Assalamualaikum wbt
"Memori daun pisang, kita jalan-jalan..lala.." Bila hujan-hujan teringat lagu dangdut Iwan dengan Amelina ni. hehe..Jangan ingat saya pelayan tegar lagu dangdut. Hanya teringat lagu ni popular semasa waktu kecil saya. Waktu petang saya hari ini rasa sejuk. Nyaman dan enak. Angin sejuk dan sepoi-sepoi masuk ke dalam rumah. Ditambah dengan makan cekodok pisang sambil menghirup air teh "o" berperisa strawbery waktu hujan-hujan ni, urmm..sedapnye tak terkata. Orang kata waktu hujan ni kita akan rasa lapar. Memang betul pun. Habis satu sisir pisang saya buat cekodok sahaja. Ditambah dengan suami yang paling menggemari makan cekodok pisang. Habis cekodok yang saya goreng untuknya di kala hujan ini. Kembang kempis hidung dibuatnya bila suami memuji masakan saya. hehe..
Sebenarnya saya takde idea pun nak tulis apa hari ini. Tapi nak juga update entri tiap-tiap hari. hehe..poyokan. Tapi peduli apa. Ni kan blog saya. Suka hati saya la nak tulis entri pape pun dalam blog ini. Kalau ada yang kata blog saya ni boring ke, perasan cun ke, perasan baik ke dan macam-macam lagi la. Peduli hapa saya. Ni blog saya, jadi suka hati saya la nak tulis apa pun. Kalau dah boring nak baca, lepas ni jangan la baca lagi blog saya ini. Bukan saya rugi pun kalau anda baca blog saya ke tak. Bukan saya yang terhegeh-hegeh pun suruh anda baca blog saya. Bukan saya pun yang iklankan dan canangkan kat semua orang link blog saya. Anda yang dapat sendiri kan? Saya pun tak kisah kalau ada orang yang bagi komen macam ni. Akan saya abaikan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bukan dapat faedah pun. Baik di abaikan sahaja. Biarla dia yang sakit hati sendiri. Saya tak sakit hati pun. Rasa lagi semangat nak update blog tiap-tiap hari lagi ada la. hehe..cahiyookk ida..
Lagipun tujuan utama saya buat blog ini adalah untuk memperbaiki cara penulisan karangan bahasa melayu saya. Disamping dapat juga saya mengisi masa lapang saya sama ada di rumah ataupun di ofis. Saya ni bukannya pelayar internet yang tegar. Cepat rasa bosan. Tapi bila terlibat dalam dunia blog ini saya tak rasa boring pula. Suka. Boleh buat macam diari. Suami pun dah rasa pelik. Cuti 3 hari ni, asyik buka laptop jek. Pastu mengadap laptop sampai berjam-jam. Pastu menaip panjang-panjang plak tu. hehe. Abang jangan risau ek, saya bukan chatting dengan budak-budak lelaki pun ataupun hantar email cinta. Saya hanya mengupdate diari saya je abang. hehe..Saya masih setia dengan abang. eceh..jiwang la pula..gelinya..huhu..
Esok dah mula masuk kerja. Dah lama cuti ni, rasa malas pula nak pergi kerja. Ingat nak pujuk suami supaya esok hantar pergi kerja la. Malas nak drive keta..huhu..
Nota 1: kepada pembaca-pembaca yang suka blog ini, diharap jangan terasa ek. Saya hanya ingin meluahkan isi hati saya pada pembaca-pembaca yang tak suka akan blog ini. Ini kan blog saya jadi suka hati saya la nak tulis apa kan. Kalau dah tak suka, saya tak kisah pun kalau lepas ni anda dah serik nak baca pun. Takde keuntungan pun bagi saya. babai..
Nota 2: Kepada pembaca-pembaca yang suka blog ini, silakanla melayari blog saya ini selalu tapi saya tidak sediakan hadiah bagi siapa yang paling kerap baca blog saya ini..hehe..sorry
5 comments:
tak perlu fikir orang yang tak suka kita sebb masih ramai lagi org lain yang suka. anyway ida, i like your blog. :)
hehehe..thx kish..sayang kish..hehe..kish bagi semangat lagi kat ida..hehe.. :D
a)khusairi maksudnye hujan
b)saye suke hujan
JADI...
saye suke khusairi~~
peace!!!
haha..satu perkara yg perlu kita ingat, bila buat buat web blog..be open minded and cool all the time..hehe..org hentam pun, kita cool, org puji pun kita cool je..
to idamurni: khusairi hujan tu hujan tapi saya x suka khusairi sbb ida murni dah suka khusairi..muahaha..merepek je la aku ni..haha..
to farhan: time kasih atas nasihat ko. aku kn mmg cool sepjng masa. x melatah pun.muahaha.. :P saje je aku merepek kat blog ni sbb dah xde idea nak tulis apa..muahaha..
Post a Comment