Assalamualikum wbt
Kerja dah siap. Baca blog orang pun dah siap. Tapi hari ini tiada yang entri yang terbaru pun dari blog kegemaran saya. Baca email di outlook pun dah siap. Bila semua benda dah buat bosan la pula di cube ini. Teringin nak mengajak Has bermain congkak di club house. Nasib baik la Has sudi nak melayan.hehe..Terima kasih ye Has. Tapi hari ini has kat penang la pula. Sementara nak tunggu waktu lunch, saya menulis kejapla. Kali ini saya nak bercerita tentang permainan masa zaman kanak-kanak saya.
Dulu masa kecik-kecik saya suka sangat main congkak. Sejak di sekolah rendah lagi. Lagipun permainan ini tidak memerlukan tenaga yang banyak. Teringat pasal congkak ini, teringat kembali kenangan bermain semasa kanak-kanak. Dulu di kawasan perumahan saya, kami mengamalkan permainan bermusim. Bermacam-macam permainan yang di jadikan musim. Congkak, main guli, galah panjang, main baling tin, lompat getah dan macam-macam. Kalau dah tiba musimnya, boleh kata asyik nak bermain je. Tidak ingat nak buka buku pun..hehe..Sampai rumah, campak beg sekolah, tukar baju, terus ke padang.
Permainan yang paling saya gemari ialah main lompat getah. Dulu boleh kata saya jaguh main lompat getah..eceh perasan la plak. Rancak je kaki mengikut rentak pusingan getah. Tapi sekarang itu semua sudah di lupai. Jika si suruh bermain kembali mesti tidak mampu nak mengikut rentaknya. Bila tiba musim ini, menjadi satu kemestian untuk setiap rumah mempunyai getah yang di simpul untuk menjadi tali yang panjang. Tetapi permainan ini tidak digemari oleh budak-budak lelaki di kawasan saya. Mereka kata ni permainan budak perempuan. Lelaki tidak sesuai nak main pun. Poyo kan dia orang ini. hehe..
Ketika musim galah panjang pula, setiap petang lepas habis balik sekolah kami beramai-ramai akan bermain di padang takraw. Sesak padang takraw dengan kami semua. Apa yang saya suka tentang permainan ini, saya boleh menolak pihak lawan sampai jatuh. hehe.. Tapi permainan ini memerlukan lebih dari 6 orang pemain. Jadi bila tidak cukup pemain, tidak dapat la kami bermain. Kecewa.
Congkak juga menjadi permainan kesukaan saya. Mak ada membelikan saya congkak. Itupun selepas saya merengek-rengek mahukan congkak. Rasa cemburu tengok kawan-kawan ada congkak di rumah mereka. Dulu saya bersekolah sesi petang. Jadi setiap pagi sebelum ke sekolah, saya akan mengajak sepupu lelaki saya untuk bermain bersama saya. Saya sentiasa kalah dengan dia. Sebabnya dia selalu main tipu. Dia sorokkan guli ditangannya. Di sebabkan dia lebih tua dari saya, jadi dia suka membuli saya. Selalu juga bergaduh mulut dengan dia.
Saya pernah juga terkena balingan bola di kepala ketika bermain baling tin dulu. Aduh sakit rasanya tau. Rasa pening sekejap juga la masa itu. Semua kawan-kawan gelakkan saya ketika itu. Malu besar. Mana tidaknya budak lelaki pun ada ketika itu. Dulu konon control ayu. Sudahnya saya balik rumah terus lepas kejadian itu. Sejak kejadian itu, saya tidak pernah lagi mahu bermain permainan ini. Lebih suka duduk di tepi. Tengok sahaja mereka bermain. Ini la permainan yang paling saya tidak gemari.
Bila tiba musim guli pula, rumah saya penuh dengan guli. Mak mesti marah sebab selalu terpijak guli. Merata tempat di rumah dengan guli. Saya selau curi guli adik lelaki saya. hehe..Saya juga selalu kalah main permainan ini sebabnya budak lelaki lebih pandai bermain dari budak perempuan. Duit belanja selalu habis. Asyik nak beli guli sahaja.
Ada satu lagi permainan yang saya selalu ingat. Permainan masak-masak atau mak-mak. hehe..Seronok sangat. Boleh jadi macam-macam. Boleh jadi mak. Boleh jadi ayah. Boleh jadi anak. Boleh jadi kakak. Pokoknya boleh jadi macam-macam. Selalunya kami akan memasak telur menggunakan tin coca-cola. Kami membuat lubang berbentuk petak di tepi tin. Diterbalikkan tin tersebut. Kami meletakkan telur di atas tin yang telah diterbalikkan. Kemudian kami meletakkan lilin di dalam tin melalui lubang yang telah di tebuk. Bila masak, telur-telur itu semuanya comel-comel. Saya selalu di marahi oleh nenek sebab main api. huhu..
Rasa kelakar dan rindu pula bila teringat zaman kanak-kanak. Ada suka ria bersama kawan-kawan. Ada kalanya juga bergaduh dengan kawan-kawan. Bila dah mula bergaduh, mula la nak berpuak-puak.huhu..Kadang kala bila tengah bermain dengan kawan-kawan, mak selalu panggil suruh balik. Ini disebabkan saya adalah anak sulung. Adik-adik pula masih kecil lagi ketika itu. Jadi mak selalu menyuruh saya menjaga adik-adik saya. Sudahnya saya hanya dapat bermain sekejap sahaja dengan kawan-kawan.
Nota 1: Saya masih ingat lagi dengan orang yang membaling bola tersebut. Entah-entah dia memang mensasarkan di kepala saya bukan di badan..huhu..Untuk pengetahuan, budak yang membaling itu adalah budak lelaki. ermm..dah lost contact pun dengan budak ini.
Nota 2: Saya pernah menjuarai pertandingan congkak yang di anjurkan oleh office mate di Kulim. Saya dapat hadiah goodie sebanyak RM80 tu. Banyakkan? suka..suka..Bole pergi bershopping di JJ atau Parkson. Teringat dengan goodie-goodie yang saya dapat untuk tahun ini. Jumlahnya sekarang sudah mencecah RM280. Nak simpan la goodie-goodie ni sampai raya nanti. Boleh la saya bershopping sakan waktu raya nanti..hehe.. (goodie = voucher)
No comments:
Post a Comment