru, sikap mudah rasa bersalah walaupun atas perkara remeh perlu ditanam dalam diri Muslim. Hakikatnya, tanpa sikap saling memaafkan, kehidupan manusia terus dibelenggu pelbagai masalah khususnya berkaitan kehidupan bermasyarakat.

Tidak dinafikan, amalan meminta maaf dan sifat pemaaf berkait rapat dengan ego manusia tergolong dalam kategori nafsu yang sentiasa mengarah kepada keburukan. Dengan ego menebal dalam diri, seseorang bersalah tidak sanggup berdepan dengan pihak yang teraniaya dan meminta maaf. Sebenarnya amalan meminta maaf dan sifat pemaaf mempunyai kaitan dengan sifat sabar. Dengan bersabar, ego dapat ditundukkan, maka lahir perasaan mudah meminta maaf dan juga memberi kemaafan. Tanpa tahap kesabaran tinggi dalam mendepani apa juga masalah dan cabaran, maka akan jauh manusia daripada amalan meminta maaf dan sifat pemaaf. Allah mengingatkan kita pentingnya sifat sabar dalam diri.

Firman Allah bermaksud: “Maka bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Ma’arij, ayat 5) Firman-Nya bermaksud: “Dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46)

Amalan meminta maaf dan sifat pemaaf patut menjadi budaya rakyat negara ini yang hidup dalam masyarakat majmuk. Bagi orang Islam, sifat murni itu perlu dipraktikkan sesama Muslim atau mereka berlainan agama. Sesungguhnya setiap manusia tidak terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan.

Firman Allah bermaksud: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 185)

Selain rasa tanggungjawab untuk meminta maaf kepada sesama manusia terhadap segala kesalahan dan keterlanjuran, kita juga bertanggungjawab untuk memohon keampunan daripada Allah pada setiap waktu dan ketika. Tiada sesiapa pun di dunia yang bersifat maksum (terpelihara daripada dosa dan kesalahan) melainkan nabi dan rasul yang menjadi pilihan Allah sebagai contoh serta ikutan terbaik umat manusia. Jangan mudah alpa dibuai keseronokan dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba yang sentiasa mengharapkan rahmat dan keredaan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun kepada hamba-Nya yang tidak jemu memohon keampunan atas dosa yang dilakukan.

Firman Allah bermaksud: “Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisa’, ayat 25)

Memohon keampunan kepada Allah penting untuk mendapat keredaan hidup dunia serta akhirat.

Rasulullah SAW ketika Saidatina Aisyah bertanya: "Wahai Rasulullah, apa pandanganmu jika aku mengetahui malam berlaku Lailatul Qadr, apakah yang perlu aku ucapkan pada malam itu? Bersabda Rasulullah SAW: Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku."

Penulis ialah Felo Akademik Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Darul Iman Malaysia.

Hamba ikhlas tak harap habuan, kemewahan dunia

Assalamualaikum wbt

Artikel ini saya petik dari Berita Harian yang bertarikh 4 Mei 2009. Yang dikarang oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. Menarik untuk di baca dan di fikir-fikirkan. Marilah kita beramal dan berilmu.

Umat Islam diberi peringatan supaya jauhi sifat ujub, riak yang boleh rosak, kesucian hatiISLAM yang menjadi pegangan pada dasarnya mengungkap makna kepatuhan dan ketundukan secara menyeluruh kepada Allah. Justeru, Islam dalam kerangka pengertian itu tidak akan dapat dicapai tanpa dimulai sifat keikhlasan iaitu penyerahan diri sepenuhnya ke hadrat Ilahi.

