Friday, March 6, 2009

Ceria

Assalamualaikum wbt

Lepas sarapan tadi rasa tenang je hati. Alhamdulillah. Mungkin sebab lepas dapat borak-borak dengan kawan-kawan. Hilang sekejap semua masalah di hati ini. Betul kata orang, berborak juga adalah satu terapi untuk menghilangkan rasa stress.

Bila saya cuba banyak kali untuk tidak selalu memikirkan sangat hal-hal yang tidak patut ini, sentiasa ada saja hasutan yang datang. Bila saya cuba untuk berfikir secara positif dan rasional ada sahaja bisikan yang datang. Bila saya cuba untuk memikirkan yang baik tentang sesuatu masalah itu, ada sahaja hasutan yang mendatang. Bila saya cuba untuk buang semua perasaan dengki, marah dan benci dalam diri ini, ada sahaja hasutan yang datang. Bila saya cuba untuk sayang semua orang di sekeliling saya, ada sahaja hasutan yang datang. Semua hasutan yang datang bukannya untuk kebaikan saya. Malah hanya untuk menanamkan sifat mazmumah dalam diri ini. Yang sebenarnya, saya sudah jadi benci dengan semua sifat-sifat mazmumah dalam diri saya ini.

Woi setan kenapa kau suka sangat nak mengacau aku? Takde orang lain ke kau nak kacau. Kau itu adalah musuh ketat aku tahu tak. Jangan sekali-kali kau ada hati berani nak dekat dengan aku. Semakin dekat kau datang pada aku semakin kuat juga aku akan melawan kau balik. Ingat senang-senang je kau nak heret aku sama masuk Neraka Jahannam bersama-sama kau. Jangan harap. Apa hak kau hah? Aku benci kau...benci..

"Ya Allah Ya Tuhanku, Aku memohon perlindungan-Mu dari syaitan yang di rejam"

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang"

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah hamba mu ini yang banyak berdosa kepada-Mu. Ya Allah Ya Tuhanku, berilah ketenangan di dalam hati ku ini supaya dengan mudah untuk aku mengingati dan mentaati Mu. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah hamba mu ini hati yang bersih dan jiwa yang bersih. Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanla rezeki yang halal dan berkat ke atas hamba mu ini. Supaya dengannya syaitan tidak akan berjaya untuk menghasut ku supaya iri hati melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanla hamba mu kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ya Allah Ya Tuhanku, tetapkanla iman hamba mu ini sampai ke waktu ajalku. Ya Allah Ya Tuhanku, lancarkan perjalanan hidup hamba mu ini. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanla aku dengan hidayah Mu dan kuatkanla semangat ku untuk melawan hasutan syaitan durjana. Sesungguhnya Kamu Maha Berkuasa, Maha Penyanyang, Maha Pengasih, Maha Pemurah dan Maha Mengetahui" Amin Ya Rabbal A'lamin. Rabbana A'tina Fiddunya 'Hasanah, Wafil'aritai 'Hasanah, Waqina Azabannar. Amin.. Ya Allah Ya Tuhanku, perkenanla doa-doa hamba mu ini.

Doa ini saya dapat ketika mendengar ceramah seorang ustaz. Tetapi ada sedikit yang saya tambah dan olah. Ingin di kongsi bersama-sama dengan semua. Jika berkesempatan amalkanlah selalu doa ini. Sebaik-baiknya di baca selepas habis solat. InsyaAllah kita akan sentiasa di dalam naungan dan rahmat-Nya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

No comments: