Assalamualaikum wbt
Pagi tadi mandi terasa sejuk sedikit tidak seperti hari-hari biasa. Kemungkinan semalaman hujan. Suami pun merungut, air sejuk pagi ini (dalam hati tidak sejuk pun..hehe..)Teringat pada kenangan masa kecil dulu. Tiap-tiap pagi sebelum ke sekolah mak mandikan kami dengan air perigi. Sejuknya terasa mencucuk-cucuk ke tulang-temulang saya. Selepas kami merengek kesejukan, mak mula memasak air panas untuk kami mandi. Dulu mak tidak mampu untuk membeli "water hitter". Walau bagaimanapun air tersebut masih tetap sejuk walaupun sudah dicampurkan dengan air panas. Menggigil-gigil saya selepas mandi.
Rumah lama saya dulu ada sebuah perigi. Dari mak, adanya perigi tersebut adalah usaha sama bapak dan atuk menggalinya. Mak kata lagi, atuk dapat mimpi ada mata air di sebelah rumah. Jadi atuk mencuba nasib, Alhamdulillah memang ada mata air pun di situ. Walaupun ketika itu rumah kami sudah ada pemasangan air paip, mak masih mahu menggunakan air perigi. Kata mak, banyak khasiatnya air perigi. Dari masak, mandi dan mencuci kain mak menggunakan sepenuhnya air pergi. Tetapi sekarang itu semua tinggal kenangan sahaja. Perigi tersebut sudah pun dikambus untuk beri laluan pada pembangunan perumahan..huhu..sedih pun ada.
Lama kelamaan ia sudah menjadi biasa bagi saya untuk mandi air sejuk tiap-tiap pagi. Bagai kata pepatah melayu "Alah bisa tegal biasa". Walaupun rumah baru sekarang sudah ada "water hitter", jarang sekali untuk memakainya. Lebih gemar mandi air kolah. Terasa kesegarannya selepas mandi. Kebanyakannya "water hitter" tersebut digunakan oleh adik bongsu saya (Enchi). Takut sangat dia hendak mandi air di kolah. Sejuk katanya. Memang dari kecil, mak sudah biasakan dia mandi air panas. Ada sekali itu, mak dan dia bermalam di rumah sewa saya. Disebabkan rumah sewa tiada "water hitter" disuruh oleh si kecil ini untuk memasangnya. "Kak Ida pasangla air pancut panas. Nanti bila enchi datang sini lagi, tak la enchi sejuk nak mandi" Dalam hati, mengada-ngada la si kecil ini.

Sekarang kalau terputus bekalan air, tiada sumber lain yang boleh di harapkan. Jika dulu, mak tidak menghiraukan sangat jika ada notis bekalan air akan terputus. Ini disebabkan mak masih boleh melakukan aktiviti harian dengan menggunakan air perigi. Tetapi sekarang, bila dapat notis sahaja, kelam kabut mak mencari bekas besar untuk buat tadahan air. Teringat dulu masa sekolah menengah, ada krisis bekalan air disebabkan musim kemarau. Kami sekeluarga tidak terasa sangat kesannya. Dengan adanya air perigi banyak membantu kami sekeluarga.
Nota 1: Ada pepatah melayu yang mengaitkan dengan perigi. "Macam perigi cari timba"..hehe..Perigi ada kaki ke nak cari timba? muahaha..sebenarnya ia hanya gambaran sahaja. Pepatah ini sinonim dengan situasi di mana seorang perempuan yang terkejar-kejar mencari pasangan lelaki, sedangkan lelaki tersebut tidak kisah pun..hehe..
Nota 2: Susah hendak jumpa rumah di bandar-bandar ada perigi. Jika ada pun hanya di kampung-kampung sahaja. Itupun hanya segelintir sahaja yang masih menggunakannya.
Nota 3: Teringat dengan jasa mak yang yang tidak jemu-jemu masak air panas pada setiap pagi untu mandi dan melayan kerenah kami yang bermacam ragam. Inilah pengorbanan seorang ibu. Saya sentiasa berdoa pada Allah SWT supaya sentiasa meneguhkan hati saya untuk berbakti pada mak. Sayang mak.. :)
Nota 4: Gambar di atas adalah semasa membawa mak dan enchi berjalan di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Gayat si kecil bila menaiki kuda tersebut. Cuak mukanya semasa berada di atas badan kuda tersebut. Sebenarnya saya gayat jugak tetapi buat-buat berani. Control macho..muahaha..
No comments:
Post a Comment