Firman Allah bermaksud: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Sifat ikhlas antara sifat terpuji menghiasi peribadi Muslim yang bertakwa kepada Allah dan keikhlasan menjadi asas penilaian di sisi Allah sama ada amalan dilaksanakan itu diterima-Nya ataupun sebaliknya. Keikhlasan menjadi penentu kejayaan atau kebahagiaan Muslim di dunia dan akhirat. Jika diteliti rangkaian ayat suci al-Quran, keikhlasan adalah ciri utama bagi perhiasan peribadi Muslim bertakwa.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya." (Surah al-Zumar, ayat 2)

Menurut ulama, ikhlas bermaksud safa' iaitu suci bersih lagi bening. Safa' al-qalb iaitu suci dan bersih hatinya kerana orang yang ikhlas adalah seorang yang amat bersih lagi suci hatinya.
Imam al-Ghazali menegaskan, ikhlas itu niat yang benar ketika melaksanakan sesuatu amalan. Setiap amalan salih dan kebajikan yang hendak dilakukan sewajibnya berorientasikan kerana Allah. Tanpa keikhlasan, semua amalan kebajikan dilakukan amat mudah terkena penyakit hati yang berbahaya iaitu riak dan ujub.


Seorang yang ikhlas sebenarnya adalah insan dilindungi Allah daripada penyakit hati itu. Sehubungan itu, Rasulullah ada memberi peringatan kepada umat Islam supaya menjauhi perkara yang boleh menodai dan menghakis sifat keikhlasan kepada Allah seperti riak, ujub dan sombong hinggakan pada satu ketika Rasulullah menganggap riak itu sebahagian daripada syirik tersembunyi kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sedikit daripada sifat riak itu adalah syirik. Maka sesiapa yang memusuhi wali Allah nescaya sesungguhnya dia memusuhi Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta yang tidak dikenali ramai akan hal ehwal dirinya. Jika mereka tidak ada dan hilang (ghaib) dalam mana-mana majlis, mereka tidak dicari, dan jika mereka hadir pun di situ mereka tidak begitu dikenali ramai. Hati nurani mereka seumpama lampu petunjuk yang akan menyuluh mereka keluar daripada tempat yang gelap gelita." (Hadis riwayat Hakim)

Demikianlah gambaran indah dilukiskan Rasulullah SAW mengenai hamba yang mengikhlaskan dirinya kepada Allah. Mereka sama sekali tidak mengharapkan habuan dan kemewahan dunia, sebaliknya apa yang mereka harapkan hanyalah limpahan keredaan Ilahi dan syurga Allah. Itulah cita-cita dan impian mereka setiap detik kehidupan yang sarat dengan pengabdian penuh tulus lagi kudus semata-mata kerana Allah.


Firman Allah bermaksud: "Katakanlah. Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah al-An'am, ayat 162-163)

Imam al-Ghazali menyatakan, semua manusia sebenarnya celaka, kecuali orang yang berilmu. Ilmuwan itu pun celaka, kecuali mereka yang benar-benar mengamalkan ilmu mereka. Dan yang disebutkan terakhir itu pun celaka, kecuali mereka yang menghiaskan diri dengan sifat ikhlas. Ringkasnya, selama mana seseorang Muslim itu menyerahkan dirinya dengan penuh keikhlasan kepada Allah, maka selama itulah segala gerak geri, diamnya, tidur dan jaganya akan dinilai sebagai satu langkah ikhlas serta tulus menuju keredaan Allah.

Seorang yang ikhlas pada asasnya tidak akan terpengaruh atau termakan dengan pujian dan cercaan dilontarkan manusia lain kerana bagi mereka segala pujian indah atau cercaan buruk sama saja nilainya. Oleh itu, tidak termasuk dalam kelompok orang yang ikhlas jika seseorang itu suka dipuja dan dipuji, apatah lagi takut pula dicerca oleh khalayak ramai.

Seorang yang ikhlas selalunya tidak mengharapkan sebarang balasan ataupun ganjaran daripada amalan kebajikan dilakukan, melainkan dia hanya mengharapkan keredaan Ilahi semata-mata. Ini bermakna orang yang beribadah dan bekerja kerana mengejar kepentingan duniawi seperti mencari populariti, pangkat dan harta bertimbun, maka dia bukanlah daripada kalangan orang mengikhlaskan diri kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa, kemudian diasing-asingkan, apa yang dikerjakan kerana Allah dan apa dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Baihaqi)

Orang yang ikhlas tidak mengungkit kembali segala kebaikan dilakukan. Ini bererti orang yang selalu menyebut kebaikannya, apalagi mencerca dan memburukkan orang pernah diberinya bantuan, sesungguhnya dia jauh daripada kelompok orang yang ikhlas. Bukankah Rasulullah SAW pernah memerintahkan supaya memberi sedekah secara diam-diam, jauh daripada pandangan khalayak ramai ibarat tangan kanan memberi hinggakan tangan kiri pun tidak mengetahuinya. Pendek kata, harta dan kemewahan dunia serta pesonanya tidak mempunyai erti, sebaliknya harta paling bernilai ialah hati yang ikhlas.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu." (Hadis riwayat Muslim)

Jika begini kedudukan seorang yang ikhlas kepada Allah dengan pelbagai kemuliaan dan keistimewaan, maka kita sebagai umat Islam sewajibnya menghiaskan diri dengan sifat mulia itu dalam usaha memartabatkan kembali kegemilangan ummah di persada dunia.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.

Friday, May 8, 2009

Intan last episode

Assalamualaikum wbt

Entri ini saya tujukan buat my beloved sister. Tengok la puas-puas. Best sangat ke cerita Intan ni. Suka sangat melayan sinetron ni. Ni episod terakhir, kamu tengok la puas-puas. hehe..














Thursday, May 7, 2009

10 fact about me

Assalamualaikum wbt

Menjawab soalan yang di tag oleh Ida Kanan. huhu..Saya hentam je la ek. Apa yang terfikir di kepala dituliskan sahaja. Malas mahu memikirkannya. hehe..

Tajuk Tag : 10 Fact about me that you might find weird and common.
  1. Saya seorang yang mudah menitiskan air mata. Terutama ketika diri di landa kesedihan atau terasa di atas percakapan seseorang. Saya juga akan mudah menitiskan air mata bila menonton cerita-cerita atau drama-drama sedih.

  2. Saya paling tak suka dengan orang yang tidak menepati janjinya. Kerana selalunya saya akan cuba sedaya upaya untuk menepati janji tersebut walaupun ada kalanya saya malas mahu melakukannya. Lagi satu saya pun tidak suka pada orang yang tidak menepati masa. Kalau sudah janji mahu keluar bersama pada masa yang di tetapkan maka tepati la masa itu. Bersiap awal ke kerana selalunya saya akan cuba untuk bersiap awal.

  3. Saya seorang yang tidak penyabar. Disebabkan sifat ini, saya paling tidak gemar menjadi seorang penunggu yang menunggu orang lain yang datang lambat. Tetapi saya akan jadi sabar bila melibatkan tingkah laku dan perangai orang tetapi saya akan jadi tidak penyabar bila ia melibatkan masa.
  4. Saya seorang yang tangkas dan cepat dalam membuat kerja, maka saya paling tidak suka dengan orang yang lembik dan sengaja mahu melambatkan-lambatkan masa. Saya juga seorang yang fast learner.

  5. Saya sayang family saya. Terutama Mak dan suami saya. Saya paling benci dengan orang yang memperlekehkan keluarga saya terutama mak saya. Saya akan jadi anti dan benci sangat-sangat pada orang itu. Walaupun orang itu adik saya sendiri, akan timbul perasaan benci dan menyampah melihat perangai mereka. Walaupun begitu saya akan jadi anti juga dengan orang lain yang memperlekehkan adik beradik saya juga.

  6. Saya seorang peramah tetapi saya akan jadi pendiam dengan orang yang saya tidak kenal atau yang saya tidak rapat. Dan saya juga tidak akan memulakan menegur orang itu selagi orang itu tidak memulakan menegur saya. Dikecualikan untuk orang yang sangat rapat dengan saya. Jika orang itu tidak rapat dengan saya, maka saya lebih suka berdiam diri dari menegurnya kerana dikhuatiri teguran itu di buat endah tidak endah atau di buat acuh tak acuh. Malu seh. Jatuh maruah, rasa macam saya yang terhegeh-hegeh nak kawan dengan mereka. Perasaan ini timbul secara semulajadi dalam diri saya. Jadi baiklah berdiam diri dari menegur orang seperti ini.

