Tuesday, February 24, 2009

Kerja

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya masih belum lagi menerima tugasan. Boring. Habiskan masa melayari internet sahaja. Kalau ada diantara kawan-kawan ofis yang "free" boleh la di ajak main uno di "club house". Tetapi semuanya dah ada tugasan masing-masing. Duduk la di "cube" melayan blog orang. Dengan masa senggang ini juga saya mula membuka blog sendiri dan meng"update" blog. Gian juga. Ada sahaja yang hendak saya ceritakan. Dalam minda saya ini , sudah ada bermacam-macam cerita yang hendak di cerita. Tetapi bila difikir-fikir. Tidak semua boleh di ceritakan. Nanti ada yang bosan dan kutuk pula. Semua benda nak di ceritakan..ye tak..ghe..ghe..

Kalau di tanya pada "supervisor" maka akan disuruhnya saya membaca "foil" tentang projek yang akan datang. Rasa malas sangat tangan ini untuk membuka "foil" itu. Bukan memerlukan daya tenaga yang banyak pun. Hanya ketik jari pada tetikus ataupun "mouse". Tetapi itulah penyakit "M" itu dah sampai.hehe.. Mak kata, penyakit yang tiada ubatnya di dunia ini ialah penyakit "M" iaitu Malas. Berkesan la pesanan mak ini. Sampai sekarang saya masih mengingatinya. Tetapi hanya saya yang tidak mahu memotivasikan diri..hehe..

Sebenarnya tugasan saya yang lepas sudah pun selesai. Sekarang ini hanya menuggu jika ada isu yang harus di betulkan. Dalam masa yang sama, projek yang akan datang sudahpun menunggu. Projek yang akan datang, lambat sedikit untuk dimulakan dan masa untuk menyiapkannya pun sudah dipanjangkan kepada 3 atau 4 tahun. Jauh berbeza dengan projek yang lepas-lepas hanya di beri jangka masa selama setahun lebih. Kemungkinan keadaan pasaran yang lembap sekarang, projek itu dipanjangkan. Gamaknya lambat la Intel keluarkan produk baru. Jika dulu, akan ada sahaja produk baru dikeluarkan setiap tahun. Bagi menyaingi saingan dari syarikat lain.

Saya teringat waktu di awal projek. Tahap tekanan yang saya rasai amatla tinggi. Kadangkala sampai menitiskan air mata. Surau dan tandas la tempat saya menangis sepuas-puasnya. Timbul rasa takut. Takut tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Ditambah dengan rekaan baru jadi "rules" nye pun berubah dan lebih ketat. Bila saya ingat kembali, rasa kelakar pun ada. Seperti budak-budak pula nak menangis. Takut kena marah dengan BOS pun satu hal. Tapi yang paling saya takuti. Takut tidak dapat menyiapkan amanah yang sudah di beri. Sudahnya, saya terpaksa kerja sampai lewat malam untuk menyiapkannya pada tempoh masa yang telah diberi.

Tekanan bertambah-tambah apabila terpaksa bekerja lewat malam di ofis. Kawan-kawan lain semuanya menyambung kerja di rumah. Mereka sudah memasang perkhidmatan internet di rumah. Cuma saya belum lagi, jadinya saya seorang di ofis. Kalau ada pun hanya kawan-kawan cina. Bila berseorangan ini macam-macam la benda yang bukan-bukan di fikirkan. Ditambah dengan perangai takut saya ini. Tetapi sekarang Alhamdulillah saya boleh merasa lega sedikit sebab di rumah saya pun sudah ada streamyx. Jadi kalau kena kerja lewat malam pun boleh dilakukan di rumah sahaja.

Teringat dulu waktu di KM3, selalu balik lambat dengan Aliza dan Ila. Kekadang kul 1 pagi pun masih di ofis lagi. Merekalah yang menjadi peneman untuk balik umah. Dulu saya hanya mempunyai motosikal. Jadi bila balik malam rasa takut terjadi kejadian yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi saya perempuan. Sudahnya Ila dan Aliza jadi mangsa. Mereka membontoti motosikal saya dengan menaiki kereta mereka. Terima kasih ye Ila dan Aliza. Akan saya kenang jasa kamu berdua selama-lamanya. Maafkan saya juga sekiranya menyusahkan.. :) Teringat la kenangan lama di KM3..hehe..

