Assalamualikum wbt
Kerja dah siap. Baca blog orang pun dah siap. Tapi hari ini tiada yang entri yang terbaru pun dari blog kegemaran saya. Baca email di outlook pun dah siap. Bila semua benda dah buat bosan la pula di cube ini. Teringin nak mengajak Has bermain congkak di club house. Nasib baik la Has sudi nak melayan.hehe..Terima kasih ye Has. Tapi hari ini has kat penang la pula. Sementara nak tunggu waktu lunch, saya menulis kejapla. Kali ini saya nak bercerita tentang permainan masa zaman kanak-kanak saya.
Dulu masa kecik-kecik saya suka sangat main congkak. Sejak di sekolah rendah lagi. Lagipun permainan ini tidak memerlukan tenaga yang banyak. Teringat pasal congkak ini, teringat kembali kenangan bermain semasa kanak-kanak. Dulu di kawasan perumahan saya, kami mengamalkan permainan bermusim. Bermacam-macam permainan yang di jadikan musim. Congkak, main guli, galah panjang, main baling tin, lompat getah dan macam-macam. Kalau dah tiba musimnya, boleh kata asyik nak bermain je. Tidak ingat nak buka buku pun..hehe..Sampai rumah, campak beg sekolah, tukar baju, terus ke padang.
Permainan yang paling saya gemari ialah main lompat getah. Dulu boleh kata saya jaguh main lompat getah..eceh perasan la plak. Rancak je kaki mengikut rentak pusingan getah. Tapi sekarang itu semua sudah di lupai. Jika si suruh bermain kembali mesti tidak mampu nak mengikut rentaknya. Bila tiba musim ini, menjadi satu kemestian untuk setiap rumah mempunyai getah yang di simpul untuk menjadi tali yang panjang. Tetapi permainan ini tidak digemari oleh budak-budak lelaki di kawasan saya. Mereka kata ni permainan budak perempuan. Lelaki tidak sesuai nak main pun. Poyo kan dia orang ini. hehe..
Ketika musim galah panjang pula, setiap petang lepas habis balik sekolah kami beramai-ramai akan bermain di padang takraw. Sesak padang takraw dengan kami semua. Apa yang saya suka tentang permainan ini, saya boleh menolak pihak lawan sampai jatuh. hehe.. Tapi permainan ini memerlukan lebih dari 6 orang pemain. Jadi bila tidak cukup pemain, tidak dapat la kami bermain. Kecewa.
Congkak juga menjadi permainan kesukaan saya. Mak ada membelikan saya congkak. Itupun selepas saya merengek-rengek mahukan congkak. Rasa cemburu tengok kawan-kawan ada congkak di rumah mereka. Dulu saya bersekolah sesi petang. Jadi setiap pagi sebelum ke sekolah, saya akan mengajak sepupu lelaki saya untuk bermain bersama saya. Saya sentiasa kalah dengan dia. Sebabnya dia selalu main tipu. Dia sorokkan guli ditangannya. Di sebabkan dia lebih tua dari saya, jadi dia suka membuli saya. Selalu juga bergaduh mulut dengan dia.
Saya pernah juga terkena balingan bola di kepala ketika bermain baling tin dulu. Aduh sakit rasanya tau. Rasa pening sekejap juga la masa itu. Semua kawan-kawan gelakkan saya ketika itu. Malu besar. Mana tidaknya budak lelaki pun ada ketika itu. Dulu konon control ayu. Sudahnya saya balik rumah terus lepas kejadian itu. Sejak kejadian itu, saya tidak pernah lagi mahu bermain permainan ini. Lebih suka duduk di tepi. Tengok sahaja mereka bermain. Ini la permainan yang paling saya tidak gemari.
Bila tiba musim guli pula, rumah saya penuh dengan guli. Mak mesti marah sebab selalu terpijak guli. Merata tempat di rumah dengan guli. Saya selau curi guli adik lelaki saya. hehe..Saya juga selalu kalah main permainan ini sebabnya budak lelaki lebih pandai bermain dari budak perempuan. Duit belanja selalu habis. Asyik nak beli guli sahaja.
Ada satu lagi permainan yang saya selalu ingat. Permainan masak-masak atau mak-mak. hehe..Seronok sangat. Boleh jadi macam-macam. Boleh jadi mak. Boleh jadi ayah. Boleh jadi anak. Boleh jadi kakak. Pokoknya boleh jadi macam-macam. Selalunya kami akan memasak telur menggunakan tin coca-cola. Kami membuat lubang berbentuk petak di tepi tin. Diterbalikkan tin tersebut. Kami meletakkan telur di atas tin yang telah diterbalikkan. Kemudian kami meletakkan lilin di dalam tin melalui lubang yang telah di tebuk. Bila masak, telur-telur itu semuanya comel-comel. Saya selalu di marahi oleh nenek sebab main api. huhu..
Rasa kelakar dan rindu pula bila teringat zaman kanak-kanak. Ada suka ria bersama kawan-kawan. Ada kalanya juga bergaduh dengan kawan-kawan. Bila dah mula bergaduh, mula la nak berpuak-puak.huhu..Kadang kala bila tengah bermain dengan kawan-kawan, mak selalu panggil suruh balik. Ini disebabkan saya adalah anak sulung. Adik-adik pula masih kecil lagi ketika itu. Jadi mak selalu menyuruh saya menjaga adik-adik saya. Sudahnya saya hanya dapat bermain sekejap sahaja dengan kawan-kawan.
Nota 1: Saya masih ingat lagi dengan orang yang membaling bola tersebut. Entah-entah dia memang mensasarkan di kepala saya bukan di badan..huhu..Untuk pengetahuan, budak yang membaling itu adalah budak lelaki. ermm..dah lost contact pun dengan budak ini.
Nota 2: Saya pernah menjuarai pertandingan congkak yang di anjurkan oleh office mate di Kulim. Saya dapat hadiah goodie sebanyak RM80 tu. Banyakkan? suka..suka..Bole pergi bershopping di JJ atau Parkson. Teringat dengan goodie-goodie yang saya dapat untuk tahun ini. Jumlahnya sekarang sudah mencecah RM280. Nak simpan la goodie-goodie ni sampai raya nanti. Boleh la saya bershopping sakan waktu raya nanti..hehe.. (goodie = voucher)
Friday, February 27, 2009
Thursday, February 26, 2009
Wuduk
Assalamualaikum wbt
Sementara nak tunggu waktu balik kerja ini. Terfikir nak menulis. Mari kita fikir-fikirkan.
Cerita tentang tuntutan wuduk secara sempurna membolehkan solat penuh khusyuk
DARIPADA Nu'aim bin Abdullah katanya, dia melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya umatku akan datang kelak pada hari kiamat bercahaya-cahaya wuduknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas yang wajib, lebihkanlah." (Hadis riwayat Muslim) Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wuduk dan wuduk yang sempurna membolehkan seseorang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk. Ketika berwuduk diharuskan membaca doa tertentu seperti berikut:
Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."
Ketika membasuh muka, berniatlah: "Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan mukaku ini."
Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah: "Ya Allah, berikanlah buku hisabku di tangan kananku ini."
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah: "Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisabku di tangan kiriku ini."
Ketika membasuh kepala, berniatlah: "Ya Allah, lindunglah aku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu."
Ketika membasuh telinga, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini."
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah: "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim."
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah: "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat."
Berwuduk tidak saja diperlukan ketika hendak mengerjakan solat tetapi kita juga disarankan supaya berwuduk apabila hendak membaca al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur kerana sesungguhnya wuduk dapat menggugurkan dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan bersih di samping menambah keserian wajah. Daripada Umar bin al-Khattab katanya: "Ada seorang lelaki berwuduk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi SAW. Disebabkan itu Baginda bersabda yang bermaksud: "Ulang kembali wudukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya." Orang itu pun berwuduk kembali dan sesudah itu dia solat." (Hadis riwayat Muslim)

Wednesday, February 25, 2009
Cerita-cerita
Assalamualaikum wbt
Fuhh..akhirnya siap jugak pengkajian "layout" saya untuk hari ini. Gembira. Boleh la saya menghabiskan waktu rehat sejam saya dengan menaip di "keyboard laptop" saya ini. Hari ini saya berpuasa ganti. Kawan-kawan semua sudah keluar makan. Mesti mereka makan di luar. Makan di kantin pun bukan sedap sangat..hehe..Lagipun minyak dan turun sekarang. Kami ambil kesempatan makan di luar. Bergilir-gilir pandu kereta masing-masing. Jika dulu harga minyak naik, semua makan di kantin sahaja. Jimat minyak dan duit. Makan di kantin pun dapat diskaun RM1. Sebabnya Intel sangat baik hati bagi insentif pada pekerja sebanyak RM1 untuk makan tengah hari. Walaupun sedikit tapi bagi saya sudah cukup. RM1 tu boleh beli macam-macam. :) Terutama beli ais-krim Walls pelangi tu..Terliur la pula nak makan..huhu..

Semalam saya terima tugasan baru. Pengkajian tentang "fub layout" untuk projek akan datang. Siap ada "due date" lagi..huhu..Esok kena hantar. Dalam masa yang sama saya sudah rancang nak balik KL. Hooreeyyy..Jadi kena la siapkan tugasan itu hari ini. Memandangkan balik KL kali ini memandu kereta sendiri, esok kena la balik kerja awal. Apa yang saya suka tentang syarikat saya ini. Waktu bekerja adalah fleksible. Tidak kisah mahu masuk dan balik kerja pukul berapa. Janji kena cukup 8 jam. Lagi satu yang paling saya suka iaitu boleh bekerja dari rumah jika tidak sihat. Ada ketika bila sengugut, hantar email pada BOS kata nak "work from home". Mesti "approved" punya. Jimat cuti sakit saya.hehe..Alhamdulillah nasib saya baik dapat BOS perempuan. Kalau tidak malu nak hantar email kat BOS lelaki kata "period pain".
Ketika bermesyuarat pagi tadi, teringat dengan lawak dari suami saya semalam. Kali ini saya bermesyuarat di "cube" sahaja, iaitu dengan menelefon "bridge". Memandangkan saya seorang sahaja dari Kulim jadi tidak perlu la ke bilik mesyuarat. Walaupun telinga mendengar suara yang keluar dari corong telefon, walaupun mata tengah memandang "foils" yang dipaparkan di "Microsoft Live Meeting", otak saya teringat-ingat lawak suami saya. Tidak fokus langsung..hehe..
Lawak dia begini. Ketika itu kami berdua di dalam kereta baru balik dari Masjid Sg Limau. Sampai je di lampu isyarat ke highway-BKE, ada seorang perempuan naik motor. Betul-betul berada di hadapan kereta kami. Saya mula memandang suami. Suami pandang arah lain. Niat di hati nak tengok reaksi suami. Pandang balik pada perempuan tersebut. Pastu pandang lagi pada suami. Kali ini saya bersuara, "Abang tengok mana tu?" Dengan nada menyindir. Suami senyum-senyum kambing. Walaupun sebenarnya dia pandang ke arah lain, tapi saya tahu dia mesti akan terpandang perempuan itu. Sebenarnya baju perempuan itu terangkat. Baju yang dipakainya singkat jadi bila duduk ternampak la aurat nya. Tidak payahla saya cerita apa yang saya nampak. Tidak baik pula mengaibkan orang. Berdosa besar.
Suami bersuara " Abang teringat ceramah sorang ustaz ini. Dia kata Nabi SAW bersabda kalau ternampak sekali itu adalah rezeki. Tapi ustaz ni cakap, memangla Nabi SAW kata pandang sekali itu rezeki tapi janganla bila ada perempuan lalu sahaja, terus kepala pegi pusing pandang perempuan itu (sambil suami tunjuk gaya). Itu saje-saje pandang namanya. Itu bukan rezeki dah namanya." Tergelak besar saya dalam kereta sebabnya gaya yang suami saya buat itu kelakar. Nasib baik la ketika itu dalam kereta. Kalau tidak mesti orang lain akan dengar saya gelak dengan kuat.