  7. Saya seorang yang murah dengan senyuman. Saya akan melontarkan senyuman pada orang yang memandang pada saya walaupun ketika itu saya sedang dilanda masalah yang sangat besar ke atau sedang berada di dalam keadaan stress yang amat sangat ke. Saya masih tetap akan melontarkan senyuman pada mereka. Senyuman itu kan satu sedekah. Sekurang-kurangnya boleh menambahkan amal saya. Saya akan membalas senyuman orang lain yang di beri pada saya walaupun orang itu tidak saya kenali. Jika tidak senyum, dikhuatiri akan timbul rasa tidak senang hati pada orang itu. Jaga hati dan perasaan orang lain, nanti susah seh yang kena jawab kat akhirat. Disebabkan itu, saya paling tidak suka dengan orang yang suka buat muka masam bila saya face to face dengannya ataupun bila saya lontarkan senyuman padanya tetapi tidak di balas. Cantik sangat ke senyuman anda? Bukankah senyuman itu satu sedekah. Saya akan jadi akward dengan orang yang begini. Saya rasa macam saya adalah orang yang tidak penting pada orang itu dan saya rasa seperti diri saya adalah di antara orang yang mereka tidak sukai. Jadi mengapa saya mahu dekat padanya. Tetapi saya akan jadi rapat jika orang itu memulakannya kembali.

  8. Saya seorang yang sangat sensitif dan cepat terasa. Saya akan terasa seperti tidak mahu bercakap atau menegur orang yang buat saya terasa. Tetapi hati saya juga cepat sejuk. Saya akan mula berfikir yang positif dan tidak menuruti sangat perasaan ini. Saya senang di pujuk. Suami selalu cakap macam begitu bila saya merajuk. huhu..

  9. Saya seorang yang penakut. Saya juga tidak suka menonton cerita-cerita seram. Tengok iklannya pun tidak mahu. Saya akan mula memikirkan yang bukan-bukan bila tinggal berseorangan. Tetapi sejak kebelakangan ini perasaan takut itu mula berkurangan bila sentiasa mendapat bimbingan dari suami dan kunci penyelesaian yang di berikan oleh suami. Kunci itu adalah dengan sentiasa la mengingati Allah SWT di dalam hati, pada setiap masa dan saat. Jika perasaan takut itu timbul lagi suami pesan suruh membaca nama Allah SWT banyak kali di dalam hati. Alhamdulillah ia berkesan. Amalkanlah selalu membaca SubhanaAllah, Alhamdulillah dan Allahuakbar dengan yakin sebanyak 100 kalo setiap hari. Walaupun begitu saya masih berpegang prinsip tidak mahu menonton cerita seram walau macam mana pun. Baik tengok cerita "Good Daddy" atau "Boys Over Flower"..hehe..
  10. Bila di rumah sendiri, saya suka mengemas rumah, melipat kain dan membasuh pinggan. Bila saya sudah mula mengemas saya tidak suka orang sepahkannya kembali. Saya akan jadi marah kerana penat lelah saya kemaskan rumah tidak di hargai malah di sepahkan kembali. Terutama bila melibatkan pinggan mangkuk di singki. Saya akan rasa rimas dan tidak gemar meninggalkan pinggan yang tidak berbasuh di singki. Menggambarkan orang itu pemalas dan pengotor. Di samping saya teringat dengan pesanan ayah tiri saya, jika dibiarkan pinggan tidak berbasuh adalah penyebab kepada kepapaan.

Kebahagiaan hanya dapat dicapai melalui iman, takwa, amal salih

Assalamualaikum wbt

Artikel ini saya dipetik dari berita harian yang bertarikh 4 mei 2009. Menarik untuk di kongsi bersama anda dan untuk peringatan diri saya sendiri juga.
Kebahagiaan hanya dapat dicapai melalui iman, takwa, amal salih


MENCARI kebahagiaan adalah cita-cita dan harapan manusia dalam kehidupan. Bagi mereka berpendapat kebahagiaan terletak kepada kekayaan, maka berjuanglah mereka memperolehnya. Golongan beranggapan kebahagiaan terletak kepada kekuasaan, berusahalah mereka untuk mencapainya, sementara ada menyangkakan kebahagiaan itu boleh diperoleh menerusi kepuasan seks, lalu berlumbalah mereka melakukannya tanpa segan silu. Namun, fakta sejarah membuktikan bahawa kekayaan, kekuasaan dan kenikmatan seks bukanlah kebahagiaan sebenar yang dicari dan diperlukan manusia. Tidak sedikit manusia terpedaya dan mengalami kehancuran gara-gara mengejar serta memburu kebahagiaan berdasarkan ketiga-tiga pendapat itu.