Semalam terima satu email dari "Manager Department". Jelaskan tentang "rumor" yang sekarang ini berleluasa diperkatakan di ofis. Tentang pemberhentian kerja. Takut saya mendengar ayat ini. Dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Teruk la keadaan kewangan, lagi-lagi kalau diberhentikan kerja..huhu..Alhamdulillah setakat ini, jabatan saya tiada lagi yang terkena kesannya. Tapi yang sedihnya, tahun ini kami tidak dapat kenaikan gaji. Bagi mengurangkan jumlah perbelanjaan syarikat. Paul Ottelini (CEO Intel) mengumumkan tiada kenaikan gaji untuk tahun ini tetapi ada kenaikan peratus untuk stok saham yang kami miliki di syarikat ini. Saya masih tetap bersyukur. Pendapat saya, tiada kenaikan gaji adalah lebih baik dari di berhentikan kerja.

Sebenarnya "rumor" itu tidak betul pun. Tidak tahula siapa yang memulakannya. Tetapi saya tidak pula pernah mendengar "rumor" ini. Kalau ada dengar pun hanya untuk jabatan lain. Bukan jabatan saya..ermmm..siapa la orang itu agaknya ye. Kami telah di beri jaminan tiada pemberhentian kerja untuk jabatan saya (PDC). Malah jabatan saya menerima pekerja dari jabatan lain untuk di serapkan ke jabatan kami. Pekerja-pekerja kontrak pula tidak akan disambung kontrak mereka.

Baru-baru ini ada diumumkan Intel mahu menutup 2 buah kilang di Penang. Tetapi mereka di beri pilihan untuk pindah ke Kulim atau di serap di jabatan lain. Di Kulim Intel sudah mempunyai 3 buah kilang. Yang terbaru sekali adalah yang paling besar di antara kilang-kilang Intel di Malaysia. Untuk pengetahuan, kilang tersebut adalah kilang yang paling awal di bina di Penang. Sudah lama ada perancangan hendak menutup kilang tersebut tetapi ambil kesempatan keadaan sekarang. Dari penerangan "manager" saya, 2 kilang tersebut ditutup adalah disebabkan ia hanya boleh mengeluarkan satu produk dalam satu-satu masa. Dimana sekarang ini, Intel mengamalkan untuk membina kilang yang boleh mengeluarkan lebih dari 2 produk dalam satu-satu masa. Menjimatkan kos syarikat. Kesimpulannya, Intel masih lagi ingin melabur di Malaysia. Alhamdulillah saya masih lagi mempunyai pekerjaan dan diberi peluang untuk berkhidmat di syarikat ini.

Nota 1: Sentiasa berdoa supaya masih mempunyai pekerjaan dalam keadaan ekonomi sekarang.

Nota2: Kerja dengan sektor swasta ada baiknya dan buruknya. Yang baiknya kami sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan kualiti syarikat seperti motto syarikat saya "work as a team" Yang buruknya kena bersaing dengan kaum lain dan tiada jaminan kerja untuk selama-lamanya. Jika nak dibandingkan dengan sektor kerajaan. Kerja senang macam tiada kerja pun. Balik kerja pun tepat. Kaki kipas BOS..haha..

Nota 3: Pelikla..di ofis banyak pula idea nak menulis entri tapi di rumah ketandusan idea. Kena selidik ini, apa sebabnya..hehe..

Nota4: "cube" yang saya nyatakan adalah kiub. Di Ofis kami di beri meja sorang satu dan diletakkan dinding di antara satu sama lain. So privacy la skit sebab orang sebelah tidak nampak kita. Kiub ini berbentuk segi empat jadi kami memanggilanya "cube" daripada "desk"... :) Nanti kalau ada masa saya postkn gambar "cube" saya k.. :) PDC pula adalah singkatan nama bagi jabatan saya. Penang Design Center jadilah PDC. :). FYI, "Site Manager" pun menggunakan "cube" sama macam saya. Intel tidak menyediakan bilik khas untuk mereka. Intel menganggap semua orang adalah sama taraf tidak kira jawatan orang itu tinggi atau tidak. Kalau pekerja kerajaan mesti mengasingkan ikut jawatan kan?..hehe..

Nota 5: KM3 adalah nama bangunan Intel di Kulim. Bangunan Intel banyak. Lebih dari satu. Jadi setiap bangunan di namakan dengan nombor. Ditambah dengan perkataan KM atau PG. KM singkatan untuk Kulim, manakala PG singkatan bagi Penang. Sekarang saya sudah berpindah ke bangunan baru. Jika bangunan itu di bina di Kulim ia akan dinamakan KM. Jika di Penang dinamakan PG.

No comments: