Assalamualaikum wbt
Sambil memandu kereta hendak ke Intel pagi tadi, saya mendengar radio IKIM. Kebiasaannya saya akan memainkan CD sahaja tapi pagi ini terasa mahu mendengar radio. Seperti kebiasaan di semua radio Malaysia, waktu pagi adalah masa yang diperuntukkan untuk program yang membincangkan topik-topik dan isu semasa dan tidak ketinggalan untuk radio ini juga. Jadi bila program ini bermula pasti akan di buka talian untuk pemanggil melontarkan idea dan pendapat masing-masing.
Manakala di pagi ini radio IKIM membicarakan isu tentang bagaimana mahu menarik minat orang bukan Islam untuk mendengar dan menonton media orang Islam. Kebetulan di waktu saya membuka siaran radio di kereta, adalah waktu untuk pemanggil melontarkan idea-idea mereka yang bernas. Ada seorang pemanggil lelaki yang menelefon dan kebetulan juga, pemanggil tersebut adalah pemanggil yang pertama.
Saya tertarik dan terkesan di hati saya dengan ucapannya yang buat saya terfikir-fikir dan terkenang-kenang sehingga sekarang. Dia memberikan pendapat seperti ini:
Kalau boleh media cuba tonjolkan kepada orang bukan Islam tentang cara kehidupan orang Islam. Dengan cara membuat dialog dengan mereka. Tapi cuba di tonjolkan cara hidup orang Islam yang sebenarnya dan bukan cara hidup orang Melayu. Jika di lihat orang Melayu sekarang tidak mengamalkan langsung cara hidup orang Islam yang sebenarnya.
Ayat yang buat saya terkesan adalah Orang Melayu tidak mengamalkan cara hidup orang Islam. Dalam hati tertanya-tanya betulkah begitu? Sebenarnya DJ di radio itu pun seperti mahu mengakhiri perbualan dengan pemanggil ini secepat mungkin. Mungkinkah DJ tersebut pun tidak berasa selesa dengan kenyataan ini.
Adakah anda rasa kenyataan ini benar? Tepuk dada tanya Iman. Honestly saya pun tak berani nak beri komen tentang kenyataan ini tapi ingin di kongsi bersama anda semua.
Nota: Percakapan lelaki tersebut sudah saya olah untuk menyesuaikan dengan ayat formal untuk karangan ini kerana si pemanggil ini menggunakan bahasa pasar melayu. Tapi bunyi nya lebih kurang sahaja.
No comments:
Post a Comment