Thursday, December 17, 2009

Tension

Assalamualaikum wbt..

Tension la plak..ingat nk tukar template blog ni pastu tetiba semua link blog yang lain dah hilang..huhu..pastu tak buat backup plak tu..waaaaaaaa...Kena edit la gamaknya..nk edit balik ni yang leceh and amik masa plak tu..nanti ada masa la baru edit semua balik k..so sekarang ni apa yang ada je la ek. hehe..

Tapi dalam masa yang sama, saya ada buka blog baru but this blog only for info sharing on my hobby and at the same time I'm trying to running Internet business. So meh la sokong saya..hehe..So kalo ada masa meh la datang melawat ke blog baru saya. And if interested can contact me k. But I will stay with this blog too. And this blog only for personal things and I want to keep it.

here's the link:

http://miedacreatives.blogspot.com/

Wednesday, December 9, 2009

Dilema

Assalamualaikum wbt

Di kala ini, hati sedang berbelah bahagi dalam membuat keputusan. Tidak tahu jalan mana yang harus di pilih dan tidak tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Bila di teliti, hati lebih kepada yang di ingini tapi ada juga terselit sekelumit perasaan macam nak buat yang lain. Apakah yang harus aku lakukan? huhu..

Yang mana harus di pilih? di antara masa depan keluarga dengan masa depan pelajaran. Hati berperasaan seperti mahu melanjutkan pelajaran tetapi sekelumit hati timbul rasa kesian pada keluarga terutama suami yang terpaksa berkorban untuk menangguhkan peluangnya untuk menjadi seorang ayah. Tetapi ada juga sekelumit perasaan macam, adakah saya akan kuat semangat untuk mengharungi tekanan belajar dan bekerja dalam masa yang sama dengan berseorangan di sini tanpa di temani sesiapa. Ada juga sekelumit perasaan macam boleh kah aku? Ada juga sekelumit perasaan macam mampukah aku? Ada juga sekelumit perasaan macam nak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa atau buka bisnes sendiri. Aiseh, hati berbelah bahagi.

Belajar atau keluarga? belajar atau keluarga? belajar atau keluarga? belajar atau keluarga? Semoga Allah SWT dapat memberi petunjuk-Nya. Amin...

Tuesday, November 10, 2009

Alhamdulillah...........................a

Assalamualaikum wbt

Malam ini hujan lebat. Air mencurah-curah dengan banyaknya jatuh ke tanah. Seperti tiada tanda-tanda akan berhenti dalam masa terdekat ini. Petir berdentum-dentam di luar seperti berlawanan di antara satu sama yang lain. Buka astro tapi tiada siaran. Keluar nota "service currently is not available". ermm...biasala astro. Nama je berbayar tapi perkhidmatan masih tidak memuaskan.

Hati pula di selubungi kebimbangan kerana terasa kesunyian. Biasanya di kala berseorangan begini TV la yang menjadi peneman setia. Akhirnya radio juga yang berguna di saat-saat begini. Radio di pasang dengan kuatnya. Lagu-lagu nasyid mula berkumandang di seluruh sudut rumah. Hati riang gembira kembali.

Alamak, terasa bosan la pula. Otak pun ligat memikirkan apakah yang harus dilakukan since mata tidak dihidangkan dengan hiburan yang mengasyikkan. Oh.. teringat baju kurung yang masih separuh siap dijahit. Baik di siapkan. Tidak elok ditangguh-tangguh. Dikala kebosanan begini, laju sahaja tangan ini menjahit. Sambil tangan menjahit, telinga pula dihalwakan dengan lagu-lagu nasyid yang berkumandang di corong radio. Asyik. Sedar-sedar akhirnya siap juga sepasang baju kurung yang cuba di usahakan sejak hari sabtu yang lepas. Alhamdulillah. Allah mengizinkan baju ini siap pada hari ini dan Allah mengizinkan juga kali ini ia hanya mengambil masa 3 hari untuk di siapkan. Rupa-rupanya jika kerja dilakukan bersungguh-sungguh dan dengan niat kerana Allah, ia menjadi sangat-sangat mudah. Jika sebelum ini malas sekali mahu menjahit kerana otak disuapkan dengan pengalaman yang lepas iaitu kesukaran untuk menyiapkan sepasang baju kurung. Tetapi kali ini Alhamdulillah, dengan izin Allah, Dia mempermudahkannya. Bersyukur-syukur sangat. Terasa diri ini berada di dalam rahmat-Nya. Amin...

Bila di tangan tiada lagi kerja yang boleh dilakukan, mula la membuka laptop untuk menghilangkan kebosanan. Radio pun di tutup kerana laptop sudah menggantikan peranannya untuk menghiburkan hati ini yang kesunyian. Petir masih lagi kedengaran dan berdentum-dentum dengan kuatnya. Kadangkala terkejut mendengar bunyi petir ini. Hati mula berasa gusar dan takut. Ya Allah adakah ini azab yang ingin kamu timpakan? Wallahuallam. Astaughfirrullahilazaim. Di kala begini teringat akan satu hadis yang pernah di kongsi oleh suami.

Hazrat Aisyah ra meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan, akan zahir perubahan pada wajah Nabi SAW. Wajah baginda menjadi pucat dan baginda dengan segera keluar ke masjid. Dan apabila Hazrat Aisyah bertanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda "Wahai Aishah, adakah aku boleh berasa yakin bahawa tidak ada azab bersama-sama angin itu? Kaum 'Ad telah diazab dengan perantaraan angin. Apabila mereka melihat awan, mereka bergembira lalu berkata, ' Awan itu akan membawa hujan untuk kami.' Sedangkan dalam angin itu adanya azab. " (Durrul Manthur)

Subhanallah, Rasulullah SAW yang maksum yang telah dirahmati dan dijanjikan oleh Allah SWT syurga masih lagi berasa takut kepada Allah SWT, inikan kita pula manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Kita masih lagi boleh terasa aman dan tenang bila keadaan begini. Tidak kurang pula ada yang mengambil peluang dengan tidur. Tidak sekelumit pun timbulnya rasa takut kepada Allah SWT yang Maha Besar dan Esa.

Firman Allah SWT
"Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, 'Ini ialah awan yang membawa hujan kepada kita.' (Mendengarkan kata-kata yang demikian Nabi Hud a.s berkata) "Tidak, bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan iaitu azab yang tidak terperi sakitnya. Yang manghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya." (Setelah azab itu menimpa mereka) maka mereka menjadi (punah-ranah) tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikian Kami membalas kaum yang berdosa." (Al-Ahqaf: 24 & 25)

MasyaAllah..dikala begini basahilah lidah mu dengan zikir. Beristihgfar dan bertahmid la kepada-Nya. Sesungguhnya Dia, Maha Mengetahui, Maha Besar dan Maha Esa. Tiada kuasa besar lain di alam ini yang menandingi Ke-Esaa-Nya. Allahuakbar. Austahgfirullahilazim. Semoga kita berada dalam rahmat-Nya. Itu hadiah yang paling bermakna.

Nota 1: Seronok juga bila akhirnya dapat juga menyiapkan sepasang baju kurung seperti yang dirancang. Asyik. Kesyukuran dipanjatkan di kala ini. Jika tanpa izin-Nya kemungkinan impian ini tidak dapat dilaksanakan. Alhamdulillah.

Nota 2: Ada sesiapa yang nak tempah baju kurung dengan saya marila..hehe..dialu-alukan. Upah boleh dibincangkan kemudia. boleh la menambah sikit-sikit pendapatan keluarga. haha.. (To leen: I tak tampal note depan rumah saya yek. Tapi saya tempek note dalam blog ni..haha..)

Friday, November 6, 2009

Bila hati berkata-kata..

Assalamualaikum wbt

Hati semakin kacau. Tiada sesiapa menemani di sisi. Mula la membuat pusingan 360 darjah, mencari-cari siapakah yang masih tinggal. huh..tiada sesiapa. Jangan muncul muka yang menakutkan sudah..Terlantarlah dan berkelanalah seorang diri. Terasa seperti tiada siapa yang memahami. Hanya diri ini sahaja yang memahaminya. Di saat ini terasa seperti mahu menjerit sekuat-kuatnya biar satu dunia tahu. Tapi nanti apa di kata dek orang plak. Jadinya mula la melayan perasaan seorang diri.

Hati berkata-kata seperti orang sedang berbual. Dan telinga pula seperti mendengar suara 2 orang yang sedang berbual. Dan badan pula mula terasa seram sejuk. Mata memandang bulu roma yang sudah tegak. Dan cepat-cepat otak menjalankan tugasnya dengan mengamatinya suara siapakah itu. Dan otak membuat kesimpulan ia hanyalah kata-kata yang timbul dari hati. huh..bole ke hati berkata-kata? Adakah orang kurang waras berperasaan begini. Waduh..parah ni..huhu..

Ishhh...Tak bole jadi ni..kena kembali ke alam yang nyata. Otak pun mula bertukar channel ke saluran yang tepat untuk santapan deria. Tik..Bila sahaja channel sudah di tukar, mata pula terasa basah. Hati terdetik, eh kenapa basah plak ni. Tangan pula memainkan peranan meraba-raba mata. Tup..tup..saraf-saraf di jari terus menghantar isyarat ke otak. Otak pun mentafsirkan..Ooohhhhhhhhh..ni air mata (panjangnye oh dia :P). Tangisan ke? Kotak suara pun mula mengalunkan muzik yang merdu ketika itu seperti nyanyian tangisan. Muzik mula dialunkan dengan nada yang rendah dan semakin lama ia semakin tinggi. Teresak-esak sambil berbaring di katil. Sambil-sambil itu kelopak mata mula tertutup sedikit demi sedikit dan malam itu tidur pun ditemani air mata yang tiada penghujungnya.

Drrrrriiiiingggg....loceng berbunyi. terkejut den. Buka mata terus teringat apa yang terjadi semalam. Mimpikah? Kenyataankah? huhu..peliknya..Tapi pagi ini terasa segar-sesegarnya. Bangun dari katil dan terus bercermin. Eh kenapakah mata ini bengkak? Apakah yang sudah terjadi? ulpp...argghhhh..larikkkkkkk....

Sunday, November 1, 2009

Tarrrrrraaaaaaaaaa..........

Assalamualaikum wbt




Tarrraaaaaaaaa....ni la hobi yang saya kata tu. Alhamdulillah dapat juga saya menyiapkannya walaupun hanya 85 peratus jek. Walaupun tak sepenuhnya tapi ok la kan...lepas ni akan di sambung lagi untuk bahagian tepi pulak biar nampak lengkap. ni nampak macam kerja separuh siap je kan. Amacam? Cantik x? X cantik pun ye kan je la ek..haha..Mengah jugak buat benda ni..seminggu jugak la...Nampak macam senang jek, ropa-ropanya perit jugak...hoho..kena banyak bersabar jugak la...Kalo orang yang memang minat mungkin boleh la mengharunginya xde la wat kerja separuh jalan kan..hehe..lepas ni bercita-cita nak buat sulaman riben pulak..hehe..nanti kalo dah siap, saya kan postkan jugak ek..hehe...

Ada kebaikan juga kekanda ku tidak turun Kulim minggu ni. Dapat juga saya menyiapkan kerja ni..muahaha...Kalau kekanda ku ada di sini, Wallahuallam boleh siap ke x..ada hikmah jugak kan...hehe..Mesti ada yang akan bertanya, tidak mogok kah saya apabila suami tidak menjenguk saya disini? Owh, sekarang ni saya cuba bersikap optimistik dan berfikiran positif dan redha atas segala-galanya...Ini telah ditakdirkan Allah SWT. Jika Allah mengizinkannya, pasti suamiku sudah berada di sisi ku di saat ini. huhu..

Tapi walau macam mana pun mesti juga rasa sedih dan rindu kan. tipu la kalau saya menafikannya. Tapi nak buat macam mana. Keluarga di sana lebih memerlukannya dan dalam masa yang sama boleh la jimat sikit kan..haha..sekarang ni keadaan ekonomi merosot teruk, jadi kena la sentiasa amalkan term-term jimat ni.muahahaha..dah tak payah dah nak cuba berlagak macam orang kaya dah kalo memang miskin pun..haha..

Bosan ke weekend ni? Kalau saya menafikannya, saya tipu lagi la kan. Of course mesti boring sebab takde teman nak berborak dan weekend ni pulak takde orang yang saya nak mengusik. Kalau suami ada kan boleh la mengusiknya..Owh saya memang suka mengusik suami terutama ketika dia masih tidur lagi bila dah pukul 9 pagi dan ada lagi ketika waktu dia tengah sibuk menonton rancangan kegemarannya. Waaaa....windunya..huhu..takpe-takpe..sabar ye zubaidah oii..minggu depan kan ada..hehe..tapi kena la pandai cuba nak buat sesuatu supaya tak boring kan..hehe..