Dalam soal kekayaan misalnya, kisah diceritakan al-Quran pada zaman Nabi Musa adalah satu contoh paling tepat membuktikan kekayaan bukan kebahagiaan mutlak. Qarun dengan usahanya berjaya menjadi orang paling kaya di dunia. Malangnya dalam masa tidak berapa lama kebahagiaan yang dikatakan wujud pada kekayaan itu musnah akibat rasa takbur dan sombong yang tercetus dalam diri Qarun. Qarun bersama harta kekayaannya ditelan tanah seperti

Firman Allah bermaksud: "Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidak ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri." (Surah al-Qasas, ayat 81)

Kemudian ada beranggapan kebahagiaan itu terletak pada kekuasaan. Maka berjuanglah mereka untuk memperolehnya dengan pelbagai cara. Contoh jelas dalam soal ini ialah kisah Firaun yang berlaku pada zaman Nabi Musa. Betapa besar kekuasaannya di bumi Mesir, sehingga dia mengaku dirinya Tuhan, tetapi kebahagiaan dikecapi berdasarkan kekuasaannya itu tidak sampai ke mana. Akhirnya Allah menenggelamkan bala tentera termasuk dirinya ke dalam laut ketika mengejar Nabi Musa.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firman bermaksud: "Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya." (Surah al-A'raaf, ayat 136)

Seterusnya ada pula beranggapan kebahagiaan itu terletak pada kenikmatan seks jadi berusahalah mereka mencari kepuasan itu. Hal itu terjadi pada zaman Nabi Luth di mana kaumnya cuba mencari puncak kepuasan itu dalam keghairahan seks.

Ternyata sekali mereka tidak menemuinya pada wanita yang seharusnya menjadi pasangan mereka. Akhirnya mereka beralih mencari pasangan sejenis. Akibat perbuatan terkutuk itu akhirnya mereka dihancurkan. Bagaimana pula pandangan Islam mengenai kebahagiaan sebenar? Dalam Islam kebahagiaan hanya boleh dicapai dan diperoleh pada jalan beriman, bertakwa dan beramal salih. Malah iman mutiara paling agung dalam peribadi Muslim.

Allah berfirman bermaksud: "Sebenarnya Allah jugalah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan memimpin kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang yang benar." (Surah al-Hujurat, ayat 17)

Lantaran itu tidak hairanlah jika kebahagiaan orang mukmin hasil daripada keimanan dan ketakwaan meliputi dua alam iaitu alam dunia yang sementara itu dan akhirat, kekal buat selama-lamanya.

Firman Allah bermaksud: "Ketahuilah! Sesungguhnya wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berduka cita (wali Allah itu ialah) orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk mereka sajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan akhirat. Tidak ada (sebarang) perubahan pada janji Allah, yang demikian itulah kejayaan benar." (Surah Yunus, ayat 64)

Kebahagiaan sebenar dalam Islam bukanlah berdasarkan kekayaan, kekuasaan dan kepuasan seks, sebaliknya menerusi keimanan, ketakwaan dan amal salih. Namun, Islam tidak melarang umatnya daripada berikhtiar dan mencari harta kekayaan, ilmu serta pangkat.

Firman Allah bermaksud: "Dan tentulah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) di dunia." (Surah al-Qasas, ayat 77)

Tetapi harta kekayaan, ilmu dan pangkat bukan menjadi tujuan utama sebaliknya sebagai alat dan syarat kehidupan di dunia sementara ini.

