Menjawab soalan yang di tag oleh Ida Kanan. huhu..Saya hentam je la ek. Apa yang terfikir di kepala dituliskan sahaja. Malas mahu memikirkannya. hehe..
Tajuk Tag : 10 Fact about me that you might find weird and common.
- Saya seorang yang mudah menitiskan air mata. Terutama ketika diri di landa kesedihan atau terasa di atas percakapan seseorang. Saya juga akan mudah menitiskan air mata bila menonton cerita-cerita atau drama-drama sedih.
- Saya paling tak suka dengan orang yang tidak menepati janjinya. Kerana selalunya saya akan cuba sedaya upaya untuk menepati janji tersebut walaupun ada kalanya saya malas mahu melakukannya. Lagi satu saya pun tidak suka pada orang yang tidak menepati masa. Kalau sudah janji mahu keluar bersama pada masa yang di tetapkan maka tepati la masa itu. Bersiap awal ke kerana selalunya saya akan cuba untuk bersiap awal.
- Saya seorang yang tidak penyabar. Disebabkan sifat ini, saya paling tidak gemar menjadi seorang penunggu yang menunggu orang lain yang datang lambat. Tetapi saya akan jadi sabar bila melibatkan tingkah laku dan perangai orang tetapi saya akan jadi tidak penyabar bila ia melibatkan masa.
- Saya seorang yang tangkas dan cepat dalam membuat kerja, maka saya paling tidak suka dengan orang yang lembik dan sengaja mahu melambatkan-lambatkan masa. Saya juga seorang yang fast learner.
- Saya sayang family saya. Terutama Mak dan suami saya. Saya paling benci dengan orang yang memperlekehkan keluarga saya terutama mak saya. Saya akan jadi anti dan benci sangat-sangat pada orang itu. Walaupun orang itu adik saya sendiri, akan timbul perasaan benci dan menyampah melihat perangai mereka. Walaupun begitu saya akan jadi anti juga dengan orang lain yang memperlekehkan adik beradik saya juga.
- Saya seorang peramah tetapi saya akan jadi pendiam dengan orang yang saya tidak kenal atau yang saya tidak rapat. Dan saya juga tidak akan memulakan menegur orang itu selagi orang itu tidak memulakan menegur saya. Dikecualikan untuk orang yang sangat rapat dengan saya. Jika orang itu tidak rapat dengan saya, maka saya lebih suka berdiam diri dari menegurnya kerana dikhuatiri teguran itu di buat endah tidak endah atau di buat acuh tak acuh. Malu seh. Jatuh maruah, rasa macam saya yang terhegeh-hegeh nak kawan dengan mereka. Perasaan ini timbul secara semulajadi dalam diri saya. Jadi baiklah berdiam diri dari menegur orang seperti ini.
- Saya seorang yang murah dengan senyuman. Saya akan melontarkan senyuman pada orang yang memandang pada saya walaupun ketika itu saya sedang dilanda masalah yang sangat besar ke atau sedang berada di dalam keadaan stress yang amat sangat ke. Saya masih tetap akan melontarkan senyuman pada mereka. Senyuman itu kan satu sedekah. Sekurang-kurangnya boleh menambahkan amal saya. Saya akan membalas senyuman orang lain yang di beri pada saya walaupun orang itu tidak saya kenali. Jika tidak senyum, dikhuatiri akan timbul rasa tidak senang hati pada orang itu. Jaga hati dan perasaan orang lain, nanti susah seh yang kena jawab kat akhirat. Disebabkan itu, saya paling tidak suka dengan orang yang suka buat muka masam bila saya face to face dengannya ataupun bila saya lontarkan senyuman padanya tetapi tidak di balas. Cantik sangat ke senyuman anda? Bukankah senyuman itu satu sedekah. Saya akan jadi akward dengan orang yang begini. Saya rasa macam saya adalah orang yang tidak penting pada orang itu dan saya rasa seperti diri saya adalah di antara orang yang mereka tidak sukai. Jadi mengapa saya mahu dekat padanya. Tetapi saya akan jadi rapat jika orang itu memulakannya kembali.
- Saya seorang yang sangat sensitif dan cepat terasa. Saya akan terasa seperti tidak mahu bercakap atau menegur orang yang buat saya terasa. Tetapi hati saya juga cepat sejuk. Saya akan mula berfikir yang positif dan tidak menuruti sangat perasaan ini. Saya senang di pujuk. Suami selalu cakap macam begitu bila saya merajuk. huhu..
- Saya seorang yang penakut. Saya juga tidak suka menonton cerita-cerita seram. Tengok iklannya pun tidak mahu. Saya akan mula memikirkan yang bukan-bukan bila tinggal berseorangan. Tetapi sejak kebelakangan ini perasaan takut itu mula berkurangan bila sentiasa mendapat bimbingan dari suami dan kunci penyelesaian yang di berikan oleh suami. Kunci itu adalah dengan sentiasa la mengingati Allah SWT di dalam hati, pada setiap masa dan saat. Jika perasaan takut itu timbul lagi suami pesan suruh membaca nama Allah SWT banyak kali di dalam hati. Alhamdulillah ia berkesan. Amalkanlah selalu membaca SubhanaAllah, Alhamdulillah dan Allahuakbar dengan yakin sebanyak 100 kalo setiap hari. Walaupun begitu saya masih berpegang prinsip tidak mahu menonton cerita seram walau macam mana pun. Baik tengok cerita "Good Daddy" atau "Boys Over Flower"..hehe..
- Bila di rumah sendiri, saya suka mengemas rumah, melipat kain dan membasuh pinggan. Bila saya sudah mula mengemas saya tidak suka orang sepahkannya kembali. Saya akan jadi marah kerana penat lelah saya kemaskan rumah tidak di hargai malah di sepahkan kembali. Terutama bila melibatkan pinggan mangkuk di singki. Saya akan rasa rimas dan tidak gemar meninggalkan pinggan yang tidak berbasuh di singki. Menggambarkan orang itu pemalas dan pengotor. Di samping saya teringat dengan pesanan ayah tiri saya, jika dibiarkan pinggan tidak berbasuh adalah penyebab kepada kepapaan.
No comments:
Post a Comment