Nota 1: Pesanan untuk lelaki, pandang sekali itu maksudnya tidak sengaja memandang perempuan itu tau.
Nota 2: Sini saya lampirkan gambar "cube" saya seperti yang sudah dijanjikan pada entri yang lepas. Model itu poyo jek. Masa tu tengah xde keje. Mahan volunteer nak tangkap gambar ni..hehe..terima kasih ye Mahan.
Nota 3: Bridge yang saya maksudkan bukannya Jambatan Pulau Pinang ke tapi "conference call". Di Intel jika ada mesyuarat di antara 2 site yang berlainan, kami menggunakan "conference call" yang di panggil bridge. Jadi kami boleh mendengar dan bercakap lebih dari 2 orang.
Tuesday, February 24, 2009
Kerja
Assalamualaikum wbt
Hari ini saya masih belum lagi menerima tugasan. Boring. Habiskan masa melayari internet sahaja. Kalau ada diantara kawan-kawan ofis yang "free" boleh la di ajak main uno di "club house". Tetapi semuanya dah ada tugasan masing-masing. Duduk la di "cube" melayan blog orang. Dengan masa senggang ini juga saya mula membuka blog sendiri dan meng"update" blog. Gian juga. Ada sahaja yang hendak saya ceritakan. Dalam minda saya ini , sudah ada bermacam-macam cerita yang hendak di cerita. Tetapi bila difikir-fikir. Tidak semua boleh di ceritakan. Nanti ada yang bosan dan kutuk pula. Semua benda nak di ceritakan..ye tak..ghe..ghe..
Kalau di tanya pada "supervisor" maka akan disuruhnya saya membaca "foil" tentang projek yang akan datang. Rasa malas sangat tangan ini untuk membuka "foil" itu. Bukan memerlukan daya tenaga yang banyak pun. Hanya ketik jari pada tetikus ataupun "mouse". Tetapi itulah penyakit "M" itu dah sampai.hehe.. Mak kata, penyakit yang tiada ubatnya di dunia ini ialah penyakit "M" iaitu Malas. Berkesan la pesanan mak ini. Sampai sekarang saya masih mengingatinya. Tetapi hanya saya yang tidak mahu memotivasikan diri..hehe..
Sebenarnya tugasan saya yang lepas sudah pun selesai. Sekarang ini hanya menuggu jika ada isu yang harus di betulkan. Dalam masa yang sama, projek yang akan datang sudahpun menunggu. Projek yang akan datang, lambat sedikit untuk dimulakan dan masa untuk menyiapkannya pun sudah dipanjangkan kepada 3 atau 4 tahun. Jauh berbeza dengan projek yang lepas-lepas hanya di beri jangka masa selama setahun lebih. Kemungkinan keadaan pasaran yang lembap sekarang, projek itu dipanjangkan. Gamaknya lambat la Intel keluarkan produk baru. Jika dulu, akan ada sahaja produk baru dikeluarkan setiap tahun. Bagi menyaingi saingan dari syarikat lain.
Saya teringat waktu di awal projek. Tahap tekanan yang saya rasai amatla tinggi. Kadangkala sampai menitiskan air mata. Surau dan tandas la tempat saya menangis sepuas-puasnya. Timbul rasa takut. Takut tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Ditambah dengan rekaan baru jadi "rules" nye pun berubah dan lebih ketat. Bila saya ingat kembali, rasa kelakar pun ada. Seperti budak-budak pula nak menangis. Takut kena marah dengan BOS pun satu hal. Tapi yang paling saya takuti. Takut tidak dapat menyiapkan amanah yang sudah di beri. Sudahnya, saya terpaksa kerja sampai lewat malam untuk menyiapkannya pada tempoh masa yang telah diberi.
Tekanan bertambah-tambah apabila terpaksa bekerja lewat malam di ofis. Kawan-kawan lain semuanya menyambung kerja di rumah. Mereka sudah memasang perkhidmatan internet di rumah. Cuma saya belum lagi, jadinya saya seorang di ofis. Kalau ada pun hanya kawan-kawan cina. Bila berseorangan ini macam-macam la benda yang bukan-bukan di fikirkan. Ditambah dengan perangai takut saya ini. Tetapi sekarang Alhamdulillah saya boleh merasa lega sedikit sebab di rumah saya pun sudah ada streamyx. Jadi kalau kena kerja lewat malam pun boleh dilakukan di rumah sahaja.
Teringat dulu waktu di KM3, selalu balik lambat dengan Aliza dan Ila. Kekadang kul 1 pagi pun masih di ofis lagi. Merekalah yang menjadi peneman untuk balik umah. Dulu saya hanya mempunyai motosikal. Jadi bila balik malam rasa takut terjadi kejadian yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi saya perempuan. Sudahnya Ila dan Aliza jadi mangsa. Mereka membontoti motosikal saya dengan menaiki kereta mereka. Terima kasih ye Ila dan Aliza. Akan saya kenang jasa kamu berdua selama-lamanya. Maafkan saya juga sekiranya menyusahkan.. :) Teringat la kenangan lama di KM3..hehe..
Semalam terima satu email dari "Manager Department". Jelaskan tentang "rumor" yang sekarang ini berleluasa diperkatakan di ofis. Tentang pemberhentian kerja. Takut saya mendengar ayat ini. Dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Teruk la keadaan kewangan, lagi-lagi kalau diberhentikan kerja..huhu..Alhamdulillah setakat ini, jabatan saya tiada lagi yang terkena kesannya. Tapi yang sedihnya, tahun ini kami tidak dapat kenaikan gaji. Bagi mengurangkan jumlah perbelanjaan syarikat. Paul Ottelini (CEO Intel) mengumumkan tiada kenaikan gaji untuk tahun ini tetapi ada kenaikan peratus untuk stok saham yang kami miliki di syarikat ini. Saya masih tetap bersyukur. Pendapat saya, tiada kenaikan gaji adalah lebih baik dari di berhentikan kerja.
Sebenarnya "rumor" itu tidak betul pun. Tidak tahula siapa yang memulakannya. Tetapi saya tidak pula pernah mendengar "rumor" ini. Kalau ada dengar pun hanya untuk jabatan lain. Bukan jabatan saya..ermmm..siapa la orang itu agaknya ye. Kami telah di beri jaminan tiada pemberhentian kerja untuk jabatan saya (PDC). Malah jabatan saya menerima pekerja dari jabatan lain untuk di serapkan ke jabatan kami. Pekerja-pekerja kontrak pula tidak akan disambung kontrak mereka.
Baru-baru ini ada diumumkan Intel mahu menutup 2 buah kilang di Penang. Tetapi mereka di beri pilihan untuk pindah ke Kulim atau di serap di jabatan lain. Di Kulim Intel sudah mempunyai 3 buah kilang. Yang terbaru sekali adalah yang paling besar di antara kilang-kilang Intel di Malaysia. Untuk pengetahuan, kilang tersebut adalah kilang yang paling awal di bina di Penang. Sudah lama ada perancangan hendak menutup kilang tersebut tetapi ambil kesempatan keadaan sekarang. Dari penerangan "manager" saya, 2 kilang tersebut ditutup adalah disebabkan ia hanya boleh mengeluarkan satu produk dalam satu-satu masa. Dimana sekarang ini, Intel mengamalkan untuk membina kilang yang boleh mengeluarkan lebih dari 2 produk dalam satu-satu masa. Menjimatkan kos syarikat. Kesimpulannya, Intel masih lagi ingin melabur di Malaysia. Alhamdulillah saya masih lagi mempunyai pekerjaan dan diberi peluang untuk berkhidmat di syarikat ini.
Nota 1: Sentiasa berdoa supaya masih mempunyai pekerjaan dalam keadaan ekonomi sekarang.
Nota2: Kerja dengan sektor swasta ada baiknya dan buruknya. Yang baiknya kami sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan kualiti syarikat seperti motto syarikat saya "work as a team" Yang buruknya kena bersaing dengan kaum lain dan tiada jaminan kerja untuk selama-lamanya. Jika nak dibandingkan dengan sektor kerajaan. Kerja senang macam tiada kerja pun. Balik kerja pun tepat. Kaki kipas BOS..haha..
Nota 3: Pelikla..di ofis banyak pula idea nak menulis entri tapi di rumah ketandusan idea. Kena selidik ini, apa sebabnya..hehe..
Nota4: "cube" yang saya nyatakan adalah kiub. Di Ofis kami di beri meja sorang satu dan diletakkan dinding di antara satu sama lain. So privacy la skit sebab orang sebelah tidak nampak kita. Kiub ini berbentuk segi empat jadi kami memanggilanya "cube" daripada "desk"... :) Nanti kalau ada masa saya postkn gambar "cube" saya k.. :) PDC pula adalah singkatan nama bagi jabatan saya. Penang Design Center jadilah PDC. :). FYI, "Site Manager" pun menggunakan "cube" sama macam saya. Intel tidak menyediakan bilik khas untuk mereka. Intel menganggap semua orang adalah sama taraf tidak kira jawatan orang itu tinggi atau tidak. Kalau pekerja kerajaan mesti mengasingkan ikut jawatan kan?..hehe..
Nota 5: KM3 adalah nama bangunan Intel di Kulim. Bangunan Intel banyak. Lebih dari satu. Jadi setiap bangunan di namakan dengan nombor. Ditambah dengan perkataan KM atau PG. KM singkatan untuk Kulim, manakala PG singkatan bagi Penang. Sekarang saya sudah berpindah ke bangunan baru. Jika bangunan itu di bina di Kulim ia akan dinamakan KM. Jika di Penang dinamakan PG.

Monday, February 23, 2009
Adab di tempat awam
Assalamualaikum wbt
Cerita pasal adab ini, saya agak terganggu dengan perbuatan orang muslim sekarang. Tapi ini bukan nak cerita secara am, tapi nak cerita secara khusus. Berkenaan saya geram dengan seorang wanita di surau tadi. Hendak kata perempuan itu budak-budak tapi badan besar la plak kan. Badan besar tapi masih tidak boleh membezakan antara yang elok dengan yang tidak elok...ermmm..susah ni. Kalau budak-budak buat bising, masih boleh diterima sebab mereka masih tidak boleh membezakannya. Bercakap di telefon dengan nada yang agak kuat. Hendak ditegur rasanya dia sudah besar, sepatutnya dia mempunyai kesedaran sendiri.
Saya agak tidak berkenan, jika ada orang yang buat bising di dalam surau. Ia boleh menganggu orang lain yang sedang solat. Bagi saya, jika hendak berborak pun di dalam surau, biarla dengan nada yang rendah.
Lagi satu, bunyi deringan telefon. Kalau boleh biarlah telefon tersebut dimatikan atau ditukarkan ke "mode silent" dahulu sebelum masuk ke surau. Kalau ada panggilan penting pun, biarla dijawab di luar surau. Suara anda yang tinggi itu boleh menganggu kekhusyukan solat orang lain..ermmm..nape kita masih tidak mempunyai kesedaran yang sebegini ek..huhu..
Kadangkala orang yang "educated" pun belum tentu mempunyai kesedaran begini.
Rancak je borak di telefon, sampai orang yang tengah solat pun diabaikan. Memikirkan saya tidak mengenali sangat wanita ini, saya abaikan niat saya untuk menegurnya. Jika ia dari kalangan kawan-kawan saya, akan saya tegur secara baik... :) Maaf ye kawan-kawan, kalau ada yang terasa saya menegur kamu. :) Untuk kebaikan bersama. Berbalik pada wanita ini, pelik juga saya. Dia ada jawatan tinggi di syarikat saya, "education level" pun tinggi, tapi tu la tidak tahu kenapa dia masih bersuara lantang ketika di dalam surau. Langsung tiada kesedaran..huhu..
