Assalamualaikum wbt
"Demikian itulah riwayat (penduduk) beberapa negeri. Kami kisahkan kepada engkau; di antara mereka ada yang masih berdiri dan ada yang telah binasa. Kami tiada menganiayai mereka, tetapi merekalah yang menganiayai diri sendiri, maka tiadalah bermanfaat bagi mereka sedikitpun, Tuhan-tuhan yang mereka sembah, selain dari Allah, tatkala datang siksaan Tuhanmu. Mereka tiada mendapat tambahan, selain kebinasaan. " (Surah Hud: 100-101)
Adakah anda tahu berapa banyak kaum terdahulu yang pupus dan dimusnahkan oleh Allah SWT kerana keingkaran mereka untuk taat kepada-Nya? Saya pun baru tahu lepas baca sebuah buku yang berjudul "Kaum-Kaum Yang Pupus". Buku ini sangat menarik untuk di baca sebagai pedoman dan pengajaran kepada kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Betapa besarnya dan agungnya kuasa Allah SWT dengan kehendak-Nya yang hanya dengan sekelip mata boleh memusnahkan sesebuah negara yang besar dan maju. Sebelum ini kita hanya di dengarkan dengan kisah banjir besar Kaum Nabi Nuh a.s dan Firaun. Rupanya-rupanya ada lagi kaum-kaum lain.
Untuk pengetahuan, di dalam buku ini dinyatakan ada 9 kaum semuanya. Diantaranya ialah Kaum Nabi Nuh a.s, Kaum Nabi Ibrahim a.s, Kaum Nabi Lut a.s, Kaum 'Ad dan Uber (Atlantis Padang Pasir), Kaum Tahmud, Firaun, Kaum Saba', Kaum Nabi Sulaiman a.s dan Kaum Ashabul Kahfi. Menarik kan. Kalau rajin saya akan ceritakan semuanya ikut urutan k. Tapi kali ini saya nak cerita pasal kaum Nabi Nuh dahulu. Kalau saya rajin, akan saya sambung kisah kaum-kaum yang lain di entri yang lain pula. Tapi saya tidak dapat ceritakan semuanya secara terperinci. Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut, belilah buku ini..hehe..
Rasanya ramai yang tahu kisah kaum Nabi Nuh a.s yang di musnahkan oleh banjir yang besar. Ini disebabkan keingkaran dan keangkuhan mereka untuk menerima ajaran yang di bawa oleh Nabi Nuh a.s. Mereka juga ingkar untuk menyembah Allah SWT dan mempersekutukannya dengan sesuatu yang lain. Sehingga Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh a.s membina bahtera untuk menyelematkannya dan pengikut-pengikutnya serta binatang-binatang dari banjir besar yang di janjikan oleh Allah SWT kepada mereka yang derhaka. Anak Nabi Nuh a.s pun tidak dapat di selamatkan dari banjir tersebut.
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar; dan mereka adalah orang-orang zalim." (Surah Al-Ankabut: 14)
"Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: 'Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat).' " (Surah Al-A'raf: 59)
"Ketua-ketua dari kaumnya berkata: 'Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata." (Surah Al-A'raf: 60)
"Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya." (Surah Nuh: 1)
"Mereka berkata: 'Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujah-hujah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu datangkanla azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar.' " (Surah Hud: 32)
Lihat la kawan-kawan betapa bongkaknya kaum Nabi Nuh a.s. Mereka langsung tidak takut dengan azab dari Allah SWT. Lalu Nabi Nuh a.s berdoa kepada Allah SWT:
"Oleh itu, hukumlah antara ku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku." (Surah Asy-Syuara: 118)
"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepada-Ku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)." (Surah Hud: 37)
"Mereka mendustakannya, Kami selamatkan dia dan orang-orang yang besertanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya daripada melihat kebenaran)." (Surah Al-A'raf: 64)
"Sesungguhnya Kami, tatkala air telah naik (sampai ke gunung) Kami bawa (nenek moyang) kamu, ke dalam bahtera, agar Kami jadikan peristiwa itu peringatan bagi kamu agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar." (Surah A-Haaqqah: 11-12)
Ramai yang tertanya-tanya adakah semua jenis haiwan yang di bawa ke atas bahtera. Selama ini kita hanya cuba di tipu daya oleh orang kafir yang menokok tambah tentang pengumpulan jenis-jenis haiwan. Jawapannya tidak semua jenis haiwan. Walaupun ada pentafsir-pentafsir kitab Injil mempercayai bahawa Nabi Nuh a.s membawa semua spesis haiwan di atas muka ke dalam bahteranya. Menurut kepercayaan ini lagi, semua spesis haiwan melata di atas permukaan bumi di bawa berpasangan. Sebenarnya banjir tersebut hanya berlaku di wilayah tertentu. Oleh itu, haiwan yang di bawa bersama dengan Kaum Nabi Nuh a.s berkemungkinan besar adalah yang hidup di wilayah tersebut sahaja.
Walau bagaimanapun, sememangnya agak sukar juga untuk mengutip kesemua haiwan yang tinggal di dalam wilayah tersebut. Adalah agak sukar juga memikirkan bagaimana Nabi Nuh a.s bersama-sama dengan pengikutnya yang sedikit (Surah Hud: 40) terpaksa mundar mandir setiap arah hanya untuk mengutip sepasang haiwan dari setiap jenis yang ada di sekeliling mereka. Kemungkinan besar Nabi Nuh a.s telah membawa di dalam Bahteranya haiwan-haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kuda, unta yang memberi susu, dan lain-lain binatang peliharaan. Ini kerana haiwan-haiwan seperti ini sangat mustahak untuk membina kehidupan baru selepas kebanyakan daripada hidupan musnah akibat banjir. Sebenarnya perkara penting yang perlu dihayati adalah, hikmah perintah Allah SWT agar Nabi Nuh a.s mengumpulkan haiwan-haiwan tersebut ialah untuk membina kehidupan baru.
Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa lokasi kejadian banjir di zaman Nabi Nuh a.s ialah di Dataran Mesopotamia yang pernah menempatkan tamadun yang tertua di dalam sejarah. Kawasan ini terletak di antara sungai-sungai Tigris dan Euphrates dan sangat tertedah kepada berlakunya banjir. Ini salah satu faktornya apabila terdapat limpahan dari kedua-dua sungai tersebut. Bukti-bukti arkeologi di kawasan Mesopotamia menjelaskan bahawa kawasan ini telah banyak melalui penderitaan akibat kemusnahan yang berpunca dari banjir besar.
Akan disambung...hehe..
Nota: Marilah kita jadikan ini sebagai pedoman iktibar. Tanamlah azam untuk menambahkan saham akhirat walaupun sekarang nampak tidak berharga jika nak dibandingkan dengan Bursa saham atau Public Mutual ke.hehe..Memang sekarang kita tidak nampak tetapi kita akan menyesal di kemudian hari apabila tibanya hari pembalasan nanti.huhu..Austagfirrullahilazim..
No comments:
Post a Comment