Wednesday, March 4, 2009

Enchi (ii)


Assalamualaikum wbt

Lepas rindu saya selepas sebulan tidak berjumpa dengan Enchi. Badannya masih lagi seperti dulu. Tidak naik dan tidak turun. Macam-macam celotehnya. Sesampainya saya di rumah mak pada pagi sabtu lepas, si kecil ini terus bersuara, “Kak ida, sekarang kan mak takyah tunggu enchi kat sekolah dah” sambil dia menjamah nasi lemak yang di beli oleh Ani.
“Bagusnya. Baiknya adik kak ida ini” Saje berkata begitu untuk mengambil hati di kecil ini. Dalam hati, memang patut pun mak tak tunggu kamu di sekolah. Dulu pun saya tidak meminta mak menunggu saya. Saya lebih suka berjalan ke sekolah bersama kawan-kawan.

Nasib baik tidak diungkitnya tentang janji hendak menonton wayang cerita upin dan ipin. Jika tidak penat la nak melayan kerenah si kecil ini. Selalu sahaja menangis dan merajuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.

Tengah hari sabtu yang lepas. Saya membawa ani, mina dan si kecil ini ke pasaraya Bintang di Ampang. Mak suruh beli selipar untuk si kecil ini. Mak lupa nak membawa selipar si kecil ini. Ini kerana mak mahu bermalam di rumah sepupu saya untuk majlis perkahwinannya. Jadi saya menghasutnya meminta wang pada mama. Dia berkata,

“Kalau nak beli selipar nak duit berapa? Enchi nak selipar 2”
“Enchi minta kat mama duit putih 1 tau”. Duit putih itu adalah not kertas RM50. Si kecil ini memanggilnya duit putih. Pergila si kecil ini kepada mama. Tetapi pulang kepada kami dalam keadaan mukanya monyok. Dalam hati, ni mesti tidak dapat. Sebenarnya dia takut dengan mama. Dia meminta pada mak pula. Mak hanya memberinya RM20. Menangis-nangis dia sebab mahukan duit putih jugak. Akhirnya saya memujuknya mengatakan duit itu pun dah cukup.

Sesampai sahaja di pasaraya tersebut, kami memulakan operasi mencari selipar si kecil ini.
Tetapi si kecil ini lebih dahulu nampak benda lain. Dia ingin membeli cd kartun Mr. Beans. Saya memujuknya supaya mencari selipar dahulu. Kalu duit cukup baru beli cd.


Tingkat demi tingkat kami pergi. Masih belum lagi jumpa bahagian selipar. Sesampainya di tingkat paling atas dia meminta untuk membelikan satu set pensil pula. Saya cuba memujuknya supaya cari selipar dulu tapi tidak berjaya. Akhirnya kami mengalah belikan juga dia set pensil tersebut. Kami turun kembali ke tingkat bawah. Sesampainya di bahagian cd, dia meminta kembali untuk membelikan cd tersebut. Tetapi saya katakan padanya supaya membeli cd yang murah sahaja sebabnya duit tidak mencukupi. Dalam hati sengaja nak mengajar si kecil ini supaya lebih menghargai duit. Akhrinya dia berjaya memilih cd ultraman yang paling murah.

Kami masih meneruskan mencari selipar. Akhirnya kami menjumpai selipar yang sesuai dengan citarasanya. Saya katakan padanya beli selipar pun yang murah je tau. Akhirnya dia bersuara
" Cd nak murah, selipar nak murah, pensil pun nak murah. semua nak murah tau. apa lagi yang nak murah"
Kami adik beradik ketawa mendengar rungutan si kecil ini. Saya sengaja cuba untuk mengajarnya supaya cuba membeli barangan yang lebih murah dan berkualiti. Ini kerana dia telah terbiasa dengan semua permintaannya di penuhi. Setiap kali ke pasaraya pasti ada sahaja mainan yang di mintanya. Tetapi kali ini saya cuba mengalih pandangannya dari ternampak bahagian mainan. Tetapi dia lebih awal ternampak benda lain pula. Harap-harap si kecil ini dapat memahami keadaan kedua orang tuanya.

Nota 1: Dapat panggilan dari mak semalam, mak mahu melancong ke negara jiran. Mak akan bertolak hari ini ke seberang dengan menaiki kapal laut. Keputusan yang tidak di jangka. Mak tidak merancang pun. Tetapi mama bagi kebenaran untuk mak pergi dengan syarat cuma seminggu sahaja di sana. Enchi di tinggal di rumah bersama mama. Dalam hati kesian enchi kena tinggal dengan mak. Mesti dia tercari-cari mak nanti.

Nota 2: Teringat burger A&W. Sedap. Sekarang ini susah nak jumpa restoran A&W di mana-mana. Tetapi kebetulan di pasaraya tersebut masih ada restoran ini. Mina teringin nak mencubanya.

Nota 3: Balik hari itu, enchi dah nyanyi lagu baru. Bukan lagi lagu ketahuan. Lupa pula saya tajuk lagu barunya ini. Saya memang ada masalah untuk mengingati tajuk sesebuah lagu ini. Video di bawah adalah rakaman yang sempat saya ambil semasa dia tengah menyanyikan lagu baru kegemarannya sekarang.




No comments: