Assalamualikum wbt
Cepat sahaja masa berlalu kan. Esok sudah masuk bulan 5. Rasa macam baru je lepas tahun 2008. Tup..tup..sekarang sudah pun masuk pertengahan tahun 2009. Ada lagi 7 bulan yang akan datang untuk masuk ke tahun baru. Angka tersebut nampak macam banyak tetapi perasaan orang yang melaluinya rasa seperti sekejap sahaja. Rasa seperti semua perkara yang terjadi baru sahaja berlaku semalam.
Kebetulan pula esok adalah hari pekerja. Selamat Hari Pekerja bagi semua pekerja-pekerja di seluruh pelusuk dunia dan tidak ketinggalan untuk diri saya sendiri juga. Marilah kita sama-sama meraikan hari tersebut di atas penat lelah kita bekerja sepanjang hari. Di Malaysia, hari buruh atau labour day di raikan dengan memberi cuti am kepada semua pekerja. Sebagai menghargai pengorbanan yang di beri. Adakah anda tahu tema hari pekerja untuk tahun ini yang di laungkan oleh kerajaan? Ye ramai yang tidak tahu. Saya pun tidak tahu juga, baru menyedarinya pada pagi ini. hehehe..Tema nya adalah "Keranamu Malaysia Maju".
Masuk hari esok umur saya sudah pun menjangkau 25 tahun. Lagi 3 bulan dari sekarang pula adalah musim umat Islam berpuasa dan menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Sebulan selepasnya pula umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Lagi 2 bulan lagi usia perkahwinan saya dan suami pun sudah masuk tahun kedua. huhu..Cepatnya masa berlalu. Secara tidak sedar semuanya macam berlalu sekelip mata sahaja. Perasaan ini seperti semua kejadian baru sahaja berlaku semalam.
Perasaan takut pun mula menjelma. Timbul rasa khuatir. Hari-hari di rasai cepat sangat berlalu. Hari mula berganti bulan, bulan mula berganti tahun. Aduh cepatnya. Bila kita rasa masa makin cepat berlalu, itu adalah salah satu tanda hari kiamat semakin menghampiri kita. MasyaAllah. SubhanaAllah. Lailahaillah. Allahuakbar. Takutnya. Gerunnya. Adakah kita sudah bersedia untuk menempuhi alam tersebut? Adakah kita sudah mempersiapkan diri kita secukup-cukupnya? Adakah ilmu dan iman di dada sudah cukup untuk menjadi bekal? Adakah bekalan yang kita akan bawa nanti sudah cukup untuk meneruskan perjalanan hari-hari di alam tersebut? Adakah anda yakin semuanya sudah cukup dan sudah dipersiap bagi diri anda? Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Orang lain tidak mampu untuk memberi jawapannya. Tepuk dada tanyalah iman. Jangan tanya selera kerana selera adalah diantara salah satu sifat bagi nafsu.
Jika anda rasa diri anda belum siap, maka cepat-cepatla persiapkan dengan secukup-cukupnya bekalan. Jika anda rasa diri anda masih belum bersedia ke arah itu maka cepat-cepatla mempersiapkan diri untuk membuat persediaan menempuh hari tersebut. Hari itu akan tiba pada bila-bila masa tanpa di jangka. Hari itu akan tiba tanpa diminta. Hari itu akan tiba tanpa menunggu kita malah kita yang akan menunggu hari tersebut. Hanya orang peka yang akan menunggu saat itu akan tiba. Manakala orang jahil tidak akan dapat merasainya dan masih leka dan lalai dengan kehidupan dunia. Tanpa secalit pun rasa bersalah di dalam hati. Tanpa sedikit pun timbul perasaan gerun dan takut malah masih leka pada setiap saat, masa dan ketika.
Jika anda rasa ilmu masih belum penuh di dada. Maka bersegeralah untuk memenuhinya. Jika anda rasa iman masih belum cukup penuh dan tinggi. Maka bersegeralah untuk meninggikannya. Masih belum terlambat untuk melaksanakannya. Ketika masih ada kesempatan maka bersegeralah untuk melengkapinya. Jangan di tangguh-tangguh lagi. Hari itu akan tiba bukan dengan menunggu kesediaan kita. Malah hari tersebut yang sudah tidak sabar-sabar mahu memunculkan dirinya.
Jangan di biar diri kita di buai dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Jangan dibiar diri kita lalai dengan keindahan dunia ini. Jangan di biar diri kita diperangkap oleh semua aksi-aksi di dunia ini. Kita ini hanya ibarat seorang pelakon di atas pentas yang luas dan besar yang melakonkan aksi watak masing-masing yang di saksikan oleh semua penduduk langit. Betapa hinanya diri kita ini. Sedarkanlah diri anda sebelum terlambat. Masih ada masa untuk memperbaikinya. Maka bersegeralah ke arah tersebut sebelum menyesal di kemudian hari. Di waktu dan ketika itu, penyesalan sudah tidak berguna lagi. Penduduk langit tidak akan menghiraukan tangisan dan penyesalan kita pada ketika itu. Segala perbuatan dan kelakuan kita akan di balas secara setimpalnya di hari pembalasan tersebut. Setiap perbuatan yang baik akan di balas dengan baik manakala setiap perbuatan yang buruk akan menerima balasan yang buruk juga. Semuanya akan di bayar tunai atau cash pada saat, masa dan ketika itu. Bersegera la sebelum datangnya 5 perkara kepada kita. Marilah kita sama-sama menuju ke arah itu. Semoga Allah akan merahmatinya dan memberi hidayah dan petunjuknya. Amin.
No comments:
Post a Comment