Nota 1: Ini hanya pendapat peribadi saya. Niat dihati hanya untuk tegur menegur di antara sesama kita. Tiada langsung niat di hati untuk meng"shoot" seseorang...hehe.. :)
Nota 2: Agak terganggu la solat saya tadi disebabkan wanita ini. Risau jugak Allah SWT tidak akan menerima solat saya..huhu..Akibatnya dikerjakan sekali lagi solat itu. :(

Sunday, February 22, 2009
Perigi
Assalamualaikum wbt
Pagi tadi mandi terasa sejuk sedikit tidak seperti hari-hari biasa. Kemungkinan semalaman hujan. Suami pun merungut, air sejuk pagi ini (dalam hati tidak sejuk pun..hehe..)Teringat pada kenangan masa kecil dulu. Tiap-tiap pagi sebelum ke sekolah mak mandikan kami dengan air perigi. Sejuknya terasa mencucuk-cucuk ke tulang-temulang saya. Selepas kami merengek kesejukan, mak mula memasak air panas untuk kami mandi. Dulu mak tidak mampu untuk membeli "water hitter". Walau bagaimanapun air tersebut masih tetap sejuk walaupun sudah dicampurkan dengan air panas. Menggigil-gigil saya selepas mandi.
Rumah lama saya dulu ada sebuah perigi. Dari mak, adanya perigi tersebut adalah usaha sama bapak dan atuk menggalinya. Mak kata lagi, atuk dapat mimpi ada mata air di sebelah rumah. Jadi atuk mencuba nasib, Alhamdulillah memang ada mata air pun di situ. Walaupun ketika itu rumah kami sudah ada pemasangan air paip, mak masih mahu menggunakan air perigi. Kata mak, banyak khasiatnya air perigi. Dari masak, mandi dan mencuci kain mak menggunakan sepenuhnya air pergi. Tetapi sekarang itu semua tinggal kenangan sahaja. Perigi tersebut sudah pun dikambus untuk beri laluan pada pembangunan perumahan..huhu..sedih pun ada.
Lama kelamaan ia sudah menjadi biasa bagi saya untuk mandi air sejuk tiap-tiap pagi. Bagai kata pepatah melayu "Alah bisa tegal biasa". Walaupun rumah baru sekarang sudah ada "water hitter", jarang sekali untuk memakainya. Lebih gemar mandi air kolah. Terasa kesegarannya selepas mandi. Kebanyakannya "water hitter" tersebut digunakan oleh adik bongsu saya (Enchi). Takut sangat dia hendak mandi air di kolah. Sejuk katanya. Memang dari kecil, mak sudah biasakan dia mandi air panas. Ada sekali itu, mak dan dia bermalam di rumah sewa saya. Disebabkan rumah sewa tiada "water hitter" disuruh oleh si kecil ini untuk memasangnya. "Kak Ida pasangla air pancut panas. Nanti bila enchi datang sini lagi, tak la enchi sejuk nak mandi" Dalam hati, mengada-ngada la si kecil ini.

Sekarang kalau terputus bekalan air, tiada sumber lain yang boleh di harapkan. Jika dulu, mak tidak menghiraukan sangat jika ada notis bekalan air akan terputus. Ini disebabkan mak masih boleh melakukan aktiviti harian dengan menggunakan air perigi. Tetapi sekarang, bila dapat notis sahaja, kelam kabut mak mencari bekas besar untuk buat tadahan air. Teringat dulu masa sekolah menengah, ada krisis bekalan air disebabkan musim kemarau. Kami sekeluarga tidak terasa sangat kesannya. Dengan adanya air perigi banyak membantu kami sekeluarga.
Nota 1: Ada pepatah melayu yang mengaitkan dengan perigi. "Macam perigi cari timba"..hehe..Perigi ada kaki ke nak cari timba? muahaha..sebenarnya ia hanya gambaran sahaja. Pepatah ini sinonim dengan situasi di mana seorang perempuan yang terkejar-kejar mencari pasangan lelaki, sedangkan lelaki tersebut tidak kisah pun..hehe..
Nota 2: Susah hendak jumpa rumah di bandar-bandar ada perigi. Jika ada pun hanya di kampung-kampung sahaja. Itupun hanya segelintir sahaja yang masih menggunakannya.
Nota 3: Teringat dengan jasa mak yang yang tidak jemu-jemu masak air panas pada setiap pagi untu mandi dan melayan kerenah kami yang bermacam ragam. Inilah pengorbanan seorang ibu. Saya sentiasa berdoa pada Allah SWT supaya sentiasa meneguhkan hati saya untuk berbakti pada mak. Sayang mak.. :)
Nota 4: Gambar di atas adalah semasa membawa mak dan enchi berjalan di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Gayat si kecil bila menaiki kuda tersebut. Cuak mukanya semasa berada di atas badan kuda tersebut. Sebenarnya saya gayat jugak tetapi buat-buat berani. Control macho..muahaha..
Friday, February 20, 2009
Enchi (i)
Assalamualaikum wbt
Tengah hari tadi menelefon mak. Rindu rasanya. Sudah hampir sebulan tidak pulang ke Gombak. Setelah lama berborak, mak buka cerita pasal Enchi (nama manjanya). Adik bongsu saya yang berumur 6 tahun. Ainul Fikri adalah namanya. Semasa umurnya 4 tahun, dia menggelar dirinya Enchi disebabkan dia masih pelat untuk menyebut penuh nama Fikri. Jadi nama itu lekat sampai sekarang, walaupun sekarang ini dia sudah petah berkata-kata.
Kini dia telah memasuki tadika. Oleh kerana dia yang paling bongsu maka manjanya melebih-lebih dari kami adik-beradik. Dia taknak ke sekolah. Mak selalu memujuknya dengan syarat mak menemaninya di sekolah sampai waktu sekolah tamat (tetapi mak selalu curi-curi balik ketika dia tengah seronok bermain bersama kawan-kawannya..hehe..) Sampaikan pada satu tahap, dalam perjalanan ke sekolah pun dia meminta mak mendukungnya. Walaupun jarak antara tadika dengan rumah dekat tapi mak masih termengah-mengah jugak mendukungnya. Mana tidaknya, mendukung si kecil ini seperti memikul 2 guni beras (hehe..andaian jek) Itulah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu. Harap-harap si budak kecil ini sentiasa mengingati jasa mak, kalau tidak, akan saya "luku" kepalanya..hehe..
