Assalamualaikum wbt
Baru 3 hari tidak melayari dan meng"update" blog, rindu rasanya. Gian pun ada. Macam bercinta pula. Asyik nak mengadap laptop jek. huhu..kalau dulu sebelum ada blog, rasa malas nak buka laptop tapi sekarang dah jadi macam kekasih pula.huhu..
Balik KL hujung minggu yang lepas, rasa seronok. Mungkin sebab dah lama tidak balik. Macam-macam cerita yang sampai di telinga saya. Banyak betul cerita yang saya tidak tahu.huhu..Sampai je di KL, suami mesti mengajak ke rumah kakak ipar. Katanya rindu dengan Icam dan Iwan (anak buah suami). Jumpa kakak ipar, ada sahaja benda yang hendak di borak. Cerita terbaru, kakak ipar suami mengandung lagi untuk anaknya yang kelima. Anaknya yang keempat baru berusia setahun lebih. Mungkin sudah rezeki mereka.hehe..
Jangan di tanya pada saya bila saya akan mengandung ye. Saya pun tiada jawapannya.huhu.. Rasa bosan bila soalan ini asyik diajukan pada saya dan suami. Setiap kali balik KL ada sahaja orang-orang tertentu yang bertanya bila akan mengandung. Dalam hati saya, tiada soalan lain ke. Kalau ikutkan hati siapa yang tidak mahu anak ye tak. Semua orang yang dah berkahwin mahukan anak. Tapi kalau di fikirkan, seorang duduk di KL, seorang lagi di Kulim. Macam mana nak ada anak. Biar la kami sudah duduk bersama barula di fikirkan pasal anak. Memang la orang kata boleh je, tapi bagi saya kalau nak susah biarla sama-sama susah. Nanti saya seorang sahaja yang rasa susahnya jaga anak. Sedangkan suami senang sahaja goyang kaki di KL. huhu.. Ini pendapat saya. Terpulang pada individu masing-masing.
Teringat pula dengan anak abang ipar saya (Daus). Nama penuhnya Firdaus. Cerita ini suami saya ceritakan. Semalam dia datang ke rumah mak mertua. Dia dijaga oleh mak mertua. Kebetulan saya dan suami belum pulang ke Kulim. Ketika itu saya tiada di rumah mak mertua dan suami pula tidur di dalam bilik. Rumah mak mertua bersebelahan dengan surau. Jadi bila azan berkemundang, kami di rumah dapat mendengarnya dengan jelas. Ketika waktu azan zohor berkemundang, suami masih tidur lagi di dalam bilik. Disebabkan pintu bilik tidak di kunci, si kecil (Daus) ini masuk ke bilik. Daus bersuara dengan bahasanya yang pelat,
"ngun..g bayang" terjemahannya (bangun pergi sembahnyang).
Suami yang masih mamai itu terus terjaga sambil tersenyum. Ketika suami hendak ke bilik air pula, ternampak kelibat si kecil ini masuk ke bilik ayah mertua. Kali ini dia mengejutkan ayah mertua pula untuk menunaikan solat. Masa itu kagum bila dengar cerita suami. Mana tidak nya, umur si kecil ini baru setahun lebih tetapi sudah tahu kewajipan seorang muslim menunaikan solat di awal waktu. huhu..
Rasa kagum juga dengan didikan abang ipar. Anak-anaknya sudah di didik dari kecil tentang kewajipan solat. Pernah sekali saya terdengar dia memarahi anaknya yang tua sekali berumur 10 tahun kerana masih tidak solat lagi. Namanya Syakrani. Pernah juga, suami tenampak Syakrani sedang solat. Ketika itu, dia sedang solat bersama sepupu-sepupunya yang lain. Walaupun sepupunya cuba menganggu nya dengan bergelak ketawa ketika dia sedang bersolat, Syakrani tidak rasa terganggu pun. Dia masih meneruskan solatnya. Dalam hati, bagusnya. Umurnya baru 10 tahun tetapi dia sudah khusyuk ketika solat.
Dalam hati sudah menanam azam. InsyaAllah, sekiranya dikurniakan anak, akan saya cuba meniru didikan yang ditunjukkan oleh abang ipar. Suami pun berazam begitu. Orang kata, sejuk perut ibu mengandung dapat anak yang soleh dan solehah.
Note 1: Rasa macam nak balik KL lagi. Tetapi memandangkan keadaan ekonomi sekarang. Kenala berjimat-jimat. Jika tidak merana nanti.
Nota 2: Lega dah dapat meng"update" blog. Banyak pula entri baru dari blog kegemaran.
No comments:
Post a Comment