Tahu apa saya buat weekend ni? hehe...saya nak jahit sepasang baju kurung balik..tengah hari tadi sempat potong kain jek mengikut potongan yang telah di lukis. Kena hantar jahit tepi dulu baru boleh sambung jahit. hehe...Dah lama dah nak buat kerja ni tapi x menyempat. minggu ni baru la ada masa. Sebenarnya saya tak confident nak buat sebab dah lama x buat kan. Takut x cantik. Tapi hari ni beria-ria nak buat..hentam je la...tengok jadi ke x...Alhamdulillah ia menjadi, cuma belum siap sepenuhnya lagi la. Bila di fikir, kerja ni sebenarnya kena ada mood. kalau ada mood jadila ia..kalo xde mood confirm x cantik..hua..hua..

Kita tengok bape lama pula masa yang saya amik untuk siapkan baju kurung ni ek..hehe..ada hikmahnya juga kan suami ku tiada di sini weekend ni.. ada masa untuk saya memotong baju kurung ni..lepas ni berangan-angan nak cuba jahit baju jubah dan baju melayu suami pulak. Menjadi kah? hua..hua..harap-harap begitula..saya ni kekadang ada penyakit M. tu yang susah..huhu...Tunggu dan lihat je la ek...

Note: Sebenarnya ada juga kebaikannya PJJ ni..ada la masa untuk diri saya sendiri. Jika tidak, Wallahuallam pasti sekarang ni nak kena luangkan masa untuk family. Yang paling penting, alhamdulillah saya ada masa yang lebih untuk mengabdikan diri kepaa Allah SWT.

Wednesday, October 28, 2009

Dek kerana mulut....

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya tangan ni gatal je nak menaip walaupun tiada apa yang hendak di perkatakan. Mungkin dah gian kut sebab dah lama sangat kan blog ini tidak berupdate. Jadi marilah saya bercerita aktiviti saya pada weekend yang lepas.

Weekend yang lepas saya menghadiri perkahwinan anak buah suami. Nama dia Mimi, nick name dia lah. Nama panjang dia pulak..alamak sorry ek..lupa..haha..Honestly saya ni memang susah sikit nak mengingat nama orang. Sometimes nama sedara mara sendiri pun saya lupa..hehe..Adakalanya nama makcik sendiri pun boleh lupa..Kadang-kadang rasa malu plak bila tetiba je rasa macam nak bertanya sesuatu dengan orang itu, saya lupa nama mereka. Sudahnya saya lupakan je hasrat untuk sesi nak bertanya-tanya dan berborak-borak sebabnya nanti kena sound lupa nama dah..haha..Ni dah meleret plak cerita..ok mari kita balik ke pangkalnya..hehe

Bila sudah berkumpul sedara mara ni mula la ada yang bertanya itu dan ini. Alahai malasnye la nak menjawab. Macam-macam soalan yang terhambur.."Masih keje kat Kulim lagi ke?" "Bila nak pindah sini?" "Jumpa sebulan sekali ke?" Terutamanya bila ada yang tanya, "Dah ada anak ke?"..Mula-mula tu rajinla nak menjawab dengan sopan dan adakalanya di selangi dengan jenaka tapi bila dah ramai sangat yang bertanya dah jadi panas dan malas. Sudahnya geleng kepala sambil tersenyum. huh ambik ko..Lain kali jangan menggatal nak tanya.

Yang paling menyampah bila ada yang tukang nyampuk "Macam mana nak ada anak, sorang kata sana sorang kat sini" Waduh..waduh..ini makin panas ni..Bila difikirkan mereka lebih tua, diabaikan la niat di hati yang hendak memulangkan paku serpih. Dalam hati, kawan kat ofis ada je yang duduk berasingan boleh je ada anak. Itukan semua ketentuan Illahi, bukan itu sebabnya makcik oii..Ada je yang duduk bersama pun masih takde anak..apa nak jawab? Tapi ini lah budaya masyarakat kita. Suka bercakap tanpa berfikir dahulu. Bak kata pepatah, "Kerana mulut badan binasa". Ayat itu macam tak mempercayai je qada' dan qadar dari-Nya.

Tapi bila berkeadaan macam ini teringat balik nasihat suami. Cubalah bersabar dalam apa jua keadaan kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Allah SWT lebih mengetahui di atas segala-galanya. Setiap soalan dihamburkan cuba difikirkan positif. Mungkin juga mereka prihatin dan cuba nak ambil berat tapi dalam hati nak ambil berat pun berpada-pada la. Jangan nak lebih-lebih pula..huhu..Tak semua orang suka bila dihamburkan soalan begini. Mungkin ada yang suka tapi tak semua. huhu...

Rupa-rupanya Mimi pun seperti saya yang akan duduk berjauhan dengan suami. Sorang kat Perak dan sorang lagi kat Pahang. Ermmm..tak tahu la betul ke tak..dengar cakap-cakap orang jek..tak bertanya pun kat tuan punya badan sebabnya sibuk kan...haha..sibok sangat la..kamu tu bukan buat keje sangat pun kat kenduri tu puan ida oiii...hehe...

Pastu masa tengah duduk berborak-borak dengan kakak ipar dan biras-biras. Ada la yang memulakan bicara dengan mengatakan Mimi PJJ jugak..nak tahu PJJ tu apa? Bukan pelajaran jarak jauh eh tapi perkahwinan jarak jauh..ni budak-budak ofis nye term la ni..haha..Masa tu la saya mula meluahkan perasaan..

"Sekarang ramai je kan yang duduk berasingan dengan suami. Dulu masa saya macam-macam cakap belakang. Sekarang senyap jek..Takde bunyi pun.." Mana tak nya kat kawasan rumah suami pun dah 2 orang tidak termasuk saya. Dan sekarang kena pada cucu mak mertua sendiri..haha..dulu mak mertua bising gak..sekarang tak dengar bunyi sangat pun..

Pastu biras pun menyampuk.. "Ida pioneering sebab tu orang bising. Tengok sekarang semua dah ikut". Memang saya akui, masa tu memang kami je pasangan yang memulakan hidup cara begini dalam kawasan rumah itu (kami tu merujuk pada saya dan suami ek..hehe). Tapi kat ofis masa tu memang dah 2 atau 3 orang. Dan sekarang ia sudah bertambah.

Pastu biras lagi sorang menyampuk. "Ala abaikan je cakap-cakap orang ni. Biasala mulut orang mana boleh berhenti"....Ermmmm.........yo la tu...huhu...

Entri ni macam lebih kepada luahan hati kan..haha..tapi tak kisahla janji hilang gian nak menaip xpe la kan..haha...sorry ek kalo boring nak membaca...haha..babai...

note: sekarang ni saya ada hobi baru..nanti bila dah siap hobi tu saya postkan kat sini ek..tunggguuuu....

Tuesday, October 20, 2009

Cerita barbecue

Assalamualaikum wbt

Tiba-tiba je malam ni rasa sedih yang tidak tahu apa sebabnya.huhu..Walaupun ketika ini menonton cerita "You think you can dance" masih lagi terasa sedih yang ntah papae ntah ni. Kalau di layan
nanti makin parah. Jadinya untuk hilangkan rasa sedih tu saya update la blog ini. hehe..harap-harap lepas ni dapat tido dengan aman tanpa di belenggu rasa sedih ini. Malam ini kena tidur awal dan secukup-cukupnya kerana esok ada presentation yang perlu saya lakukan di ofis.

Kali ini nak cite hal yang terjadi last 2 weeks, which is my husband and his siblings ada buat barbecue sempena hari raya. So fun and seronok pula bila semua siblings berkumpul bersama-sama ipar duai. Actually adik beradik my husband memang rapat. ada sahaja aktiviti yang mereka nak buat. sometimes macam malas nak join sebabnya penat nak kena travel balik KL jek..jadinya memang plan tak nak join pun sebab baru je kan balik dari KL kan.

Actually minggu tu tak terfikir nak balik sebab mogok dengan suami. Nak suh suami turun sini jugak..huhu..degil sungguh kan. tapi nak buat macam mana. Kakak ipar dah pujuk-pujuk suruh turun KL tapi hati ini memang keras. So, hari jumaat tu balik rumah macam biasa sebab memang tak plan pun nak balik KL. Dalam kepala otak dah fikir macam-macam apa nak buat weekend tu
di tambah dengan baju yang tidak di basuh sudah penuh di bakul. Dan kebetulan weekend tu ada jemputan open house di rumah Zam. So ingat nak memenuhi jemputan itu tapi tak dapat nak pegi. Sorry ye zam.

Memang tak terfikir pun nak balik KL tetapi ada orang jemput di rumah balik KL sape yang tak nak kan.hehe..boleh jimat tambang untuk sehala.
Sebenarnya hari jumaat petang tu sesampainya di rumah dari ofis, telefon berbunyi. Pastu terus dapatkn phone and rupa-rupanya mesej dari abang ipar. Dia bertanyakan tak balik KL ke hari ini. Dalam hati macam pelik, apsal abang ipar aku ni sorang. sebelum ni tak pena tanya, dah 2 tahun aku kat sini pun dia tak pena tanya tapi nape sekarang baru nak tanya.hehe..so reply la mesej dia kata x balik, lepas dah send mesej terus telefon suami bagi tahu hal ini, kang takut salah faham la pulak kang. dia pun pelik jugak.

letak je telefon after called my husband, phone berbunyi lagi, abang ipar anta mesej lagi, rupa-rupanya dia bertanyakan nak tumpang dia balik KL tak sebab sekarang dia on the way nak balik KL dari Kangar, Perlis atas urusan kerja. Dalam hati terus menjerit suka..haha...mestila nak kan..sape yang tak nak..boleh jimat tambang perjalanan untuk sehala..jimat la rm 40 kan. hehe..jari pun dengan pantasnya meng"reply" mesej, kata ya. tapi bila dah send jek terus menyesal, alamak tak minta izin kat suami pun main balas jek..huhu..

pastu terus tekan speed dial no phone suami. Nasib baik suami kata ok..haha..dia kata ikut la..baik bagi tahu suami awal-awal kata ikut abang dia..kang takut my husband misunders
tanding plak kang..susah plak nak jawab kang. Tapi memang bersyukur sangat2, dalam hati berbisik, baik hati sungguh abang ipar aku ini sorang, ingat jugak kat aku ini yang jauh terlantar ni..hehe.. Hati jahat pun berbisik, kalau tiap-tiap minggu macam ni kan best..haha..

Pastu dalam kul 8 lebih abang ipar pun sampai di depan umah bersama dengan driver and sorang staf. Balik la saya bersama 3 orang lelaki di dalam kereta Fortuner itu. Tak malu betul saya ini, sebabnya saya sorang je popuan dalam keta tu tapi tak kisahla janji free and ada abang ipar, plus suami dah beri keizinan pun..haha..

Jadi ini la ceritanya..haha..alhamdulillah..lepas taip ini terus hilang rasa sedih tu..lepas ni nak tido la sebab sok pagi kena bangun awal..ok bye..oh tak lupa..saya nak post kan gambar saya dan suami ketika barbecue itue...hehe..walaupun sibuk pa
nggang ayam masih sempat lagi menangkap gambar (ayat dari makcik belah suami)..haha..ah tak peduli, nak jugak amik gambar dah la susah nak amik gambar dengan suami sebabnya suami saya ni pemalu..hehe..

Friday, October 9, 2009

Raya sudah tiba

Assalamualaikum,

Bulan syawal sudah hampir ke penghujungnya. Tinggal seminggu sahaja lagi. Selepas itu akan menjengah masuk ke bulan zulkaedah pula dan menyusul pula bulan zulhijjah. ermmm...terasa cepat sahaja masa berlalu. Rasa masih tak puas lagi untuk menikmati suasana raya. Yang paling best bila dapat berkumpul dengan semua saudara mara. huhu...tetiba je terasa sebak.

Cuma bila usia dah menjengah dewasa ini terasa raya itu tidak semeriah seperti zaman kanak-kanak. Ketika kanak-kanak masih tidak memahami lagi erti sebenar hari raya. Yang tahu dalam kepala otak hanyalah duit raya. Ketika itu orang bagi duit raya pada kita tapi kali ini kita pula kena bagi duit raya kat orang..huhu.. :(

Cuti seminggu beraya di KL sangat seronok. Cuti seminggu la katakan. Tapi bila tiba masa pulang ke Kulim rasa berat sangat. Rasa tidak seronok langsung tapi kena la kembali ke dunia nyata. Terima la kenyataan yang hidup anda di takdirkan begini. Pasrah, redha dan tawakkal dengan ketentuan-Nya. Panjatkan doa kepada-Nya semoga suatu hari nanti doa kita akan dimakbulkan.

Ketika waktu pulang ke Kulim, memujuk suami supaya ikut bersama kerana saya khuatir akan mengantuk sewaktu memandu. Alhamdulillah suami setuju tetapi akhirnya sepanjang perjalanan suami sahaja yang memandu. Bila ditawarkan untuk menukar pemandu, di gelengkan kepalanya. Alhamdulillah, boleh la saya sambung tidur..haha..

Tapi bila waktu suami hendak pulang kembali ke KL terasa sebak di hati. Rasa macam nak ikut balik je suami pulang ke KL semula. Rasa macam nak berhenti kerja je. Biasala sebab cuti lama sangat. Sewaktu melambai di pintu pagar padanya, di tahan air mata supaya tidak keluar tapi dalam hati dah sebak kerana ada abang ipar dan biras. malu seh..nanti kena gelak. Nasib baik kebetulan pula mereka turun ke Pinang atas urusan kerja dan menginap di rumah semalaman. Jadi bolehla suami tumpang sekaki jugak pulang ke KL. Jimat duit tiket bas..haha..Bila masuk rumah sahaja, air mata berjuraian keluar tidak henti-henti sampai tersedu-sedu. Rasanya kalau ada orang di sisi confirm kena ejek, sebab perangai macam budak kecik. haha...Tapi itulah hakikat. Terasa sebak je bila tiba-tiba berseorangan dan tiada orang di sisi terutama orang yang di sayangi. huhu..

Alhamdulillah raya kali ini dapat jugak saya bergambar bersama suami dengan baju sedondon. Itupun kena di paksa. Dah malas dah nak taip. Sampai sini je la..nanti kalau rajin saya update lagi blog ini. Ni saya tempekkan gambar saya dan suami beserta gambar anak buah saya yang terbaru, yang comel sangat ni, muka yang macam anak cina.





Wednesday, September 16, 2009

3 hari saja lagi tibanya bulan syawal

Assalamualaikum wbt

Hanya tinggal 3 hari saja lagi tibanya bulan syawal. Bermakna juga umat islam sedunia akan menyambut hari raya. Ini bagi meraikan ketabahan melalui bulan ramadhan. Ini dilakukan bagi melaksanakan ibadah puasa yang wajib bagi umat islam bila tibanya bulan ramadhan.

Dan tinggal sehari sahaja lagi untuk saya menyiapkan segala tugasan yang di berikan sebelum bercuti panjang. Cuti seminggu tu. Seronoknya. Kalau dapat cuti sepanjang tahun pun saya nak. haha..Tapi sudah lumrahla kan, bila sudah nak dekat waktu nak cuti panjang ni, waktu tu la mood nak kerja dah hilang. Memanjang teringat nak cuti jek. Dalam kepala sudah set, esok nak drive balik KL. haha..Malas pula nak siapkan keje ni. hua..hua..

wahh...bestnye..By tomorrow night saya sudah berada di Kuala Lumpur. InsyaAllah..Itupun jika di izinkan Allah. Kita hanya mampu merancang tapi semuanya di tentukan oleh Allah Yang Maha Besar. Saya berdoa dan berharap agar perjalanan saya nanti akan lancar sahaja tanpa apa-apa halangan. Dan memohon perlindungan dari Allah SWT dari segala malapetaka yang akan menimpa saya. Semuanya serahkan sahaja pada-Nya kerana Dia Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Amin..

Harap-harap raya kali ini akan lebih bermakna buat saya dan suami. Almaklumlah raya di KL sahaja, tiada kampung la katakan. Seperti tiap-tiap tahun, mesti kena beraya rumah nenek sebelah suami dulu selepas tu barula boleh jumpa Mak. Tapi takpe raya rumah kemudian boleh stay lama-lama kat umah mak nanti..haha.. Lepas raya rumah mak barula melawat kubur atuk di Ampang.

Raya kali ini jugak berazam nak ambil gambar berdua bersama suami. Ni masuk raya tahun ketiga tidak pernah sekali pun ambil gambar berdua bersama suami. Sadis kan. Tapi nak buat macam mana, suami bukan kaki bergambar.

Ok la..ni je la ceritanya. Di kesempatan ini nak ucapkan kepada semua pembaca blog saya (macam ada orang baca pun cik puan oii..haha..), Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Bagi yang memandu untuk pulang ke kampung berhati-hatila ketika memandu. Malang tidak berbau dan ia tidak mengenal mangsa. Maka berhati-hati dan berwaspadala ketika memandu. :)

Thursday, September 3, 2009

Bilakah masa itu akan tiba?

Assalamualaikum wbt

Sedari kecil sampai la umur mencecah 17 tahun saya tidak pernah lagi berpisah dengan mak. Lepas habis UPSR, terus sambung tingkatan satu di sekolah menengah biasa. Masa itu tak terlintas pun dalam fikiran nak sambung kat sekolah berasrama. Mungkin sebab ketika itu kawan-kawan sekampung saya pun tidak terfikir begitu.

Selepas habis SPM pula, dapat tawaran belajar di Ipoh, Perak. Masa tu rasa gembira ada, rasa sedih ada, rasa takut pun ada. Gembira sebab akhirnya dapat juga sambung belajar sedangkan kawan-kawan yang lain semuanya dah pun masuk matrikulasi. Sedih sebab kena duduk jauh dari mak, anak mak la katakan, ditambah pula inilah pertama kali akan berjauhan dengan mak. Takut sebab saya ni memang seorang penakut, masa tu dah teringat balik cite-cite hantu kat asrama. huhu.. Tapi terpaksa juga pergi bila fikirkan masa depan yang lebih cerah yang akan menanti. Teringat lagi masa mula-mula masuk asrama, bila mak ada masih tak terasa lagi sedihnya, bila saja mak dah nak pergi mengucapkan selamat tinggal, hati dah mula terasa sayu dan sedih. Masa tu macam nak menangis jek tapi bila mengenangkan umur sudah pun 17 tahun pun masih nak cengeng lagi ke. Terpaksa di tahan air mata dari mengalir.

Sejak itu bermula la hidup saya di perantauan sampai la sekarang. Macam-macam kenangan dan pengalaman yang dirasai. Semuanya mengajar saya untuk lebih tabah dan berdikari. Lepas je habis belajar terus dapat tawaran bekerja di Intel, Penang. Masa itu dah tak fikir nak cari kerja lain, terima je la tawaran ini sebab masa itu macam tak berkeyakinan je akan dapat kerja di tempat lain. Ambil sahaja peluang yang ada di depan mata, tidak salah untuk mencuba mungkin boleh dapat pengalaman kan. Nak sambung belajar pula fikirkan kewangan yang tidak mencukupi. Nak harapkan mak, kesian pula dengan mak yang nak bertungkus lumus sedangkan adik-adik lain masih bersekolah. Maka di ketepikan dulu niat nak sambung belajar itu.

3 tahun tinggal di Ipoh, setahun di Penang dan bulan 12 ni masuk 3 tahun saya tinggal di Kulim. Hampir 7 tahun saya hidup perantauan. waaa...Terasa macam nak balik Kuala Lumpur. Nak tinggal dekat dengan family dan adik beradik yang lain. Susah senang ada tempat nak mengadu. huhu...Tak kisah la kalau orang nak cakap manja ke apa tapi dengan family sendiri papehal boleh je nak minta tolong tanpa segan silu. Saya akui, saya memang manja dengan mak. Kadang kala bila balik Kuala Lumpur rasa cemburu di hati bila adik-adik yang lain boleh je jenguk mak bila-bila masa dan setiap hari boleh nampak muka suami. Saya ini hanya di hujung minggu sahaja dapat ketemu dengan suami dan keluarga. huhu..Sadisnya..Nak balik..

Dah bosan duduk jauh dengan family. Teringin nak pindah Kuala Lumpur pula dan setiap hari boleh jumpa suami dan mak. huhu...Biasala lumrah manusia kan..Tak pernah puas dengan apa yang di terima dan di beri dari Yang Maha Esa. Ada sahaja ngomel-ngomel yang tidak puas hati dengan pemberiaanya..huhu..Ampunilah hamba mu ini Ya Allah Ya Tuhanku.

Jawabnya kena la berusaha untuk cari kerja di sana wahai Pn. Zubaidah. Tapi bila di fikirkan nak cari tempat lain ni yang tak suka. Saya sudah rasa selesa kerja di Intel. Selesa dengan suasana bekerja nya. Sudah lali dengan kepala pening yang asyik memikirkan nak selesaikan kerja-kerja perekaan ni. Sudah selesa dengan kawan-kawan di sekeliling. Sudah selesa dengan bos-bos di sini.


Selalu terfikir, nanti kalau pindah tempat kerja baru, kena ada kawan baru, bos baru, suasana bekerja yang baru..waaa..macam mana ni. Boleh ke saya? Nak cari kerja tempat lain tu pun satu hal. Malas nak berinterview miew ni...huhu..Ditambah tidak berkeyakinan ada syarikat lain nak terima saya ni. Ada ke? Haruskah saya mencari kerja baru dan hidup berjauhan dengan suami dan keluarga untuk selama-lamanya? Bolehkah saya mengharunginya jika ia benar-benar berlaku? Berlegar-legar soalan ini di minda. Jadi apakah penyelesaian yang terbaik? waa....

Dalam hati teringin juga nak merasai suasana hidup bekeluarga dengan suami. Teringin juga merasa macam mana membesarkan seorang anak. Entah la..Macam-macam hal kan. Inilah akibatnya jika terlalu memikirkan hal duniawi semata-mata. huhu.. :(

Tuesday, September 1, 2009

Mood Malas

Assalamualaikum wbt

Tidak tahu macam mana mahu digambarkan perasaan saya ketika ini. Sejak kebelakangan ini tidak bermotivasi langsung untuk bekerja. Rasa macam mahu berhenti kerja je. Jadi suri rumah sepenuh masa ke atau sambung belajar ke.

Dulu rajin je nak datang kerja. Datang kerja pun di awal waktu tetapi sekarang malas betul nak bangun pagi. Pagi tadi pecah rekod datang kerja kul 8.45 pagi. Tak pernah lagi sampai ke tempat kerja selewat ini.

Dalam kepala dah berangan-angan nak duduk sebumbung bersama suami. Bila la masanya akan tiba kan. huhu..Di tambah baru lepas bercuti di Kuala Lumpur, lagila bertambah-tambah malasnya bila tiba masa mahu pulang ke Kulim berseorangan. Di tambah lagi dah nak dekat cuti hari raya..ermmm..apa lagi, malas la nak wat kerja..huhu..Di tambah lagi dengan kerja yang tidak banyak dan tidak terlalu sibuk maka otak membuat kesimpulan tak payahla nak menyibukkan diri dengan vnc. Sibukkanla diri dengan facebook..haha.. :P

Kalau di ikutkan hati mahu sahaja nak berhenti kerja sekarang, tapi bila di fikirkan expenses yang di tanggung, di gagahkan juga hati dan diri ini untuk bekerja di sini. Langsung tak bermotivasi. Akibatnya bila sampai di ofis malas sungguh nak memulakan kerja dan buka vnc. Akhirnya ber"facebook" la sementara nak tunggu waktu bekerja habis.

Pagi tadi pun hampir-hampir seperti nak "work from home" jek sebabnya malas nak bangun dari katil nak bersiap ke tempat kerja. huhu..Pening la..Macam mana nak dapatkan balik mood bekerja ni..Dah sebulan lebih penyakit ini bertakhta di hati. huhu...

Kepala dah berpusing-pusing ni. Pening tengok monitor ni..Warna terang sangat, sakit mata.

Nota: Ada tak cara nak dapatkan kembali mood bekerja balik?

Thursday, August 27, 2009

Panjatkan Kesyukuran

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...syukur sebanyak-banyaknya saya panjatkan pada Ilahi. Tidak tergambar perasaan gembiranya hari ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau masih lagi mengizinkan hamba-Mu ini hidup di alam ini untuk menjalani ibadah dan tunduk kepada-Mu, walaupun hamba Mu ini sentiasa alpa kepada-Mu dan sentiasa membuat dosa yang tidak di sedari. Tetapi sesungguhnya hamba-Mu ini percaya dan menyedari, Engkau Maha Pengampun yang akan mengampuni segala dosa hamba-Mu ini tidak kira sebanyak mana pun sekiranya hamba-Mu ini bertaubat dan selagi mana hamba-Mu ini tidak menyekutukan-Mu. Dan sesungguhnya hamba-Mu ini menyedari akan kasih sayang-Mu ke atas umat-Mu yang tidak berbelah bagi kerana sesungguhnya Engkau, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sesugguhnya hamba-Mu ini memanjatkan kesyukuran di atas segala nikmat dan hidayah yang diberikan oleh Mu pada masa kini dan juga pada masa yang akan datang. Hamba-Mu ini lemah dan tidak berdaya, hanya dengan pertolongan dan perlindungan-Mu, hamba-Mu ini dapat menjalani hidup dengan baik. Sesungguhnya Engkau Maha Besar, Maha Berkuasa dan Maha Agung atas segala-galanya. Tidak tergambar rasanya perasaan gembira dan syukur ku kepada-Mu.

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui di atas segala-galanya, maka hamba-Mu ini berdoa dan berharap dari-Mu agar di tunjukkan jalan dan hidayah jika ia adalah yang terbaik untuk ku. Jika ianya bukan yang terbaik untuk ku maka aku redha dan kuatkanla semangat dan hati ku untuk taat kepada-Mu sekiranya Engkau menarik kembali nikmat itu Ya Allah Ya Tuhanku kerana hamba-Mu ini percaya sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk ku. Hamba-Mu ini insan yang lemah, yang hanya dapat berusaha untuk mencapai tahap yang lebih baik tetapi sesungguhnya hamba-Mu ini percaya segala ajal maut dan rezeki adalah ketentuan-Mu. Hanya dengan keizinan dan kasih sayang dari-Mu, hamba-Mu ini akan memperolehinya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, Engkau Maha Besar, Maha Agong, Maha Pengampun, Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyanyang. Amin Ya Rabbal Alamin....

Tuesday, August 25, 2009

Terima Kasih Banyak-banyak di ucapkan

Assalamualaikum wbt

Semalam kereta saya meragam lagi tapi saya tak menyalahkan kereta. Kerana ia terjadi di sebabkan kelupaan saya yang membuatkan kereta saya jadi begitu..huhu..Ini gara-gara lupa nak tutup lampu keta la ni..lepas tu terus xleh nak start keta..huhu...

Lagi la pusing kalo xde orang di sisi...Kepala ligat fikir macam mana nak hidupkan keta ni...macam mana nak balik umah..waaa....xkan nak kena tolak keta kan...huhu..

Nasib baik ada Has nak hulurkan bantuan. Time kasih Has...Has dah bagi sokongan moral pun sudah memadai..

Terharu gak la bila ada jugak yang nak tolong daku yang berseorangan ni..Terima kasih banyak-banyak Zharif, Fakri dan Zulhafiz..korang memang cool..hehe..sanggup tolak keta saya yang berat ni walaupun korang tengah berpuasa..kesian korang..nasib baik juga kereta manual..kalau automatik kereta confirm kena guna jumper..sudah la dalam kereta tiada bekalan jumper..huhu..

Dan semalam jugak terharu bila Ani cakap...dia kesian lihat kakaknya berbuka puasa sorang-sorang..Orang lain semua buka dengan keluarga tapi kakaknya berbuka sorang-sorang jek...huhu...Sebab tu dia setuju bila di ajak datang Kulim selama seminggu sebab cuti sekolah kan...Sayang jugak adik kat kakak kan..hehe.. :)

Nota: Ni repekan di hari keempat puasa sebab dah busan duk di ofis..so update la facebook ni..hehe..

Nota: Air mata cuba di tahan supaya jangan keluar depan Ani bila dia berkata begitu walhal dalam hati dah rasa terharu sangat-sangat sampai rasa macam nak menangis jek..huhu

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Tiba lagi

Assalamualaikum

Hari ini sudah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa dan bermakna tidak lama lagi akan tiba bulan syawal. Rasa cepat sahaja masa berlalu. Maksudnya tahun ini adalah tahun ketiga saya beraya sebagai seorang isteri kepada Mohd Masdaifi dan usia perkahwinan kami pun sudah menjangkau 2 tahun 1 bulan.

Dan ini bermakna juga sudah 4 kali bulan puasa, saya berpuasa di rantauan tanpa suami dan keluarga di sisi..huhu..sadis...bila la tiba waktunya saya akan bersama-sama menyambut bulan ramadhan bersama suami dan keluarga di sisi..Dalam hati terdetik semoga doa saya pada bulan ramadhan ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya dia Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin...(tolong doakan untuk saya juga ye kawan-kawan..hehe.. )

Jadi di kesempatan bulan ramadhan ini, saya memohon maaf sekiranya saya ada menyakiti hati kawan dan maafkanla kehilafan saya.

Dan di bulan mulia ini marilah kita menambahkan amal kita untuk saham akhirat kelak. Di bulan ini pintu rezeki di buka seluas-luasnya dan pintu neraka di tutup serapat-rapatnya. Dan ingatla bulan ramadhan adalah bulan untuk kita menginsafi segala dosa dan kesalahan kita, dan bulan ini juga sebagai peringatan kepada kita bagaimana susahnya insan lain yang susah untuk mendapatkan makanan. Jadi janganlah kita berlebihan-lebihan dalam segala segi terutamanya dalam hal makanan. Makanla dan belila sekadar yang cukup dan perlu untuk mengisi perut kita. Janganla berlebih-lebihan sehingga sampai ke tahap yang akan wujud pembaziran. Janganla di ikutkan nafsu kita semata-mata. Makanla sekadar yang perlu sahaja.

Renung-renungkanlah firman Allah SWT di bawah:

"Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. "( Surah al-`Araf:31 )

Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.


Dan sekiranya mampu, tambahkanla amalan-amalan sunat yang lain kerana sesungguhnya banyak ganjarannya di bulan puasa ini. Tidak lupa perbanyakkan istighfar, berzikir dan bertahmid kepada Allah SWT, supaya dengannya puasa kita seharian akan di terima oleh Allah SWT.

Saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat ketika mendengar tazkirah di televisyen. Ustaz itu mengatakan puasa kita ketika di bulan ramadhan, ganjaran tidak sama seperti ibadat wajib yang lain. Dimana, Allah SWT tidak mengkhususkan puasa akan mendapat ganjaran pahala sebegini banyaknya seperti ibadah wajib lain tetapi puasa adalah khusus untuk Allah SWT dan ganjarannya hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Ini berpandukan kepada hadith di bawah. Maka marila kita memperelokkan puasa kita supaya di terima oleh Allah SWT. Biarlah puasa kita itu tidak menjadi sia-sia tanpa mendapat apa-apa manfaat dan ganjaran di sisi Allah SWT.

“Semua amalan anak Adam untuknya, melainkan puasa. Ianya untukKu dan hanya Aku yang membalasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Selamat Berpuasa dan semoga puasa kita pada tahun ini akan menjadi hikmah kepada diri kita dan yang paling penting di terima oleh Allah SWT. Amin...

Tuesday, July 28, 2009

Mutiara kata yang indah

Assalamualaikum wbt

Jika doa yang dipinta dimakbulkan segera oleh Allah SWT,
Bermakna Allah SWT sayang pada kita,

Jika doa yang dipinta dimakbulkan di waktu yang lain,
Bermakna Allah SWT ingin menguji kita,

Jika doa yang dipinta tidak dimakbulkan,
Bermakna Allah SWT mempunyai perancangan untuk diri kita yang lebih baik dari itu,

SubhanaAllah...

Bersangka baikla dengan Allah SWT..semoga Allah akan lebih dekat pada kita..
Setiap apa kejadian di muka bumi ini, Allah tidak menjadikannya untuk sia-sia,
Semua ada manfaatnya dan maksud tersirat di sebaliknya..
Bertawakkalah dengan-Nya, semoga kita sentiasa dalam rahmat dan keredhaan-Nya..
Amin...

Nota 1: Mutiara kata ini saya peroleh apabila mendengar radio IKIM. Indah kan?

Nota 2: Sebenarnya saya seorang yang kuat pelupa. Banyak lagi mutiara kata yang indah-indah yang di kongsi di IKIM tetapi hanya ini yang diingati dan selalu bermain-main di kepala...Kemungkinan hati ini terasa rindu pada-Nya. SubhanAllah..Allahuakbar...

Friday, July 17, 2009

sedih yang terasa

Assalamualaikum wbt

Hooo...dah lama tidak mengupdate blog ini kan. Manakan tidak sekarang ini dah addict dgn restaurant city dan Barn budy di facebook. so lupa nak membuka blog ini. Blog-blog kengkawan pun dah lama tak jenguk. banyak betul coretan mereka yang masih x baca. nanti la amik masa di lain hari baca blog mereka. sekarang ni nak fokus nak assemble slicebundle ni yang dah sangkut x tahu nak buat macam mana dah.

Hari ini baru tergerak hati nak mengupdate blog ni. sebabnya hati rasa sebak dan sedih dengan kata-kata seseorang. Entah la saya pun pelik sejak bila perasaan cepat terasa ini mula bersarang di dalam diri ini. dulu tak pernah pun nak amik kisah orang nak kata apa. lantak orang la nak kata apa. tapi sekarang ni selalu sangat cepat terasa terutama sekali bila suami dah mula merepek yang bukan-bukan. pastu mudah pulak tu menitiskan air mata. murah betul air mata ini sejak kebelakangan ini.

sebelum ini cuba la berlagak tabah tapi hari ini kerana penangan kata-kata itu terus je punah semangat yang cuba untuk berlagak tabah. benci la perasaan ini. tak suka..tak suka..mula la menitiskan air mata. nasib baik tiada orang di sisi. menulis ini bukan untuk nak minta simpati ke apa, cuma nak luahkan isi hati yang terbuku, yang tak tahu nak cite kat sape. nak cite pada en. suami pasti sekarang ini dia tengah bersiap-siap nak solat jumaat. so tidak mahu menganggunya dengan hal remeh temeh begini yang boleh menganggu konsentrasinya untuk menemui PENCIPTANYA.

hati ini bukan marah atau nak dendam pada orang itu tapi cuma terasa sedih sangat-sangat bila kata-kata itu dihamburkan. saya tak kisah la kalo orang yang nak keluarkan kata-kata seperti itu seorang yang ambil berat pasal kita ke, tapi dia langsung x amik port pun tetiba je nak keluarkan ayat-ayat macam tu. ah..x suka la bila dah banyak air mata keluar ni..huhu..bencinya..

cakap je memang senang tapi hanya orang yang mengalaminya je yang tahu macam mana peritnya hidup orang yang melaluinya dan beban yang dipikulnya. yang paling x suka bila cuba nak banding-bandingkan saya dengan orang lain. setiap orang mempunyai takdir yang berlainan dan tahap kesabaran dan ketabahan setiap orang pun berlainan. paling benci bila cuba nak membanding-bandingkan. en suami pun kalo cuba nak bandingkan saya dengan orang lain pun saya mesti akan masam mencuka dah lepas tu.

orang lain hanya tahu bercakap sahaja tapi beban yang di pikul tiada orang yang nak amik peduli.

ahhhhh...benci la perasaan ni...x suka sangat2..x suka..x suka la bila perasaan lemah semangat dah mula cuba untuk menguasai diri...benciiiii....

Ya Allah Tuhanku tabahkanlah hati hamba mu untuk menjalani dugaan mu ini dengan lancarnya dan aku bermohon semoga KAMU sentiasa berada di sisi hamba mu ini di mana keadaan pun. walaupun hambamu ini tidak layak untuk permintaan ini tetapi hanya kepada Mu tempat untuk aku memohon pertolongan dan perlindungan. Amin...

Saturday, June 13, 2009

Lain dipinta, lain yang diberi

Assalamualaikum wbt

Kadangkala apa yang kita impikan dan idamkan susah untuk dikecapi. Kadangkala ia semakin hampir dengan kita tetapi dengan tiba-tiba sahaja ada rintangan yang akan menghalang dari kita kecapi. Kadangkala impian yang kita kecapi diberikan di dalam bentuk yang lain tetapi tidak kita sedari tentang kehadiran dan kenikmatannya. Kita terlalu menginginkan apa yang kita impikan tercapai dalam bentuk yang kita impikan sehinggakan apa yang ada di depan mata kita, tidak kita sedari dan tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Ini kerana ia memerlukan hati yang ikhlas dan tulus untuk melihatnya. Hati haruslah redha dengan segala qada' dan qadar yang telah ditetapkan ke atas kita oleh Allah SWT

Kadangkala kita berusaha untuk mencapainya tetapi seperti kebiasaan, ada sahaja onak duri yang terpaksa di lalui disepanjang jalan bagi melaksanakan impian dan cita-cita itu. Disebabkan keinginan yang menebal di dalam diri kita, kita mula berusaha dengan segigih-gigihnya. Dimulai dengan berdoa kepada Allah SWT sepanjang masa supaya kita mencapai impian itu. Setelah jemu berdoa, tetapi impian itu masih tidak kunjung tiba, kita mula menyalahkan diri sendiri. Ada juga yang mempunyai perasaan ego yang tinggi kita mula menyalahkan orang lain pula di atas kegagalan diri kita, kita tidak mengaku atas kesalahan kita sendiri.

Sekali lagi, setelah semua ikhtiar lain sudah habis di usahakan untuk mencapai impian itu, kita mula mengambil jalan mudah. Jalan yang salah, jalan yang singkat yang nyata-nyata tidak akan diredhai oleh Allah SWT. Apabila ada yang cuba menasihati kita, kita nyahkan semua nasihat itu. Semua itu di tolak tepi. Kita sudah mula buta dengan keadaan sekeliling kita. Kita jadi tidak peka dengan segala yang baik dan buruk. Apa yang penting bagi kita sekarang, impian itu harus dicapai dengan apa jua cara sekalipun tanpa memikirkan baik dan buruknya.

Akibat ketaksuban itu, kita tidak lagi memikirkan kesan dan akibatnya ke atas kita kelak. Kita tidak lagi dapat membezakan di antara yang halal dengan yang haram. Kita sudah buta untuk membezakan antara dosa dan pahala. Kita sudah tenggelam dengan cita-cita itu sehinggakan perasaan takut dan cinta kepada Allah SWT sudah hilang dan lesap dalam diri kita. Semua itu ditolak ke tepi, janji apa yang kita inginkan dapat di genggam secepat mungkin.

Ada kalanya kita kena bersabar dengan segala-galanya. Belum tentu apa yang kita minta dengan berdoa kepada Allah SWT di berikan dengan serta merta. Kadangkala ia memerlukan masa yang panjang untuk kita menikmati impian itu. Ianya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk menempuhinya.

Adakalanya apa yang diminta, tidak akan diberi oleh Allah SWT di dalam bentuk apa yang kita pinta. Sebaliknya ia diberi di dalam bentuk yang lain. Adakalanya apa yang diminta di beri dengan sekelip mata oleh Allah SWT. Maka beruntung dan bertuahlah orang yang sebegini. Seharusnya orang seperti ini memanjatkan banyak-banyak kesyukuran kepada Allah SWT tetapi kita tidak begitu kan? Kita lalai di atas semua kenikmatan yang di beri ke atas kita yang berlimpah luahnya. Kita di buai dengan segala keindahan di dunia ini, sehinggakan kita lupa dengan alam akhirat yang menunggu kita.

Segala apa yang terjadi pulangkanlah kembali semuanya kepada Allah SWT. Kerana Dia lah yang mengetahui di atas segala-galanya. Dia yang lebih berhak ke atas kita. Marilah kita cuba mengamalkan sikap sentiasa bersyukur dengan segala apa yang kita punya. Amalkanlah sifat sentiasa bersabar dengan segala apa keadaan pun kerana sesungguhnya Allah SWT itu sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar. Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, June 12, 2009

Bertuah lagi ke saya?

Assalamualaikum wbt

"Please take care" Ini la email saya terima dari BOS saya apabila malam semalam saya menghantar email notification mengatakan saya akan MC untuk hari ini. Ringkas je email ini tetapi saya tahu di sebalik kata-kata ini, dia ambil berat jugak akan saya. hehe...

Mari saya ceritakan pengalaman saya berjumpa dengan ENT specialist di Hospital Pantai Mutiara di Penang. Bagi saya pengalaman ini sangat best dan manis. Yang saya tidak akan lupakan. Kenapa saya kata begitu kerana hari ini saya mengalami sendiri bagaimana pesakit membuat CT Scan seperti dalam cerita bersiri yang famous tu, House..hehe..Suka..Suka..Rasa macam ada dalam cerita itu...Di bawah saya post kan sekali gambar mesin itu. hehe..


Sampai di Hospital Pantai Mutiara itu, saya terus ke kaunter bahagian pesakit luar untuk mendaftar dahulu. Selepas daftar barulah mereka berikan nama doktor specialist yang saya harus jumpa. Pekerja di kaunter itu mengatakan hari ini Dr. Asha Gupta yang bertugas. Dalam hati tertanya-tanya doktor lelaki ke perempuan. Tetapi hati saya kuat mengatakan doktor lelaki.

Bila sampai di klinik doktor Asha di tingkat 2, terkejutnya saya apabila sebaik kaki melangkah masuk ke bilik doktor ini, rupa-rupanya doktor perempuan di dalam bilik itu. haha..Tekaan saya silap kali ini. Kesian pula doktor ini sudah tukar jantina. hehe..Tetapi seriously, Dr Asha ni manis. Muka sentiasa senyum sahaja, tutur kata pun lemah lembut. Percakapan pun baik-baik belaka.

Maka bermula la tanggungjawab doktor ini untuk memeriksa keadaan tekak saya. Untuk melihat dengan jelas keadaan tekak saya, di tekan-tekan lidah saya sehingga kadang-kadang seperti hendak muntah. Selepas tidak berpuas hati kerana masih tidak melihat apa-apa, di masukkan satu besi panjang yang di hujungnya saya nampak seperti kamera ke dalam mulut saya. Dari monitor, doktor itu kata tekak saya ada ulser tetapi dia tidak nampak tulang itu. Selepas itu, terkejut saya di buatnya bila dia memasukkan jari telunjukknya ke dalam tekak saya. Hampir nak muntah di buatnya. Nasib baik perut saya kosong. Padanlah di awal perbualan Dr Asha menanyakan sama ada saya sudah makan belum. Rupa-rupanya dia takut saya akan muntah..haha..

Katanya, tulang ikan tersebut tidak nampak tetapi mungkin kena buat CT Scan untuk melihatnya dengan jelas. katanya, kalau betul ada tulang itu, mungkin saya akan di bedah. Seriously, kecut perut dah ketika itu, Tetapi saya setuju sahaja buat CT Scan itu asalkan bendasing itu di keluarkan dari tekak saya. Tetapi dia tidak pasti sama ada CT Scan, ING akan cover or not. Jadinya, dia akan fax dulu ING. Selepas ING approved baru di lakukan CT Scan. Komennya, kebiasaanya ia akan mengambil masa berjam-jam untuk ING membalas fax mereka. Jadinya di suruhnya saya datang kembali di waktu petang.

Tidak sampai sejam saya keluar dari hospital itu, saya mendapat panggilan supaya kembali ke hospital kerana ING kembali untuk melakukan ujian CT Scan. Sekali lagi saya bernasib baik kerana mendapat balasan dari ING dengan secepatnya. Anda tahu tak kos untuk Ct Scan itu berapa? RM400 lebih tu. Fuh..nasib baik ING yang biayai semuanya. Kalau keluar duit sendiri, pokai la saya.

Semasa di bilik CT Scan kan, saya suka gila dengan doktor lelaki yang bertugas untuk membuat CT Scan itu. Handsome giler. haha...Melayu pulak tu. Nasib baik saya sudah berkahwin. haha..Sebelum memulakan ujian itu di suruhnya saya menanggalkan rantai, subang dan tudung. Bila saya suarakan, memang diharuskan buka tudung ke. Dia menjawab dengan baik, boleh kalau nak pakai anak tudung jika ada. Wah bestnye..Doktor ini memahami. Suka la..Dah la handsome.

Yang bestnye, saya masuk ke dalam mesin yang banyak kali di siarkan di dalam cerita House. Giler aa..Best gile..Macam pesakit House plak. haha..Berangan jap. Ok dah..dah..cukup..balik pada realiti. Lagi satu saya suka dengan Doktor lelaki ini kan, ala lupa la nak tanya nama dia..muahaha..Ni sebab nak control cun la ni. Dia dengan sopannya meminta izin sambil meminta maaf kerana mahu menyentuh bahu dan kepala saya untuk membetulkan kedudukan kepala saya, supaya result scan itu nanti akan lebih jelas. Baik kan..Best aaa doktor ni.

Tetapi yang tak bestnya..Saya muntah la pulak depan doktor itu. Malu gila seh..Doktor kata ni side affect lepas dia menyuntikkan ubat ke dalam tangan saya. Tapi memang malu gila bila muntah depan doktor. Hilang cun kejap. huhu..Untuk menyedapkan hati saya, dia katakan semalam pun ada seorang pesakit yang muntah juga. Dalam hati, entah betul ke tidak doktor ini.

Lepas result CT Scan diperolehi, Dr. Asha komen kata dia tidak nampak tulang itu. Jadinya terselamatlah saya dari di bedah. Dr. Asha membuat kesimpulan mungkin sebab ulser. Di jadualnya susulan rawatan untuk saya minggu depan untuk melihat keadaan saya selepas seminggu. So, minggu depan saya kena turun Penang lagi la jawabnya. huhu...

Nota: Kan best kalau minggu depan dapat lagi berjumpa dengan doktor handsome yang tidak diketahui namanya itu. haha..Mampus saya kalau suami tahu ni..hahaha..

Bertuah ke saya?

Assalamualaikum wbt

Pernah tak anda menerima hadiah istimewa dari kupon letak kereta? Untuk pertama kalinya semalam saya terkejut apabila salah satu kupon kepunyaan saya ada gambar sesuatu di bahagian gores hadiah. Walaupun sudah banyak kali membelinya, ini baru pertama kali selepas saya menggores bahagian kotak itu, ada gambar sesuatu selain perkataan TERIMA KASIH seperti kebiasaan. Walaupun hadiahnya tidak seberapa tetapi saya rasa bertuah. Susah tau nak dapat hadiah istimewa ni.

Jadi terbuktila Majlis Perbandaran Kulim tidak menipu untuk hadiah istimewa ini. Jika sebelum ini saya langsung tidak mempercayai tentang hadiah gores ini kerana menganggap MPK pasti menipu kerana sebelum ini belum pernah lagi dengar orang yang dapat hadiah ini. Jadi semalam terbukti sangkaan saya itu salah. hehehe... Di sini saya sertakan bukti sekali..hehe...





Betulkan? Saya tak tipu punya...hehe...Kebetulan semalam mahu ke klinik dan semasa mahu parking kereta, saya gores la dulu kupon ni supaya tidak akan di saman. Sebabnya sebelum ini saya pernah di saman pun. huhu..Melayang RM30...

Tapi perasaan gembira itu sekejap sahaja. Lepas tu sakit kat tekak sebab tercekik tulang ikan 3 tahun yang lepas terasa balik. huhu...Apabila masuk dalam klinik, doktor handsome yang bertugas itu kata equipment kat klinik tidak mencukupi, sudahnya doktor pun keluarkan surat referred to ENT specialist. Doktor refer to specialist pun sebab ING akan cover but must have referred letter from panel clinic baru boleh pergi to specialist. Kalau tiada referred letter ini,tidak boleh sesuka hati nak pergi specialist tau. Sudahnya kena la tahan sakit itu untuk malam ini lagi.

Mesti korang tertanya-tanya apa itu ENT tu kan? Saya pun terpinga-pinga bila Doktor Rusli itu menyatakan perkataan ini pada saya. Saya pun tanya la pada doktor handsome itu ENT tu apa. Boleh tak dia gelakkan saya...Dalam hati, bengang jek..Saya bukannya ambil course medic mana la saya nak tahu. Kalau tanya saya apa itu transistor, kapasitor ke, stick diagram ke, saya tahu la nak jawab. Jahat kan doktor itu. Tidak mengapa, mari abaikan doktor itu dahulu. Berbalik pada maksud ENT itu, ENT itu stand for Ear, Nose & Throat.

Doktor ini refer to Island Hospital Specialist. Bila saya tanyakan location hospital di mana. Dia kata dekat area Bayan Baru, Penang..Saya kata ok la..kalau area itu saya tahu jalan. Sampai di rumah saya mula la ber'google map. Untuk pastikan dahulu hospital ini terletak dimana. Tahu tak Island Hospital itu bukannya kat area Bayan Baru tapi kat area Pulau Tikus dah masuk Georgtown dah. Mana la saya tahu jalan. Sudah la kena pergi seorang diri, tak ke mati kutu saya nak mencari jalan. Saya pun bukannya jenis yang sukakan cabaran.

Akhirnya saya ambil keputusan untuk ke Hospital Pantai Mutiara yang terletak betul-betul di sebelah Giant. Itupun setelah memastikan dahulu dengan ING yang hospital ini adakah panel untuk ING. Nasib baik mereka kata ya. Dan sekali lagi saya bernasib baik apabila semua kos untuk specialist itu akan tanggung oleh ING. Wah bestnye..Sudah lama saya menanggung sakit ini..hehe..Hoooreeyyy...Saya boleh amik MC di hari Jumaat. hehe..

Nota: Entri ini sebenarnya untuk semalam tetapi baru hari ini ada kesempatan untuk siapkannya.

Wednesday, June 10, 2009

Lapar lagi daa.....

Assalamualaikum wbt

Sekarang ini saya cepat betul terasa lapar. Kenapa ek?
Padahal baru sahaja lepas makan tengah hari ni tapi masih lagi terasa lapar.
Apakah sebabnya ye... huhuhu...
Mulut ni rasa macam nak menguyah sahaja. Nak sumbat apa ni? huhu...

Thursday, June 4, 2009

Oh my heart

Assalamualaikum wbt

Hati yang sedang bergembira ada penyebabnya,
Adakah disebabkan hati itu bahagia dengan kehidupannya sekarang?
Atau adakah hati itu gembira kerana sudah memperolehi sesuatu yang di ingininya?
Atau hati itu sedang gembira melihat orang lain hidup dalam keadaan baik dan bahagia,
Atau adakah dia terlalu bahagia dengan kenikmatan yang di beri oleh Allah SWT,
Atau adakah hatinya sudah jatuh cinta kepada Allah SWT,

Hati yang tenang pula,
Hati yang di dalamnya ditanam benih-benih cinta terhadap Allah SWT,
Hati yang selalu mengingati Allah SWT,
Hati itu sentiasa mengingati Allah SWT tidak kira waktu,
Hati itu sentiasa mengingati Allah SWT pada setiap masa,
Tetapi ini susah untuk di capai sekiranya kita selalu lalai,
Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sehinggakan tiada masa untuk mengingati Allah SWT,

Hati yang gundah gulana,
Atau mungkinkah di sebabkan oleh hati yang sentiasa memikirkan urusan dunia,
Sentiasa memikirkan bagaimana mahu mencapai sesuatu impian dengan jalan yang mudah,
Sentiasa memikirkan hal-hal yang bukan,
Memikirkan kejahatan dan dosa-dosa yang lepas,
Mungkinkah hati ini memikirkan kesemua balasan yang akan di terima bagi setiap dosanya kelak?
Hati ini akan susah untuk menjadi tenang,
Apabila di hatinya langsung tiada perasaan cinta kepada Allah SWT.

Hati yang sedih,
Mungkinkah kerana hati ini kehilangan seseorang yang di sayangi?
Atau mungkinkah impian dan cita-citanya terkubur begitu sahaja?
Atau mungkinkah hati ini sedih memikirkan dosa-dosa nya yang lepas yang mungkin tidak akan diampunkan oleh Allah SWT,
Atau mungkinkah hatinya sedih kerana melihat umat Islam sekarang sudah jauh terpesong,
Atau mungkinkah ia sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa dalam menegakkan syiar Islam dengan lebih tegas dan ikhlas,

Hati yang sudah terluka
Hati ini susah untuk di ubati,
Adakah kerana orang yang di cintai menyakitinya?
Mungkinkah seseorang yang rapat dengannya mengeluarkan kata-kata yang menusuk di kalbu,
Mungkinkah hati ini terasa di atas perbuatan seseorang terhadapnya,
Mungkinkah hati ini terluka melihat kemaksiatan yang berleluasa di masa kini,
Mungkinkah ia terluka kerana tidak menyangka umat Islam sekarang sudah tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya,
Mungkinkah ia terluka di atas perbuatan orang-orang kafir durjana yang sentiasa ingin menjatuhkan umat Islam,

Biar apa pun perasaan hati kita pada waktu, ketika dan saat ini, kembalikanlah semuanya kepada Allah SWT. Semua ini adalah miliknya. Kita ini ibarat peminjam yang di beri amanah untuk menjaga semuanya supaya sentiasa berada di dalam keadaan baik. Ikhlaskanla segala setiap perbuatan kita hanya untuk Allah SWT.

Tuesday, May 26, 2009

Niat dihati begitu rupa-rupanya begini

Assalamualaikum wbt

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini kan. Ini bukan di sebabkan situasi saya yang agak sibuk tetapi sejak kebelakangan ini malas sekali mahu menaip. Hari ini mood untuk menaip lagi sudah timbul kembali.

Kali ini saya ingin membicarakan isu tentang anak. Atau dengan kata lain saya lebih ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi semalam dari program Ar-Rayyan di Astro-TV channel 106. Secara kebetulan menontonnya kerana saya menunggu waktu siaran Azan dan kebetulan ketika itu sedang menikmati hidangan berbuka puasa, maka saya tidak mengubah siarannya selepas azan habis berkumandang. Di biarkan sahaja Ustazah Fatimah itu melontarkan hujah-hujahnya.

Perlu di ingatkan, bukan niat di hati untuk menuding jari pada sesiapa tetapi saya lebih suka berkongsi ilmu yang saya perolehi kepada orang lain. Jadi saya berharap jangan jadikan entri ini untuk anda terasa hati ke, pape ke tetapi jadikanlah ia sebagai sempadan untuk memperbaiki diri. Tidak semua orang di dunia ini adalah sempurna semuanya di lahirkan dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing. No body perfect in this world only our Prophet SAW yang maksum. Begitu juga saya yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi walaupun begitu janganla jadikan ini sebagai alasan untuk anda melakukan kesalahan yang sama pada setiap kali maka perbaiki la diri kita dengan lebih baik dari sehari ke sehari.

Bagi saya ilmu ini sangat bagus untuk di kongsi dan sebagai pengetahuan untuk kita semua. Terutama kepada mereka yang sudah berkahwin atau yang akan berkahwin atau kapada pasangan yang masih menunggu kelahiran puteri/putera sulungya atau mereka yang menunggu kelahiran anak yang seterusnya. Sebelum ini pun saya tidak menyedarinya tetapi semalam selepas di utarakan oleh Ustazah Fatimah ini saya tersedar sekejap. Walaupun mulut sedang menguyah makanan dan telinga mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ustazah tersebut, otak saya ligat memikirkan dalam-dalam makna dari kata-kata ustazah tersebut. Akhirnya otak saya membuat kesimpulan, ada kebenarannya.

Dalam program tersebut di jemput sepasang suami isteri. Saya lupa nama pasangan tersebut. Ustazah pun memulakan bicaranya dengan menanya latar belakang perkahwinan mereka.

Selepas itu Ustazah itu bertanya soalan pada suami: Apakah niat anda untuk memiliki anak selepas berkahwin?

Si suami menjawab: Adalah untuk kebahagian rumah tangga dan penyambung zuriat.

Saya pasti anda pun akan menjawab seperti sang suami tadi kan? Sudah semestinya itula jawapan kita bila soalan seperti ini di ajukan. Saya pun pasti akan menjawab seperti sang suami ini. Pada fikiran saya ketika itu betullah apa yang di katakan olah sang suami. Tetapi rupa-rupanya di sangkal oleh Ustazah tersebut. Saya terkejut sebentar. Saya terus mengalih perhatian dari makanan yang di hidang di atas meja kepada ucapan Ustazah ini di hadapan kaca TV. Bersungguh-sungguh ingin mendengar penjelasan dari Ustazah Fatimah ini.

Ustazah ini memberi komen bahawa sebenarnya niat itu sudah salah. Komennya, jika kita mati ada 3 benda yang akan kita bawa bersama ke kubur. Salah satunya ialah doa anak yang soleh. Maka sepatutnya dan seharusnya itula niat kita untuk memiliki anak. Berniatla, "saya ingin memiliki anak supaya ia dapat menjadi anak yang soleh dan seorang muslim yang sejati". Ada yang berniat dengan adanya anak sebagai pelengkap rumahtangga yang di bina. Tidak kurang ada juga berniat menunjuk-nunjuk atau membuktikan yang dia subur dan tidak mandul dengan adanya anak. Niat ini sudah salah. Jika kita berniat untuk memperolehi anak semata-mata hanya untuk kebahagian di dunia tetapi tidak kebahagian di akhirat kelak adalah malang bagi kita. Jika boleh biarlah niat kita untuk memiliki anak, adalah supaya mereka menjadi generasi yang mewarisi jati diri agama Islam yang sebenar supaya agama suci ini dapat dikembangkan dan diteruskan sepanjang zaman sehingga hari kiamat menjelang tiba. Warisan ini harus diperpanjangkan supaya kelak bila kita tiada lagi di muka bumi ini, agama Islam sentiasa wujud di muka bumi ini.

Ustazah ini ada melontarkan satu hadis tapi saya tidak sempat untuk menyalinnya. Kenyataannya membuatkan saya terfikir sejenak dan bagi pendapat saya, ia ada kebenarannya. Memang semua orang menginginkan anak hanyalah sebagai pelengkap rumahtangga, saya sendiri pun berfikir begitu dan tidak saya ketahui niat ini sudah salah sebenarnya. Honestly, saya pun berfikir untuk mempunyai anak adalah sebagai pengikat kasih sayang antara saya dan suami tetapi rupa-rupanya niat saya itu sudah salah. Bagi pendapat saya lagi, biarlah niat untuk segala perbuatan yang kita lakukan hanyalah untuk Allah SWT semata-mata bukan untuk kepentingan diri sendiri. Begitu juga dengan perbuatan sehari-hari yang kita lakukan, niatkanlah hanya kerana Allah SWT semata-mata. Seperti contoh bila melangkah keluar rumah untuk pergi bekerja, niatkan la untuk mengerjakan ibadah untuk mencari nafkah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. InsyaAllah rezeki yang kita perolehi akan menjadi berkat.

Dengan adanya doa anak yang soleh, InsyaAllah boleh menyelamatkan kita kelak tetapi malanglah bagi siapa yang tidak memilikinya. Dan untuk mendapatkan anak yang soleh juga adalah sesuatu yang susah di capai jika tidak di sertai dengan usaha yang keras dan berterusan. Sememangnya sudah di ketahui umum, Iman tidak boleh di warisi dari seorang ayah/ibu kepada anaknya melainkan ia mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. Iman itupun datangya dari Allah SWT sahaja, hanya dia yang boleh memberi petunjuk dan hidayahnya. Kita hanyalah sebagai pendorong untuk individu/anak itu menyedarinya dan menyerap nilai-nilai Islam itu dalam diri seseorang.

Seperti kata orang, anak itu di ibarat kain putih yang bersih. Kita la yang akan mencorakkannya. Jika di corakkan hitam maka akan hitamla ia, jika diberikan warna merah maka akan merahla dia. Tangunggjawab seorang ibu/ayah itu sangatlah besar bukan hanya setakat untuk membesarkannya tetapi pengajaran ilmu yang kita berikan kepadanya pun amat penting. Semua itu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kelak ke atas kita. Selama ini kita banyak berpegang kepada amalan dan tafsiran yang sudah terpesong. Sebelum terlambat marilah kita mengubahnya supaya amalan yang terpesong ini tidak lagi di warisi oleh generasi yang akan datang. Kita la yang bertanggungjawab untuk mengubahnya. Kita mampu mengubahnya.

Disamping itu, sentiasala memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya kita di kurniakan anak yang soleh dan solehah. Di sini saya ingin berkongsi sedikit cara-cara bagaimana untuk mendapat anak yang soleh atau anak yang kita perolehi akan mendapat berkat dan keredhaan Allah SWT..InsyaAllah..Amalan ini di kongsi oleh suami, katanya ia adalah amalan dari Nabi kita Muhammad SAW. Iaitu sebelum suami isteri itu bersatu di sunatkan mengambil wuduk terlebih dahulu, membaca doa khusus dan suami memberikan salam kepada isteri dahulu. InsyaAllah, jika Allah SWT mengizinkannya, akan tercapaila impian kita.

