Assalamualaikum wbt
Seperti kebiasaan saya akan membaca berita harian online di waktu senggang saya. Kebetulan pula di saat ini saya tidak menyertai kawan-kawan makan tengahari di Ubi, jadi masa rehat saya di isi dengan membaca akhbar online sambil mengupdate blog dan membelek-belek facebook. Tumpuan saya hanya lebih kepada ruangan Dunia, Agama, Hip dan BMDUA. Saya tidak akan menyentuh atau membaca bahagian Nasional. Tidak berminat untuk mengetahuinya.
Menarik minat saya untuk menghasilkan entri ini setelah membaca satu artikel di ruangan Dunia. Di mana tajuknya adalah Nenek Tiri Obama Tolak Anuti Kristian. Sila la baca artikel ini pada link tersebut. Apa perasaan anda selepas membacanya? Anda juga akan merasa seperti saya. Geram, marah dan kecewa. Dalam masa yang sama juga saya berbangga dengan Nenek tersebut kerana masih teguh mempertahankan Imannya.
Nenek tersebut bernama mama sarah. Di sini saya sertakan sedikit petikan dari artikel tersebut:
Sebuah gereja Kenya cuba membawa nenek tiri Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menganuti agama Kristian, cubaan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam negara itu yang mendesak kerajaan menghalang usaha berkenaan.
Gereja Seventh Day Adventist di bandar Kisumu di barat Kenya bercadang menjadikan Mama Sarah, 87, seorang Kristian dalam satu majlis besar-besaran, Sabtu lalu. Bagaimanapun, cubaan itu terhalang apabila Sarah, seorang Muslim, terkejut dan menolak jemputan ke majlis berkenaan.
“Apabila saya dengar ada rancangan menjadikan saya penganut Kristian, saya menolak,” katanya kepada akhbar The Standard.
Lihatla ini juga salah satu modus operandi orang bukan Islam untuk menjatuhkan orang Islam. Ini hanya satu yang di dedahkan kepada umum, belum lagi di luar sana yang masih banyak yang tidak di dedahkan kepada umum. Jangan ingat hanya ini satu sahaja kejadian seperti ini, sebenarnya di luar sana masih banyak lagi dan ada bermacam cara dan kaedah modus operandi orang jahil ini untuk menyesatkan umat Islam. Berhati-hatila wahai umat Islam semua. Jangan jatuh dan terpedaya kepada muslihat mereka.
Obama, adalah anak kepada lelaki kulit hitam Islam Kenya dan wanita kulit putih Amerika.
Ayat di atas saya petik dari artikel tersebut. Obama juga mempunyai darah dan keturunan orang Islam. Tetapi sayangnya dia bukan penganut Islam. Dan adakah anda rasa di akan menolong dan membantu umat yang seagama dengan ayahnya di Palestin? Mungkinkah ini akan terjadi? Sesuatu yang mustahil kan?
Ada satu lagi kejadian yang benar-benar berlaku di Malaysia. Saya membacanya dari akhbar Kosmo pada hari Ahad yang lepas. Di mana bekas penagih dadah lelaki mendapat perlindungan dari Gereja kristian. Ini disebabkan di Malaysia tiada langsung pusat perlindungan berunsurkan Islam yang disediakan untuk penagih dadah lelaki. Yang ada hanya untuk wanita sahaja. Lupa la pula di mana lokasi kejadian ini berlaku. Tetapi ini kejadian yang benar-benar terjadi dan bukan di reka-reka. Seorang bekas penagih tersebut mendedahkan kepada wartawan kosmo, di mana seorang kawannya meninggal di situ. Disebabkan tiada saudara maranya yang menuntut mayatnya. Mayat kawannya di uruskan oleh pengurus gereja tersebut. Dan apa yang buat saya terkejut adalah mayat tersebut tidak di uruskan seperti mayat orang Islam malah di uruskan dengan cara orang kristian. Masya'Alllah.
No comments:
Post a Comment