Friday, February 20, 2009

Enchi (i)

Assalamualaikum wbt

Tengah hari tadi menelefon mak. Rindu rasanya. Sudah hampir sebulan tidak pulang ke Gombak. Setelah lama berborak, mak buka cerita pasal Enchi (nama manjanya). Adik bongsu saya yang berumur 6 tahun. Ainul Fikri adalah namanya. Semasa umurnya 4 tahun, dia menggelar dirinya Enchi disebabkan dia masih pelat untuk menyebut penuh nama Fikri. Jadi nama itu lekat sampai sekarang, walaupun sekarang ini dia sudah petah berkata-kata.

Kini dia telah memasuki tadika. Oleh kerana dia yang paling bongsu maka manjanya melebih-lebih dari kami adik-beradik. Dia taknak ke sekolah. Mak selalu memujuknya dengan syarat mak menemaninya di sekolah sampai waktu sekolah tamat (tetapi mak selalu curi-curi balik ketika dia tengah seronok bermain bersama kawan-kawannya..hehe..) Sampaikan pada satu tahap, dalam perjalanan ke sekolah pun dia meminta mak mendukungnya. Walaupun jarak antara tadika dengan rumah dekat tapi mak masih termengah-mengah jugak mendukungnya. Mana tidaknya, mendukung si kecil ini seperti memikul 2 guni beras (hehe..andaian jek) Itulah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu. Harap-harap si budak kecil ini sentiasa mengingati jasa mak, kalau tidak, akan saya "luku" kepalanya..hehe..

Cerita terbaru, mak kata, sekarang ini dia sudah tidak mahu didukung lagi oleh mak tetapi masih lagi mahu mak menunggunya di tadika. Ini kerana mak telah memberinya air doa dari seorang ustaz dikampung suami saya. Supaya dia mahu ke sekolah (didalam hati berkata Alhamdulillah). Sejak dia petah berkata-kata, banyak soalan-soalan pelik yang dihamburkan oleh si kecil ini. Dek kerana sifat ingin tahunya yang mendalam. Sampaikan soalan yang dihamburkan tidak mampu untuk di jawab oleh kami. Dia bertanya pada mama (mama adalah nama panggilan untuk ayah kami..jangan terkejut..sebenarnya dalam bahasa Jawa adalah Rama tetapi kami lebih selesa memanggilnya mama dari Rama) "Ni air sape?"
Mama menjawab "Ni air babang (nama panggilan untuk abang kami yang sulung) " Dengan harapan supaya dia tidak bertanya lagi tetapi ada sahaja soalan-soalan yang hendak dihamburkan
"Tapi kenapa mak suruh enchi minum, kenapa tak bagi kat babang jek?" Saya tergelak kecil. Mama jawab "Mak suruh enchi minum supaya enchi rajin pergi sekolah" Masih lagi tidak puas dengan jawapan itu, si kecil ini bertanya lagi "Mama amik air ni kat mana? Nape tak ajak enchi? Enchi nak ikut. Mama suka tau kalau pergi mana-mana pergi sorang-sorang tak ajak enchi pun tau" Tergelak besar saya mendengarnya (sambil cuba membayangkan riak mukanya).Dari saat itu, apabila air doa itu sudah habis dengan pantasnya dia akan mengajak Ani (adik saya yang keempat) ke rumah ustaz tersebut walaupun ketika itu Ani belum menghabiskan makanannya. Dipaksanya Ani supaya menemaninya.

Disebabkan jarak antara tadika dengan rumah dekat, mak menghantarnya berjalan kaki. Ia mengambil masa kira-kira 15 minit. Terkeluar dari mulut si kecil "Mak belajarla bawa motor. Penat la enchi tiap-tiap hari jalan kaki" Didalam hati saya, banyak songeh la budak kecil ni sambil tergelak mendengarnya.
Mak menjawab "Enchi cakapla dengan mama suh anta enchi pegi sekolah"
"Taknak la. Enchi nak mak anta, taknak mama anta. Kalau mama anta, nanti mak taknak tunggu enchi. Nanti mak balik. Ala mak suruh la mama atau Ani ajar mak"
"Mama banyak keje. Ani kan sekolah. Mana sempat nak ajar mak"
"Kalau macam tu, mak suruh la kak Ida balik. Nanti kak Ida bole ajar mak" Geli hati mendengar mak bercerita tentang si kecil ini di corong telefon. Tergelak kecil ketika itu.

Bila difikirkan kembali celoteh-celoteh si kecil ini, sentiasa membuatkan saya geli hati. Ada sahaja ucapan-ucapan yang lucu keluar dari mulutnya yang comel. Walaupun dia tidak tahu apa itu erti lucu tetapi bagi kami sekeluarga ia adalah ucapan-ucapan yang lucu. Walaupun begitu, ada kalanya dia menonjolkan perangainya yang menjengkelkan. Sampai kan pada satu tahap, rasa macam hendak sahaja saya pulas-pulas telinganya dan cubit-cubit badannya. Tetapi dia masih tetap adik kami yang kami sayangi.. :)

Nota: Terngiang-ngiang di telinga, lagu Ketahuan yang paling di sukai oleh si kecil ini. Setiap kali jumpa mesti dia akan menyanyikan lagu ini untuk saya. Keseluruhan lirik lagu tersebut dihafalnya.


2 comments:

Anonymous said...

kak rindu tul aku ngan enchi....
lg2 ko cite psl dia....
mcm karenah nak layan dia klu jpe....

Alam Maya Mieda said...

ko tu yang dekat pun bole jumpa jek jumpa dia..hr ahad lps dia bising-bising ajak g tgk upin&ipin..ko janji dgn dia pastu x bw plak..huhu..bising2 dia kat aku dlm tel..