Ustazah ini juga ada memberi peringatan. Jika sesuatu impian yang kita inginkan tidak tercapai atau dengan kata lain kita masih tidak mendapatkannya walaupun sudah berusaha, bermakna Allah SWT masih tidak mengizinkannnya. Atau sebabnya kita masih ada dosa atau kesalahan kepada Allah SWT, yang tidak selesai atau tidak dapat maafkan oleh Allah SWT. Maka imbas la kembali masa kebelakang atau kehadapan kita, adakah kita ada melakukan dosa yang tidak kita sedari. Jadi cepat-cepatla meminta ampun kepada Allah SWT dengan sebayak-banyaknya. InsyaAllah..Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Peyanyang. Anggapla semua ini ujian dari-Nya yang hanya ingin melihat sama ada kita dapat bersabar dengan apa yang menimpa pada diri kita. Sesungguhnya Allah SWT itu sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Ibu buat Pn Jumliyeh

Assalamualaikum wbt

Walaupun rasanya sudah terlambat untuk saya mengucapkan Hari Ibu untuk Mak saya. Tapi saya tetap mahu mengucapkannya juga, dengan harapan Mak akan membacanya nanti (Mak mesti baca tau..hehe..). Selamat Hari Ibu untuk Mak saya iaitu Jumliyeh binti Wadar. Saya sayang Mak. Ida minta maaf kerana Ida tidak pandai mahu mengucapkan secara bersua muka dengan Mak.

Mak banyak berjasa kepada kami adik-beradik. Ida masih ingat lagi, bila Mak terpaksa kerja siang dan malam hanya untuk membesarkan kami 5 beradik. Mak begitu kuat semangat membesarkan kami semua walaupun tanpa suami disisi. Ida akan ingat selalu dan sentiasa dalam ingatan sampai sekarang dan kenangan itu tidak akan hilang untuk selama-lamanya.

Ida tidak ingat kenangan manis ketika kecil tetapi memori yang paling Ida ingat bila Bapa dah mula menunjukkan belangnya dan selepas Mak bercerai dengan Bapa. Seingat Ida kenangan ketika kecil bersama Bapa semuanya seperti hilang. Seperti di padam semua memori itu dalam kepala. Yang tinggal hanyalah kenangan sedih. Kenangan yang tinggal hanyalah kenangan bila Mak membesarkan kami adik beradik seorang diri. Seingat Ida kenangan manis hanyalah sedikit jika nak di bandingkan dengan kenangan sedih.

Di waktu siang Mak bekerja membersihkan ofis, bukan satu tetapi lebih dari 2 ofis. Mak sanggup berjalan kaki jauh walaupun lokasi ofis itu terlalu jauh. Bagi Mak rezeki ada di mana-mana asalkan kita sanggup untuk berusaha. Mak sanggup membuat kerja-kerja seperti ini asalkan ia adalah rezeki yang halal. Mak sanggup bersihkan toilet ofis orang tiap-tiap hari asalkan anak-anak Mak makan dari rezeki yang halal. Mak tak kisah orang panggil Mak, Makcik cleaner dan adakalanya mereka memandang Mak dengan pandangan hina, Mak tidak peduli asalkan suapan yang anak Mak terima adalah dari sumber yang halal. Di sebabkan pekerjaan Mak ini, Ida tidak pernah pun sesekali memandang rendah pada cleaner. Bagi Ida mereka lebih mulia kerana sanggup bergelumang dengan benda-benda kotor asalkan ianya rezeki yang halal.

Selepas balik bekerja pukul 5 petang, Mak menyambung lagi bekerja dengan mengambil upah mencucuk sate. Kadang kala Mak mencucuk sate sehingga pukul 12 malam. Mak langsung tiada masa rehat. Disebabkan rasa kesian melihat Mak, Ida sanggup menolong Mak mengambil upah mencucuk sate sampai ke malam, bagi meringankan beban Mak. Walaupun Ida tidak dapat bermain seperti rakan-rakan yang sebaya dengan Ida. Walaupun kadang kala Ida selalu di marah oleh cikgu kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi dan ada kalanya Ida terpaksa meniru kerja kawan-kawan. Walaupun kadang kala Ida selalu di tegur oleh kawan-kawan dan cikgu di sekolah kerana asyik tidur di sekolah. Itu semua tidak penting bagi Ida, yang penting Mak tidak pening kepala setiap bulan memikirkan duit yang tidak cukup.

Di waktu Ida menongkah masuk SPM, Mak selalu menjadi peneman Ida untuk belajar di waktu malam selepas habis mencucuk sate. Mak tidur di ruang tamu tiap-tiap hari hanya dengan beralaskan tikar semata-mata untuk meneman Ida menelaah pelajaran di sisi Mak. Mak pun sudah sedia maklum dengan sifat penakut anak Mak ini seorang. Ida bertambah semangat untuk belajar bila Mak sanggup meneman Ida belajar.

Ida masih ingat lagi bila Mak ada membelikan ayam brands untuk Ida ketika masih SPM. Mak kata ini bagus untuk kuatkan ingatan. Ida tahu walaupun Mak tiada duit Mak sanggup juga untuk membelikannya, asalkan anak Mak rajin belajar. Di sebabkan keadaan kita yang susah dulu, Ida nekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya untuk membalas jasa Mak.

Bila Saip di masukkan ke hospital akibat athma. Mak sanggup berulang alik dari ofis ke hospital dan ada kalanya Mak bermalam di hospital. Mak sanggup bersengkang mata menjaga kami, asalkan anak-anak Mak semuanya sihat. Ida masih ingat, ada sekali raya. Mak sanggup tiada baju baru langsung asalkan anak-anak Mak ada baju baru. Ida masih ingat semuanya. Pengorbanan mak terlalu banyak dan berharga buat Ida.

Dulu Ida dan adik-adik yang lain banyak menyusahkan Mak. Mak selalu pening kepala dan marah-marah pada kami. Ini mungkin di sebabkan kami masih tidak matang. Dulu Ida suka memberontak bila Mak marah kan. Ida selalu merajuk bila Mak mula menyalahkan Ida bila Ida gaduh dengan adik-adik. Ida minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut. Dulu Ida tak memahami perasaan tension Mak yang terpaksa membesarkan kami 5 beradik seorang diri. Maafkan Ida ye Mak. Sekarang Ida baru faham dan sedar.

Bila ingat balik, walaupun dulu kita hidup susah tetapi Ida masih bersyukur Mak masih hidup dan masih ada di sisi. Dulu bila Ida terasa sedih dengan kehidupan kita, Ida cepat-cepat fikirkan kehidupan orang yang yatim piatu. Sekurang-kurang nya Ida masih ada Mak walaupun kita hidup susah.

Bila kawan-kawan dapat beli baju yang Ida idamkan, Ida mesti rasa sedih. Ida tidak berani untuk memintanya dengan Mak. Bila kawan-kawan dapat pergi tuisyen untuk semua mata pelajaran SPM, Ida akan rasa sedih sebab Ida hanya mampu dapat pergi 3 subjek sahaja itupun di bayar atas hasil upah Ida mencucuk sate. Ida tidak kisah semua itu asalkan Mak masih di sisi. Ida bernasib baik dapat Mak yang baik dan penyayang seperti Mak. Walau macam mana pun susah kita dulu, Ida masih sayang Mak dan bersyukur-syukur sangat-sangat Mak masih di sisi Ida.

Bila kenangan lama mula singgah di fikiran Ida akan mula menangis. Ketika menaip entri ini pun Ida keluar air mata. Terpaksa di tahan, jika tidak orang sebelah akan nampak. hehe...

Ida sayang Mak. Mak la orang yang paling best, cool, baik dan penyayang yang Ida pernah jumpa. Mmmuaahhh..sayang Mak..

Nota 1 : Mak mesti baca tau..apa guna mama bayar streamyx tiap-tiap bulan..hehe..

Nota 2 : Ani, Mina..kalau kamu masih tidak sedar lagi pengorbanan Mak, tak tahu la nak kata apa dengan kamu ni. Selalu sahaja melawan cakap Mak. Kalau Mak sudah tiada di sisi baru kamu nak sedar ye.

Nota 3: Dengan nada berlagak, aku kan anak kesayangan Mak..hahahah :P kamu jangan jeolous ye Ani..haha.. :P Sekarang perasan tak, Mak selalu menangkan kakak kan dari korang..haha..betul tak. kalau korang nak tahu, dulu masa kat rumah Ampang, mak selalu belikan aku coklat foreror rocher tapi aku makan nyorok-nyorok dalam bilik sorang-sorang..xnk bg kat korang..muahaha..korang mesti jeolous kan..hahaha..

Thursday, May 14, 2009

Semangat yang belum pulih

Assalamualaikum wbt

Sejak kebelakangan ini, saya tiada semangat untuk membuat kerja. Rasa begitu payah sangat mahu memulakannya. Jika ada kerja yang penting dan perlu di segerakan baru la kelam kabut mahu menyiapkannya. Kadangkala suka melakukan kerja di waktu-waktu akhir. Adakah ini akibat sudah hampir 2 bulan saya tidak menerima tugasan apa-apa.

Tugasan yang diterima hanyalah lebih kepada research, testing dan pioneering jek. huh..saya tidak berapa menggemari tugasan seperti ini. Saya lebih gemar membuat physical layout yang sebenar. Fix drc atau trc error ke. Sambung signal ke. Implement ECO changes ke. Cleankan fuballor2 ke. Cleankan RV ke. Saya mahukan kerja yang begini. huhu..

Hati ini seperti berat sangat mahu membuat sesuatu kerja. Hati ini lebih gemar melayari internet atau membaca blog orang. Apakah yang harus saya lakukan untuk memulihkan semangat kerja saya? huhu..

Jika banyak kerja merungut tiada masa rehat dan sekarang bila tiada kerja merungut bosan pula. Ini la lumrah dan naturality sifat manusia. Yang tidak pernah puas dan cukup. Apakah yang harus saya lakukan?

Jika dulu hati berkeras, selepas habis belajar mahu terus bekerja dan di ketepikan dulu niat dihati untuk menyambung pengajian bila di ingatkan keadaan kewangan keluarga yang tidak mengizinkan. Tetapi sekarang rasa seperti mahu berhenti kerja. Seperti mahu menyambung pengajian. Seperti mahu menjadi suri rumah sepanjang masa. Boleh ke abang? hehe.. Sekurang-kurangnya ayang boleh beri abang anak seberapa banyak yang abang mahukan dan jaga anak-anak abang dengan lebih baik dan prihatin. Sekurang-kurangnya ayang boleh jadi isteri solehah. Sekurang-kurangnya abang boleh nampak muka ayang setiap masa dan saat. Sekurang-kurangnya ayang boleh masakkan lauk tengah hari untuk abang makan. Sekurang-kurangnya bila abang balik kerja sudah ada orang sediakan air untuk abang di rumah. hehe..Boleh la ye sayang. (Tulis macam suami baca je blog ini..haha..)

Rasa malas sekali mahu bekerja ditambah dengan keadaan yang berjauhan dari suami dan keluarga, lagi menambah perasaan bosan mahu bekerja. Bolehkah saya survive walaupun tidak bekerja? huhu..Jawapan nya pasti la tidak. Sekarang semuanya memerlukan sekeping kertas yang di panggil wang. Semuanya mahukan duit. Dengan duit boleh buat orang merana dan gila jika tidak pandai menguruskannya. Nak sambung pengajian pun memerlukan duit. Tidak seperti di Tanah Arab, semuanya pengajian di tanggung oleh kerajaan. Semuanya free, tiada pinjaman k.

huhuhu...Inilah akibatnya jika terlalu mementingkan hal duniawi. Susahnya la hidup begini. Ada alam lain yang boleh saya pergi dan tinggal tak? huhu.. yang jauh dari segala-galanya kecuali ada suami saya di sisi. haha...Nak juga bawa suami sekali. :) Kalau P.Ramlee kata, "Siapa tak sayang bini oii". Saya pula nak kata "Siapa tak sayang laki oii" haha...

Nota: jom makan kuih pagi tadi nak tak? hehe..

Malapetaka menimpa ummah jika kemungkaran berleluasa

Assalamualaikum wbt

SALIM mendengar Abu Hurairah menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj. Seorang sahabat bertanya: Apakah haraj itu ya Rasulullah? Jawab Baginda: Begini! (Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang membimbangkan. Ramai orang seolah-olah sudah lupa pada akhirat.

Pelaku kejahatan bukan daripada kalangan dewasa saja, namun anak belum dewasa, ibu, bahkan orang sudah lanjut umur juga terbabit. Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius umat Islam kerana Allah akan menimpakan bala dan laknat yang dahsyat disebabkan maksiat dilakukannya kerana ia akan menimpa seluruh manusia.

Apa yang dinyatakan Rasul SAW dalam hadis Baginda sudah pun berlaku dalam realiti kehidupan kita hari ini. Ilmu sudah diangkat atau disisihkan. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka pada hari akhirat kelak. Ulama yang takut kepada Allah, memuliakan sifat zuhud juga semakin berkurangan.

Oleh itu, bagi menghadapi situasi akhir zaman ini, umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak terjatuh dalam kemungkaran. Benteng pertahanan akidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya.

Di samping itu, konsep amar makruf nahi mungkar harus diterapkan. Begitu juga konsep untuk saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran.

Daripada Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata: “(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda: La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini sudah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini, dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang yang salih? Lalu Nabi SAW bersabda: Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.” (Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menerangkan bahawa apabila ada di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.

Tidak hanya kepada orang jahat saja, tetapi orang yang salih juga akan dibinasakan meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi, maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan saja akan menimpa orang melakukan kemungkaran dan kejahatan, tetapi juga semua penduduk di tempat itu.

Sebelum ini saya pernah terbaca hadis tentang ini dan suami pun pernah membacakan hadis seperti ini pada saya. Ketika membacanya perasaan takut itu datang. Seperti biasa lumrah manusia yang selalu lupa. Bila di beri peringatan, dia akan melupainya dan melakukan lagi kesalahan yang sama, maka seharusnya mereka selalu di beri peringatan selalu pada setiap masa dan saat. Kawan-kawan beringat la. Jika kita melihat situasi sekarang, kejahatan dan kemaksiatan sudah pun bermaharajalela. Kebaikan susah hendak di temui di zaman sekarang. Begitu juga orang-orang yang soleh yang semakin berkurangan. Cepat-cepatla bertaubat sebelum kita terlambat. Jangan di lengah-lengahkan. Ketibaan hari itu tidak menunggu kita.

Nota: sumber dari berita harian bertarikh 14 Mei 2009

Wednesday, May 13, 2009

Urusan pentadbiran tidak boleh atasi hukum syarak

Assalamualaikum wbt

Proses, prosedur laksana undang-undang perlu dipermudahkan atasi segera permasalahanKATA kuncinya ialah jangan urusan pentadbiran mengatasi hukum syarak kerana jika ia berlaku, undang-undang Islam akan nampak hodoh. Maknanya, jangan proses dan prosedur melaksanakan undang-undang itu menyusahkan sedangkan keperluan hukum syarak sudah dipenuhi.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, memberikan pandangan itu merujuk kepada sistem penyampaian di agensi agama Islam seperti Majlis Agama Islam dan Mahkamah Syariah yang sepatutnya membantu umat Islam melaksanakan hukum syarak dengan mudah dan berkesan.

Dalam disiplin ilmu Islam, hukum syarak sudah termaktub dalam al-Quran dan hadis, maka apabila datang bentuk perundangan moden menjadikan ia disusun semula, hendaklah dipastikan siasah tidak mengatasi syarak.

Malangnya, apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya menyebabkan pemandangan di agensi agama gagal menggambarkan keindahan Islam sebenar malah, ada kala seakan menampakkan hukum syarak itu tidak berlaku adil.

Ambil contoh, talak sudah dilafazkan dan suami mengaku melafazkan talak disokong perakuan isteri berserta saksi. Bagi kes seperti itu, seharusnya saja hakim memutuskan talak sudah jatuh dengan serta-merta dan mahkamah memberikan perakuan perceraian. Sementara Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama dengan serta merta boleh memproses permohonan kahwin baru bagi pasangan yang memohon pada masa sama.

Tetapi, jika hakim memerintahkan supaya suami melafazkan talak sekali lagi, itu adalah gambaran bahawa hukum syarak sudah diatasi oleh pentadbiran.

Begitu juga kes perebutan anak (hadanah) kerana jelas dalam syarak anak yang belum akil baligh adalah hak ibunya tetapi disebabkan proses yang lama di mahkamah menyebabkan anak itu kehilangan kasih sayang ibu bapa. Ini juga contoh pentadbiran mengatasi kehendak syarak.

Lebih ketara, proses permohonan berkahwin yang sepatutnya mudah menjadi sukar gara-gara sistem penyampaian tidak berkesan. Contohnya, orang nak kahwin, wali ada, saksi ada, pasangan ada, tiba-tiba borang salah isi. Hanya disebabkan borang salah isi, kita menganggap perkahwinan itu perlu ditangguhkan sedangkan keperluan syarak sudah selesai. Urusan pentadbiran tidak boleh mengatasi urusan hukum, jangan nanti pentadbiran menyebabkan hukum syarak gagal atau terhalang untuk dilaksanakan.

Kelemahan sistem penyampaian dan hilang fokus pada matlamat menegakkan hukum syarak dibangkitkan Dr Juanda sebagai reaksi terhadap perkembangan dalam masyarakat Islam hari ini. Mengaitkan secara langsung dengan kes membabitkan Mahkamah Syariah, beliau berkata, akibat meletakkan pentadbiran mengatasi syarak menyebabkan berlakunya kes tertunggak dan kes berlarutan sedangkan ia boleh diselesaikan segera.

Katanya, perundangan syarak di negara ini sudah cukup lengkap dan sempurna begitu juga usaha kerajaan mengemaskini pentadbiran pengurusan di Mahkamah Syariah supaya soal menguruskan hukum syarak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Jadi kenapa sering timbul isu pelaksanaan. Ini penting untuk dilihat kerana struktur yang dibentuk sudah sempurna. Jika ada aduan, ia menimbulkan pertanyaan di mana kelemahannya. Perlu lihat semula apa tujuan undang-undang digubal," katanya.

Beliau berkata, hakim hanyalah pemudah cara yang melaksanakan kehendak Islam dan memastikan setiap pihak mendapat hak mereka, bukan menentukan lelaki (suami) atau wanita (isteri) bersalah, kerana ia pertikaian membabitkan isu rumah tangga. Justeru, jika ada pihak mengambil sikap sambil lewa atau dengan sengaja melambat-lambatkan penyelesaian kes, kuasa memutuskan hak pihak satu lagi boleh ditentukan oleh hakim bagi mengelak berlakunya penganiayaan.

"Jika salah satu pihak yang dipanggil tidak datang semata-mata untuk melewatkan kes, hakim patut memutuskan hak pihak satu lagi. Saya cadangkan ketidakhadiran di mahkamah tidak boleh lebih tiga kali. Selepas dua kali panggil tidak datang, hakim hendaklah putuskan. Ini membabitkan pihak satu lagi dan pihak yang tidak datang jelas tidak mahu menjaga kepentingan serta memudaratkan pihak satu lagi itu. Penekanan saya ialah jika kita tidak laksanakan hak, Allah akan murka dan agama kita nampak hodoh," katanya.

Katanya, apabila mengikut hukum syarak talak sudah jelas jatuh tetapi disebabkan mahkamah belum mengesahkan, ia seolah memperlihatkan undang-undang yang ada adalah undang-undang yang lucu. Hakikatnya ialah suami sudah tidak suka dengan isteri dan isteri juga tidak mahu kepada suami tetapi jika suami hendak berkahwin lagi terpaksa memohon untuk berpoligami memandangkan kes cerai belum selesai. Malah, isteri yang mungkin sudah tiga kali suci selepas talak mengikut hukum syarak jatuh juga tidak boleh berkahwin lain.

Keadaan itu sebenarnya mendera kedua-dua pihak yang ternyata haram dari sisi syarak. Beliau turut menekankan hak wanita untuk menceraikan yang sudah diberi syarak dan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam negara ini, isteri mempunyai hampir lebih 30 alasan menceraikan atau membubarkan perkahwinan dengan suami di mahkamah tetapi malangnya ia jarang atau hampir tidak berlaku.

Hak tebus talak, memfasakhkan perkahwinan jika suami tidak beri nafkah, berlaku darar (jika suami didapati mendatangkan mudarat kepada isteri). Semua itu memberi hak isteri membubarkan perkahwinan tetapi apa yang terdengar, penderaan terhadap isteri walaupun hak mereka sudah dijaga agama.

Dr Juanda berkata, kenyataan itu bukan hendak menggalakkan orang bercerai tetapi ini adalah jalan penyelesaian syarak tetapi disebabkan kurang faham perkara seperti itu, keadilan tidak dapat ditegakkan, malah hukuman nampak tidak adil.

Menjurus kepada isu kes perceraian yang kian mendapat perhatian masyarakat apabila banyak pertikaian bukan saja dibicarakan di Mahkamah Syariah tetapi juga di media secara terbuka, beliau mencadangkan kes perceraian diputuskan dalam kamar hakim. Kerana dalam kamar hakim juga sudah memenuhi keperluan keadilan perbicaraan di Mahkamah terbuka.

Alasannya, selain memudahkan proses ia juga sebagai cara melindungi aib pasangan yang sedang berusaha menyelesaikan masalah rumah tangga kerana mungkin ada alasan diberi nanti akan memalukan pihak bertelingkah. Lagipun katanya, tidak ada peraturan yang mewajibkan atau mengatakan bahawa perceraian hanya sah di mahkamah terbuka malah, di Mahkamah Sivil pun ada amalan perceraian dilakukan dalam kamar hakim. Oleh itu, sewajarnya pengesahan cerai dilakukan dalam kamar hakim yang dihadiri pihak berkenaan saja.

"Rasulullah SAW memerintahkan kita menutup aib seseorang Muslim. Apabila perceraian berlarutan dan masuk dalam media, ia mendedahkan aib pelaku dan aib kepada orang Islam juga. Kita tidak boleh salahkan media jika pelaku sendiri buka mulut. Sebab itu mesti ada tindakan yang patut," katanya.

Katanya, statistik menunjukkan peningkatan kes perceraian juga tidak sepatutnya menimbulkan persepsi bahawa masyarakat kita bermasalah kerana ia bukan penanda aras yang tepat menggambarkan situasi kehidupan kekeluargaan. Memang talak adalah perkara dibenci Allah tetapi ia dihalalkan sebagai jalan penyelesaian kerana sahabat Rasulullah SAW yang juga insan mulia dan dijanjikan syurga dulu ramai bercerai.

Talak dibenci Allah jika ia disalahgunakan tetapi jika penggunaannya betul demi kepentingan serta kebaikan kedua-dua pihak, tidak benar dikatakan perceraian itu perkara negatif. Beliau berkata, kenapa Perlis memudahkan poligami ialah kerana ramai lelaki yang hendak berpoligami pergi ke negara jiran disebabkan permohonan berkahwin lain ditolak mahkamah. Kemudahan itu juga untuk mengelak mereka ditipu ejen yang mengambil kesempatan. Menghairankan katanya, apabila pasangan bernikah di negara jiran kembali dan memohon pengesahan nikah, mahkamah memperakukan pernikahan itu sebagai sah.

Persoalan kini, kenapa tidak dibuat di negara sendiri, diakui sah dan dimudahkan caranya. Apakah hukum di negara itu berbeza dengan hukum negara kita atau al-Quran di sana berbeza dengan al-Quran kita atau ia menunjukkan pihak di sana lebih cerdik menguruskan hal-ehwal manusia berbanding kita yang mempunyai undang-undang yang sudah lengkap.

Dr Juanda berkata, untuk menampakkan Islam adil dan memberi hak kepada semua pihak, Islam perlu mesra kepada umatnya, mudah dari segi pelaksanaan hukum dan jangan meletakkan pentadbiran mengatasi syarak.

"Saya menyeru pihak berkenaan dan kerajaan memerhatikan perkara ini. Malah, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadot juga sudah membangkitkan isu yang sama. Jadi semua pihak perlu bantu menjaga imej Islam. "Tidak dinafikan banyak sudah dilakukan untuk memartabatkan Mahkamah Syariah tetapi pengukuhan perlu dilakukan membabitkan isu perceraian dan tuntutan lain. Kita mahu orang lihat Islam itu indah dan perjalanan undang-undang memenuhi kehendak syarak," katanya.

INTI PATI:

  • Dalam disiplin ilmu Islam, hukum syarak sudah termaktub dalam al-Quran dan hadis, maka apabila datang bentuk perundangan moden menjadikan ia disusun semula, hendaklah dipastikan siasah tidak mengatasi syarak.
  • Perundangan syarak di negara ini sudah cukup lengkap dan sempurna begitu juga usaha kerajaan mengemaskini pentadbiran pengurusan di Mahkamah Syariah supaya soal menguruskan hukum syarak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  • Hakim hanyalah pemudah cara yang melaksanakan kehendak Islam dan memastikan setiap pihak mendapat hak mereka, bukan menentukan lelaki (suami) atau wanita (isteri) bersalah, kerana ia pertikaian membabitkan isu rumah tangga.
  • Akibat meletakkan pentadbiran mengatasi syarak menyebabkan berlakunya kes tertunggak dan kes berlarutan sedangkan ia boleh diselesaikan segera.

Nota: Artikel ini saya petik dari Berita Harian yang dikarang oleh Hasliza Hassan. Menarik untuk di kongsi.