Nota : Kena tag dengan ida kanan..huhu..nanti la saya jawab kamu punya tag ye ida kanan. hehe.. :)

Wednesday, May 6, 2009

Addicted to Good Daddy

Assalamualaikum wbt

Sejak 2 ke 3 minggu ni saya asyik melayan cerita korea sahaja. Demam korea ke apa. haha..Sebelum ini addict menonton cerita "My Precious Child", selepas itu "Boys Over Flower" dan yang terbaru ada lagi. Tetapi bukan cerita drama cinta tetapi lebih kepada cerita game show. Tajuk nya "Good Daddy". Kelakar giler. Sakit perut asyik nak ketawa sahaja. Ummu yang mencadangkan kepada saya untuk menontonya di youtube. Katanya kelakar. Jadi saya pun minta link nya pada Ummu. Huh..memang saya akui, memang kelakar sangat-sangat. Mengalahkan cerita-cerita lawak artis Malaysia yang lawak mereka hanyalah lawak spastik. Saya sudah pun mula menjadi addict untuk menontonnya.

Ketika di ofis pun saya masih sempat menontonnya. Tetapi ketika di ofis asyik menahan ketawa. Takut office mate yang lain akan mendengarnya. Di tambah cube saya berdekatan dengan cube manager, maka di tahannya ketawa supaya manager tersebut tidak mengesyaki yang saya sedang melayari youtube. haha..

Ketika di rumah pun masih menyambung menontonnya. Apabila di rumah saya tidak perlu menahan ketawa lagi. Bila tiba masa kelakar itu, saya pun ketawa dengan puasanya untuk melepaskan gian ketika di ofis yang terpaksa menahan ketawa. Tetapi bila di rumah pula, risau jiran sebelah kata apa pula. Takut menganggu pula. huhu...

Game show ini mengisahkan tentang 5 orang lelaki artis korea yang menjadi ayah angkat kepada seorang budak perempuan yang di pilih. Kelima-lima mereka masih belum berkahwin. Kebanyakannya masih baru dalam industri muzik tetapi hanya seorang sahaja yang senior di antara mereka. Game show ini ingin melihat sejauh mana kesungguhan mereka untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada budak perempuan ini. Adakah mereka akan menjadi ayah yang baik kelak. Tetapi boleh di katakan keseluruhan cerita semuanya di selitkan lawak-lawak yang buat pecah perut. Kelakar sangat. Cerita ini ada 4 episod.

Ni salah satu scene yang saya paling suka. Enjoy yeah..







Monday, May 4, 2009

Tahap darjat seseorang

Assalamualaikum wbt

Jangan kita taksub, bangga dan berlagak dengan harta kekayaan dan jawatan tinggi yang kita miliki, kerana bila-bila masa sahaja ia akan di tarik oleh Allah SWT bila Dia berkehendakkan begitu.

Jangan kita terlalu susah hati dengan kemiskinan yang kita hadapi, kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Jawatan tinggi dan harta kekayaan boleh menjadikan manusia lupa diri, sombong, bongkak dan riak.

Kemiskinan pula menjadikan manusia mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepadanya. Maka janganla kita terlalu memikirkan kesusahan yang kita miliki ketika di dunia ini kerana ini semua adalah sementara sahaja. Tiada yang akan kekal di dunia ini kecuali amal dan iman kita. Sebaliknya fikirkan dan susah hati la untuk tahap iman yang kita miliki sekarang. Susah hatila anda pada balasan buruk yang akan di terima kelak. Harta kekayaan dan jawatan tidak akan menyelamatkan kita di akhirat kelak malah iman dan amal seseorang itu akan menyelamatkannya dari azab yang tidak terperi sakitnya yang sudah disediakan oleh penduduk langit untuk kita.

Janganla cuba membezakan apa yang kita miliki sekarang dengan memandang orang yang lebih tinggi dari kita. Kerana ia akan membuatkan kita lupa alpa dan lalai dengan kehidupan dunia. Tetapi pandangla orang yang lebih serba kekurangan dari kita. Kerana ia akan membuatkan kita merasa lebih bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang Allah SWT sudah berikan kepada kita jika nak dibandingkan dengan orang yang serba kekurangan. Kita akan merasa apa yang ada pada kita sudah mencukupi jika nak dibandingkan dengan orang tidak punyai apa-apa. Bandingkan la diri kita dengan penduduk Palestin. Bandingkanla diri kita dengan anak yatim. Bersyukurla dengan apa yang kita ada.

Janganla terlalu taksub dan mengangungkan orang yang lebih tinggi darjatnya dan kedudukan hartanya dari kita dan janganla pula terlalu memandang hina pada orang yang lebih rendah darjatnya dan kedudukan hartanya dari kita. Pandangla dan layanla mereka dengan tahap yang sama tanpa membezakan darjat yang mereka miliki.

Pada pandangan Allah SWT, kita semua penduduk dunia adalah sama tarafnya tiada bezanya langsung. Cuma yang membezakan antara kita pada pandangan Allah SWT adalah tahap iman yang kita miliki bukan darjatnya, bukan harta kekayaannya dan bukan juga jawatan tinggi yang di miliki oleh seseorang itu.. Lagi tinggi tahap iman seseorang itu, lagi tinggi sayang Allah pada orang itu. Jika Allah SWT sendiri iaitu pencipta kita memandang semua orang pada tahap yang sama mengapa kita pula yang hanya ciptaan-Nya mahu membezakan dan memandang seseorang dengan taraf yang berbeza-beza. Maka kita tiada hak untuk memandang dan melayan seseorang dengan tahap yang berbeza sedangkan pencipta kita sendiri tidak begitu. Apakah hak kita?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu." (Hadis riwayat Muslim)

Jangan kita begitu taksub dan berlari-lari untuk mengejar harta kekayaan dan jawatan tinggi yang di idamkan sehingga membuatkan kita lupa tentang tujuan dan hak kita yang sebenar dicampakkan ke alam dunia ini. Apakah tujuan dan hak kita? Ye tujuan kita di dunia ini hanyalah untuk berbakti dan taat kepada perintah Allah SWT. Bukan semata-mata untuk mengejar kepuasan diri kita semata-mata. Adakah anda sudah cukup taat kepada perintah Allah SWT? Adakah anda sudah melakukan semua suruhan-Nya? Tepuk dada tanya Iman anda.

Firman Allah bermaksud: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Firman Allah bermaksud: "Katakanlah. Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah al-An'am, ayat 162-163)

Harta kekayaan yang kita miliki juga akan di pertanggungjawabkan ke atas kita oleh Allah SWT. Kemanakah kita membelanjakan kesemua harta yang kita miliki? Ke jalan Allah ke atau untuk keseronokan dan kepuasan diri kita semata-mata. Bagaimanakah harta itu di uruskan? Kemanakah harta itu semua pergi? Semua ini pertanyaan dan persoalan ini akan dipertanggungjawabkan ke atas kita yang akan di soal dan di tanya oleh penduduk langit. Adakah anda sudah bersedia untuknya? Dan janganla lupa semua harta kekayaan yang kita miliki bukan hak kita sepenuhnya malah ia adalah hak dan kuasa Allah SWT. Maka janganlah kita terlalu bangga dengannya.

Cinta dan sayang kita kepada dunia, harta dan jawatan,
bila-bila masa sahaja ia akan hilang.

Cinta dan sayang kita kepada manusia,
ia akan meninggalkan kita,

Cinta dan sayang kita kepada Allah SWT,
akan kekal selama-lamanya.
Maka cinta la kepada Allah SWT lebih dari segala-galanya kerana ia adalah penyelamat kita kelak.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah wahai semua. Umur kita sudah tidak panjang lagi. Bila-bila masa sahaja semua benda di dunia ini akan hilang dengan serta merta.

Penangan teh perisa strawberry.

Assalamualaikum wbt

Dari hari itu teringin sangat nak minum air teh perisa strawberry dari Cameron Highland. huhu..Stok yang di kirim dari Ummu sudah pun habis. Hari itu terasa rugi plak tidak kirim banyak-banyak kat Ummu. Teringin sangat-sangat. Proses memujuk suami untuk ke sana masih lagi tidak berjaya. Akan di cuba lagi. Nak teh perisa strawberry dia jek. huhu.. Ada sesiapa dalam perancangan mahu ke sana lagi? Nak kirim boleh? huhuhu... Nak kirim 5 kotak boleh? hehe..Kirim sekali banyak..Biar banyak stok..hehe..

Kalau ada sesiapa yang mahu ke sana, kasi inform saya la..hehe..boleh kan?