Friday, February 20, 2009

Cermin

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi, saya terima satu "email" dari adik saya. Email tersebut adalah tentang mengenal pasti cermin dua arah. Saya rasa ramai yang tahu tentang info ini. Saya post kan entri ini sebagai peringatan buat saya. Saya seorang yang kuat pelupa.

Ceritanya adalah tentang mengenal pasti cermin-cermin yang berada ditempat awam (seperti tandas awam, bilik hotel, ruang ganti pakaian dan lain-lain). Mungkin anda sudah mendengar khabar angin supaya berhati-hati dengan cermin di tempat awam. Berkemungkinan cermin tersebut adalah cermin 2 arah. Apa itu cermin 2 arah? Iaitu cermin yang boleh membuatkan orang yang berada di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka. Ermmm..susah nak percaya tetapi ia boleh dijadikan pengajaran kepada kita supaya berhati-hati.

Caranya adalah seperti:
  1. UJI DENGAN KUKU JARI - Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku dan bayangan kuku di cermin, dapat dikatakan cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku dicermin, berhati-hatila, kerana ia adalah cermin 2 arah. Pastikan anda lakukan ujian kuku ini dahulu.. :)
  2. UJI DENGAN NAFAS - Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin, maka selamat, jika tidak, besar kemungkinan ianya cermin 2 arah.
  3. UJIAN BUNYI - Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari perlahan-lahan (kalau kuat takut pecah). Sekirang ianya berbunyi atau ada bunyi perlahan. Maknanya ia melekap di dinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang kosong/berongga di belakang cermin.

Jadi kepada kawan-kawan terutamanya pada wanita, cubalah ujian ini dahulu ketika hendak menggunakan cermin di tempat awam. Tidak tahu sama ada ia berkesan. Tidak pula pernah saya mencubanya. Marilah kita sama-sama mencubanya selepas ini. :)

Nota : Di sini saya lampirkan doa untuk melihat muka di cermin untuk tatapan semua. Doa adalah terjemahan dari Bahasa Arab. ( Ya Allah, Ya Tuhanku, Cantikkan perangai dan budi pekerti ku seperti mana Engkau ciptakan kecantikkan dirupa parasku.. Amin..)



3 comments:

a.c.H.i.k.A.n.i said...

kadang-kadang masuk tandas tak sempat pandang cermin..kes kronik..hihi

Alam Maya Mieda said...

hehe..kalau tengok cermin pun sekejap jek. kalo nak mencuba baju pun belum tentu terfikir nak buat ujian ni sebab dah excited nak mencuba baju baru..hehe...

Mohd Farhan said...

hanya untuk wanita? kena check gak ni tandas laki..mana la tau..dunia skrg..macam2 bleh jadi..huhu..