Cerita terbaru, mak kata, sekarang ini dia sudah tidak mahu didukung lagi oleh mak tetapi masih lagi mahu mak menunggunya di tadika. Ini kerana mak telah memberinya air doa dari seorang ustaz dikampung suami saya. Supaya dia mahu ke sekolah (didalam hati berkata Alhamdulillah). Sejak dia petah berkata-kata, banyak soalan-soalan pelik yang dihamburkan oleh si kecil ini. Dek kerana sifat ingin tahunya yang mendalam. Sampaikan soalan yang dihamburkan tidak mampu untuk di jawab oleh kami. Dia bertanya pada mama (mama adalah nama panggilan untuk ayah kami..jangan terkejut..sebenarnya dalam bahasa Jawa adalah Rama tetapi kami lebih selesa memanggilnya mama dari Rama) "Ni air sape?"
Mama menjawab "Ni air babang (nama panggilan untuk abang kami yang sulung) " Dengan harapan supaya dia tidak bertanya lagi tetapi ada sahaja soalan-soalan yang hendak dihamburkan
"Tapi kenapa mak suruh enchi minum, kenapa tak bagi kat babang jek?" Saya tergelak kecil. Mama jawab "Mak suruh enchi minum supaya enchi rajin pergi sekolah" Masih lagi tidak puas dengan jawapan itu, si kecil ini bertanya lagi "Mama amik air ni kat mana? Nape tak ajak enchi? Enchi nak ikut. Mama suka tau kalau pergi mana-mana pergi sorang-sorang tak ajak enchi pun tau" Tergelak besar saya mendengarnya (sambil cuba membayangkan riak mukanya).Dari saat itu, apabila air doa itu sudah habis dengan pantasnya dia akan mengajak Ani (adik saya yang keempat) ke rumah ustaz tersebut walaupun ketika itu Ani belum menghabiskan makanannya. Dipaksanya Ani supaya menemaninya.
Disebabkan jarak antara tadika dengan rumah dekat, mak menghantarnya berjalan kaki. Ia mengambil masa kira-kira 15 minit. Terkeluar dari mulut si kecil "Mak belajarla bawa motor. Penat la enchi tiap-tiap hari jalan kaki" Didalam hati saya, banyak songeh la budak kecil ni sambil tergelak mendengarnya.
Mak menjawab "Enchi cakapla dengan mama suh anta enchi pegi sekolah"
"Taknak la. Enchi nak mak anta, taknak mama anta. Kalau mama anta, nanti mak taknak tunggu enchi. Nanti mak balik. Ala mak suruh la mama atau Ani ajar mak"
"Mama banyak keje. Ani kan sekolah. Mana sempat nak ajar mak"
"Kalau macam tu, mak suruh la kak Ida balik. Nanti kak Ida bole ajar mak" Geli hati mendengar mak bercerita tentang si kecil ini di corong telefon. Tergelak kecil ketika itu.
Bila difikirkan kembali celoteh-celoteh si kecil ini, sentiasa membuatkan saya geli hati. Ada sahaja ucapan-ucapan yang lucu keluar dari mulutnya yang comel. Walaupun dia tidak tahu apa itu erti lucu tetapi bagi kami sekeluarga ia adalah ucapan-ucapan yang lucu. Walaupun begitu, ada kalanya dia menonjolkan perangainya yang menjengkelkan. Sampai kan pada satu tahap, rasa macam hendak sahaja saya pulas-pulas telinganya dan cubit-cubit badannya. Tetapi dia masih tetap adik kami yang kami sayangi.. :)
Nota: Terngiang-ngiang di telinga, lagu Ketahuan yang paling di sukai oleh si kecil ini. Setiap kali jumpa mesti dia akan menyanyikan lagu ini untuk saya. Keseluruhan lirik lagu tersebut dihafalnya.

Cermin
Assalamualaikum wbt
Pagi tadi, saya terima satu "email" dari adik saya. Email tersebut adalah tentang mengenal pasti cermin dua arah. Saya rasa ramai yang tahu tentang info ini. Saya post kan entri ini sebagai peringatan buat saya. Saya seorang yang kuat pelupa.
Ceritanya adalah tentang mengenal pasti cermin-cermin yang berada ditempat awam (seperti tandas awam, bilik hotel, ruang ganti pakaian dan lain-lain). Mungkin anda sudah mendengar khabar angin supaya berhati-hati dengan cermin di tempat awam. Berkemungkinan cermin tersebut adalah cermin 2 arah. Apa itu cermin 2 arah? Iaitu cermin yang boleh membuatkan orang yang berada di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka. Ermmm..susah nak percaya tetapi ia boleh dijadikan pengajaran kepada kita supaya berhati-hati.
Caranya adalah seperti:

- UJI DENGAN KUKU JARI - Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku dan bayangan kuku di cermin, dapat dikatakan cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku dicermin, berhati-hatila, kerana ia adalah cermin 2 arah. Pastikan anda lakukan ujian kuku ini dahulu.. :)
- UJI DENGAN NAFAS - Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin, maka selamat, jika tidak, besar kemungkinan ianya cermin 2 arah.
- UJIAN BUNYI - Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari perlahan-lahan (kalau kuat takut pecah). Sekirang ianya berbunyi atau ada bunyi perlahan. Maknanya ia melekap di dinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang kosong/berongga di belakang cermin.
Jadi kepada kawan-kawan terutamanya pada wanita, cubalah ujian ini dahulu ketika hendak menggunakan cermin di tempat awam. Tidak tahu sama ada ia berkesan. Tidak pula pernah saya mencubanya. Marilah kita sama-sama mencubanya selepas ini. :)
Nota : Di sini saya lampirkan doa untuk melihat muka di cermin untuk tatapan semua. Doa adalah terjemahan dari Bahasa Arab. ( Ya Allah, Ya Tuhanku, Cantikkan perangai dan budi pekerti ku seperti mana Engkau ciptakan kecantikkan dirupa parasku.. Amin..)
Thursday, February 19, 2009
Hadith
Assalamualaikum wbt.
Teringat saya pada satu hadis Nabi Muhammad SAW dan ingin rasanya saya kongsikan bersama-sama dengan pembaca. Hadis ini dikongsikan dari suami saya yang selalu membacakan hadis Rasulullah SAW kepada saya pada setiap malam sekiranya dia berada di Kulim. Terkesan di hati setelah mendengar hadis ini, disamping sangat takut dan terkejut setelah mendengar hadis ini yang keluar dari mulut suami tersayang. Hadis itu berbunyi seperti ini:
Dari Abdullah Ibn Umar r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"(Sebelum berlakunya hari kiamat) Dajjal akan muncul dikalangan umatku dan dia akan tinggal selama empat puluh. Perawi hadith ini Hadzrat Abdullah bin Umar ra berkata: Aku tidak mengetahui apakah maksud Rasulullah SAW mengenai 40 itu samada 40 hari atau 40 bulan atau 40 tahun. Kemudian Allah SWT menurunkan Nabi Isa bin Maryam a.s yang rupanya seolah-olah seperti Urwah bin Mas'ud, untuk mencarinya dan dapat membunuhnya. Kemudian tinggalah manusia selama tujuh tahun dengan penuh aman sehingga tidak ada pergaduhan antara dua orang.
Kemudian Allah SWT meniupkan angin yang sejuk (bermula dari negeri Syam) yang dengannya mematikan sesiapa sahaja yang mempunyai iman atau kebaikan sebesar zarah sekalipun sehinggakan kalau seseorang daripada kamu berlindung di dalam sebuah bukit nescaya angin itu dapat membunuh kamu. Rasulullah SAW bersabda: Tinggalah dunia ini hanya orang-orang jahat (hatinya kosong dari iman) mereka hidup seumpama binatang buas yang tidak mengenal erti baik sebagai kebaikan dan buruk sebagai keburukan. Syaitan telah menjelma dikalangan mereka dan berkata: Tidak kamu menuruti perintahku? Mereka berkata: Apakah perintahmu kepada kami? (nescaya kami akan turuti) Maka syaitan telah memerintahkan mereka untuk menyembah berhala. (Dan mereka menuruti) Pada masa itu mereka mendapat rezeki yang banyak, hidup mereka mewah dan senang. Kemudian sangkakala (terompet) akan ditiup. Tidak ada seorang pun yang mendengar bunyi terompet tersebut (dengan suara begitu dahsyat dan menakutkan) kecuali lehernya akan terdongak kesana dan kesini. Orang yang pertama mendengar (dan terkesan dengan suara itu ialah seorang yang sedang membaiki bekas minuman air untanya dengan tanah, dia pengsan dan terus mati disitu juga.
Kemudian diikuti oleh orang lain dan matilah keseluruhannya. Kemudian Allah SWT menurunkan hujan (gerimis) seumpama embun yang memberi kesan kepada setiap jisim manusia dan kembali bernyawa. Kemudian sangkakala kedua akan ditiup dengan tiupan sekali sahaja semua manusia akan bangun dan berpandang-pandangan antara satu sama lain. Kemudian akan dikatakan kepada mereka: Wahai manusia! pergilah kamu menuju ke arah Tuhanmu! (dengan perintah daripada malaikat) mereka semua berjalan (menuju ke padang Mahsyar) berdiri untuk disoal dan dihisab. Kemudian akan dikatakan kepada mereka: Keluarkanlah daripada mereka dikalangan ahli-ahli neraka. (malaikat) Bertanya: Berapa banyakkah daripada mereka? Jawab: Setiap seribu 999. Rasulullah SAW bersabda: Inilah hari dimana kanak-kanak menjadi tua. (Hari yang paling dahsyat dan penuh ketakutan) Dihari yang Allah SWT menzahirkan ZatNya (dengan cara yang khusus). (H.R Muslim)"
"Dalam satu riwayat yang lain dinyatakan apabila para sahabat mendengar bahawa daripada seribu orang, 999 orang akan dicampakkan ke dalam api neraka mereka begitu sedih,wajah-wajah mereka berubah lalu Baginda SAW bersabda: 999 orang itu ialah dari kalangan Ya'jud dan Ma'ajud dan juga dari kafir musyrik. Seorang dari seribu orang itu ialah dari kalangan kamu (orang-orang yang beriman yang mempunyai usaha dan ikhtiar) (H.R Bukhari)"
Hadith diatas dipetik dari buku "MUNTAKHAB AHADITH" diterbit oleh KLANG BOOK CENTRE dan dicetak oleh NurPrima Sdn. Bhd. cetakan 2004 & 2008.
Berdasarkan hadith ini dapat diketahui bahawa dari seribu umat manusia Rasulullah SAW hanya seorang sahaja yang dimasukkan ke dalam syurga dan yang selebihnya dimasukkan ke dalam neraka. Bayangkan nisbahnya 1:1000, betapa banyak jurang nisbah ini. Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan sentiasalah berdoa semoga kita adalah dikalangan seorang dari seribu itu. Hanya dengan syafa'at Rasulullah SAW dan rahmat Allah SWT (InsyaAllah) yang akan dapat menolong kita ketika berada di Padang Mahsyar nanti. Semoga kita berada di kolongan orang-orang yang beriman dan bertakwa. :)
nota : ini hanyalah sebagai nasihat dan peringatan kepada kita semua. sabda hadith Rasulullah SAW, sampaikanla walau sepatah ayat dari ucapanku kepada orang lain... :)

Geram
Assalamualaikum wbt.
Geram sangat saya pada seorang DE ni..huhu..geram!!!! Apa itu DE? DE tu adalah singkatan untuk Design Engineer. Di tempat saya bekerja selalu menggunakan perkataan singkatan (short form). Macam jawatan saya dipanggil MD atau Mask Designer.
Balik kepada si DE ini. Saya tidak mengharapkan dia akan membaca entri ini. Tetapi sekadar untuk meluahkan isi hati saya ini. Tidak tahu pada siapa hendak diluahkan. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada pukul 2.44 p.m. waktu malaysia. Sampai di rumah nanti akan saya ceritakan semuanya pada suami. Tapi nak jugak post entri ini.
Isu ini terjadi disebabkan salah faham. Tetapi bagi dia, dia berada di pihak yang benar. Jadi dia cuba untuk salahkan saya. Hanya untuk menyelamatkan reputasi dia. Apa salahnya kalau dia mengaku salah. Sedangkan isu ini terjadi disebabkan penyampaiannya yang lemah. Walaupun salah faham ini datangnya dari dia, saya dengan rendah diri mengaku salah pada "supervisor" saya. Tidak ada gunanya isu ini dipanjangkan. Masih banyak lagi kerja lain yang patut diuruskan. Akan aku abaikan lelaki yang ego ini.
Dalam masa yang sama, BOS dia cuba untuk menegakkan benang yang basah. Dia cuba untuk tidak mengaku kalah atau dalam bahasa cina "kiah-su" (ayat baru dalam kamus saya). Kemungkinan dia berasa malu selepas "supervisor" saya meng"shoot" mereka kembali..hehe..Bagi saya cara BOS si DE ini langsung tidak profesional. Kenapa saya berkata begitu? Dia boleh "personally" email saya untuk mendapatkan penjelasan dari saya. Tetapi dengan selambanya meng"shoot" saya sambil meng"CC" email itu kepada Pegurus Jabatan saya. Sedangkan Pengurus Jabatan saya tidak tahu menahu tentang tugasan ini. Mengapa tidak pada "supervisor" saya. Yang lebih arif tentang diri saya. Saya rasa BOS si DE ni kena menghadiri kembali kelas kemahiran berkomunikasi. Rasanya dia dah lupa kut..hehe..
Dari saya memikirkan sangat hal ini baik saya beristighfar..hehe.. Akan saya jadikan ini sebagai pengajaran bagi saya untuk bekerja dengan orang macam ini.
Note: Siapla si DE kalau meng"request" kerja dengan saya. Akan saya "pulangkan paku serpih dua sirih" ( betulke pepatah ini..hehe..malas nak mengingat disebabkan sudah tiba masanya untuk saya pulang. Akan saya ceritakan pada suami tersayang..tapi sebelum itu nak check "online banking" dulu, sama ada gaji sudah masuk ke belum..hehe..)
Note: Selama 4 tahun bekerja, belum pernah lagi saya jumpa orang yang seperti ini. Baru kerja tidak sampai setahun jagung nak tunjuk pandai.

Pengenalan
Assalamualaikum wbt
Selamat datang ke Alam Maya Mieda. Macam tidak percaya saya akan terlibat di alam blog ni..hehe..Konon tidak mahu terlibat dalam dunia blog ni sebab nak "low profile" la konon dan tergerak hati nak buka blog sendiri disebabkan tertarik lepas baca blog "Dunia Sarah" ditambah dengan keadaan bebanan kerja yang sedikit (bermakna nya sekarang ini masa senggang saya..hehe) Lepas baca blog ni terus bagi inspirasi pada saya untuk mem"blog"kan diri ini..muahaha..Selalunya bila ada masa senggang saya akan baca blog kawan-kawan untuk menghilangkan rasa bosan. Nasib baik la syarikat ditempat saya bekerja menyediakan khidmat internet tanpa batasan. Sekarang tidak ku sangka, timbul pula minat dan keinginan untuk buka blog sendiri...huhu..
Baca blog "Dunia Sarah" itu seronok rasa macam baca novel atau cerpen disebabkan penulisannya sangat menarik. Karangan yang dikarang oleh pemunya blog itu pun sangat indah dan menarik dan tidak jemu untuk dibaca. Tidak sabar hendak menunggu entri baru blog tersebut. Karangan yang ditulis oleh Sarah bagi inspirasi pada saya untuk terlibat kembali dalam dunia karangan bahasa melayu yang sudah lama saya tinggalkan. Sejak dari sekolah saya memang minat dengan dunia penulisan tapi bakat terpendam sejak masuk ke alam kolej.
Nak kata pandai tu bukanlah pandai sangat dalam penulisan tetapi minat tu sentiasa ada. Guru di sekolah pula tidak pernah bagi komen sama ada penulisan saya itu menarik untuk di baca atau tidak tetapi saya selalu dapat "A" untuk karangan yang berbentuk dunia khayalan (hehe..dulu saya suka berkhayal..macam-macam khayalan yang singgah difikiran..sekarang semua kahayalan itu sudah ditinggalkan dan kembali ke alam realiti..hehe..lagipun kahayalan itu hanyalah mainan syaitan yang hendak membuatkan kita lupa pada pencipta kita Yang Maha Esa) Tetapi yang sedihnya saya selalu dapat "B+" untuk karangan yang berbentuk fakta..huhu..Ketika itu saya tidak beminat langsung untuk membaca surat khabar dan menonton berita di televisyen..Jadi kebanyakan cerita terbaru banyak yang saya tidak tahu..Boleh dikatakan tidak "up to date" atau seperti kata pepatah melayu "Bagai Katak dibawah Tempurung" (betul ke katak suka berada di bawah tempurung..hehe..) Dulu tumpuan membaca hanya pada novel dan cerpen sahaja..Itupun pinjam dari perpustakaan atau dari kawan-kawan..hehe..Hendak beli buku sendiri tidak mampu tetapi sekarang dah ada duit sendiri pun malas hendak beli buku..hehe..Kalo ada buku yang terbaru di rumah pun adalah dorongan suami dan untuk mengurangkan pembayaran cukai pendapatan..hehe..Diharapkan pembaca blog saya terhibur dengan penulisan saya. Komen-komen yang membina pun dialu-alukan.

Subscribe to:
Posts (Atom)