Assalamualaikum wbt.
Geram sangat saya pada seorang DE ni..huhu..geram!!!! Apa itu DE? DE tu adalah singkatan untuk Design Engineer. Di tempat saya bekerja selalu menggunakan perkataan singkatan (short form). Macam jawatan saya dipanggil MD atau Mask Designer.
Balik kepada si DE ini. Saya tidak mengharapkan dia akan membaca entri ini. Tetapi sekadar untuk meluahkan isi hati saya ini. Tidak tahu pada siapa hendak diluahkan. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada pukul 2.44 p.m. waktu malaysia. Sampai di rumah nanti akan saya ceritakan semuanya pada suami. Tapi nak jugak post entri ini.
Isu ini terjadi disebabkan salah faham. Tetapi bagi dia, dia berada di pihak yang benar. Jadi dia cuba untuk salahkan saya. Hanya untuk menyelamatkan reputasi dia. Apa salahnya kalau dia mengaku salah. Sedangkan isu ini terjadi disebabkan penyampaiannya yang lemah. Walaupun salah faham ini datangnya dari dia, saya dengan rendah diri mengaku salah pada "supervisor" saya. Tidak ada gunanya isu ini dipanjangkan. Masih banyak lagi kerja lain yang patut diuruskan. Akan aku abaikan lelaki yang ego ini.
Dalam masa yang sama, BOS dia cuba untuk menegakkan benang yang basah. Dia cuba untuk tidak mengaku kalah atau dalam bahasa cina "kiah-su" (ayat baru dalam kamus saya). Kemungkinan dia berasa malu selepas "supervisor" saya meng"shoot" mereka kembali..hehe..Bagi saya cara BOS si DE ini langsung tidak profesional. Kenapa saya berkata begitu? Dia boleh "personally" email saya untuk mendapatkan penjelasan dari saya. Tetapi dengan selambanya meng"shoot" saya sambil meng"CC" email itu kepada Pegurus Jabatan saya. Sedangkan Pengurus Jabatan saya tidak tahu menahu tentang tugasan ini. Mengapa tidak pada "supervisor" saya. Yang lebih arif tentang diri saya. Saya rasa BOS si DE ni kena menghadiri kembali kelas kemahiran berkomunikasi. Rasanya dia dah lupa kut..hehe..
Dari saya memikirkan sangat hal ini baik saya beristighfar..hehe.. Akan saya jadikan ini sebagai pengajaran bagi saya untuk bekerja dengan orang macam ini.
Note: Siapla si DE kalau meng"request" kerja dengan saya. Akan saya "pulangkan paku serpih dua sirih" ( betulke pepatah ini..hehe..malas nak mengingat disebabkan sudah tiba masanya untuk saya pulang. Akan saya ceritakan pada suami tersayang..tapi sebelum itu nak check "online banking" dulu, sama ada gaji sudah masuk ke belum..hehe..)
Note: Selama 4 tahun bekerja, belum pernah lagi saya jumpa orang yang seperti ini. Baru kerja tidak sampai setahun jagung nak tunjuk pandai.
5 comments:
kadang-kadang DE memang begitu..ego tak bertempat..
hidup MD!!..bole gitu?
hehe..betul3X (macam ipin&upin)..kalau mahan nak tahu, DE tu adalah DDR nye DE..
macam mana mahan bole tahu link ni ek? hehe..ida baru open semalam..muahaha.. :)
memang DE DDR ada yang sengal!!
tak macam DE BAT..bole kompromi..
Mahan join SEG chipset next week..wiihuuuu..
mana mahan tau?? emm..blog hoping..
nasib la kena DE sengal cam haram...
setakat ni, aku bekerja ngan DEs yg otai tapi mmg bagus..tak de tunjuk belang...
Annie & William(US) and Teck Siong(PNG)..
to mahan:
memang betul..DDR nye DE sengal..tak macam BAT sume nye ok jek..keje dengan derang lebih setahun xde pape masalah pun..dengan yang sorang ni plak macam-macam hal..huhu..
ye ke mahan join chipset? bestla kan..lepas ni takde lagi la nak jumpa DE yang kategori sengal-sengal tu..huhu..Mahan suka ke dapat pindah chipset?
to Farhan:
tu la..dah nasib aku kut..aku pun pena jugak keje dengan DE kat US(Rabeya, Zakia) ok jek..
Post a Comment