Monday, May 4, 2009

Tahap darjat seseorang

Assalamualaikum wbt

Jangan kita taksub, bangga dan berlagak dengan harta kekayaan dan jawatan tinggi yang kita miliki, kerana bila-bila masa sahaja ia akan di tarik oleh Allah SWT bila Dia berkehendakkan begitu.

Jangan kita terlalu susah hati dengan kemiskinan yang kita hadapi, kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Jawatan tinggi dan harta kekayaan boleh menjadikan manusia lupa diri, sombong, bongkak dan riak.

Kemiskinan pula menjadikan manusia mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepadanya. Maka janganla kita terlalu memikirkan kesusahan yang kita miliki ketika di dunia ini kerana ini semua adalah sementara sahaja. Tiada yang akan kekal di dunia ini kecuali amal dan iman kita. Sebaliknya fikirkan dan susah hati la untuk tahap iman yang kita miliki sekarang. Susah hatila anda pada balasan buruk yang akan di terima kelak. Harta kekayaan dan jawatan tidak akan menyelamatkan kita di akhirat kelak malah iman dan amal seseorang itu akan menyelamatkannya dari azab yang tidak terperi sakitnya yang sudah disediakan oleh penduduk langit untuk kita.

Janganla cuba membezakan apa yang kita miliki sekarang dengan memandang orang yang lebih tinggi dari kita. Kerana ia akan membuatkan kita lupa alpa dan lalai dengan kehidupan dunia. Tetapi pandangla orang yang lebih serba kekurangan dari kita. Kerana ia akan membuatkan kita merasa lebih bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang Allah SWT sudah berikan kepada kita jika nak dibandingkan dengan orang yang serba kekurangan. Kita akan merasa apa yang ada pada kita sudah mencukupi jika nak dibandingkan dengan orang tidak punyai apa-apa. Bandingkan la diri kita dengan penduduk Palestin. Bandingkanla diri kita dengan anak yatim. Bersyukurla dengan apa yang kita ada.

Janganla terlalu taksub dan mengangungkan orang yang lebih tinggi darjatnya dan kedudukan hartanya dari kita dan janganla pula terlalu memandang hina pada orang yang lebih rendah darjatnya dan kedudukan hartanya dari kita. Pandangla dan layanla mereka dengan tahap yang sama tanpa membezakan darjat yang mereka miliki.

Pada pandangan Allah SWT, kita semua penduduk dunia adalah sama tarafnya tiada bezanya langsung. Cuma yang membezakan antara kita pada pandangan Allah SWT adalah tahap iman yang kita miliki bukan darjatnya, bukan harta kekayaannya dan bukan juga jawatan tinggi yang di miliki oleh seseorang itu.. Lagi tinggi tahap iman seseorang itu, lagi tinggi sayang Allah pada orang itu. Jika Allah SWT sendiri iaitu pencipta kita memandang semua orang pada tahap yang sama mengapa kita pula yang hanya ciptaan-Nya mahu membezakan dan memandang seseorang dengan taraf yang berbeza-beza. Maka kita tiada hak untuk memandang dan melayan seseorang dengan tahap yang berbeza sedangkan pencipta kita sendiri tidak begitu. Apakah hak kita?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu." (Hadis riwayat Muslim)

Jangan kita begitu taksub dan berlari-lari untuk mengejar harta kekayaan dan jawatan tinggi yang di idamkan sehingga membuatkan kita lupa tentang tujuan dan hak kita yang sebenar dicampakkan ke alam dunia ini. Apakah tujuan dan hak kita? Ye tujuan kita di dunia ini hanyalah untuk berbakti dan taat kepada perintah Allah SWT. Bukan semata-mata untuk mengejar kepuasan diri kita semata-mata. Adakah anda sudah cukup taat kepada perintah Allah SWT? Adakah anda sudah melakukan semua suruhan-Nya? Tepuk dada tanya Iman anda.

Firman Allah bermaksud: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Firman Allah bermaksud: "Katakanlah. Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah al-An'am, ayat 162-163)

Harta kekayaan yang kita miliki juga akan di pertanggungjawabkan ke atas kita oleh Allah SWT. Kemanakah kita membelanjakan kesemua harta yang kita miliki? Ke jalan Allah ke atau untuk keseronokan dan kepuasan diri kita semata-mata. Bagaimanakah harta itu di uruskan? Kemanakah harta itu semua pergi? Semua ini pertanyaan dan persoalan ini akan dipertanggungjawabkan ke atas kita yang akan di soal dan di tanya oleh penduduk langit. Adakah anda sudah bersedia untuknya? Dan janganla lupa semua harta kekayaan yang kita miliki bukan hak kita sepenuhnya malah ia adalah hak dan kuasa Allah SWT. Maka janganlah kita terlalu bangga dengannya.

Cinta dan sayang kita kepada dunia, harta dan jawatan,
bila-bila masa sahaja ia akan hilang.

Cinta dan sayang kita kepada manusia,
ia akan meninggalkan kita,

Cinta dan sayang kita kepada Allah SWT,
akan kekal selama-lamanya.
Maka cinta la kepada Allah SWT lebih dari segala-galanya kerana ia adalah penyelamat kita kelak.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah wahai semua. Umur kita sudah tidak panjang lagi. Bila-bila masa sahaja semua benda di dunia ini akan hilang dengan serta merta.

No comments: