Wednesday, April 8, 2009

Sistem bank yang teruk

Assalamualaikum wbt

Hari ini betul-betul hari yang teruk bagi saya. Dari pagi sampai ke petang macam-macam hal yang terjadi pada saya yang betul-betul mengecewakan. Betul-betul menguji kesabaran saya. Mungkin ini ujian dari Allah SWT ke atas saya. Untuk melihat sama ada saya dapat menahan kesabaran saya di waktu ketika saya menunaikan ibadah berpuasa ganti. Tetapi saya rasa semua yang berlaku ada hikmahnya. Syukur Alhamdulillah. Jika tidak kerana kejadian hari ini kemungkinan sampai bila-bila saya tidak akan sedar. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Allah SWT lebih mengetahui dari kita insan yang lemah dan tidak berdaya ini. Subhanallah.

Di pagi hari, sewaktu memandu untuk ke tempat kerja, saya kecewa dengan sikap pemandu lain. Langsung tidak bertimbang rasa dan bertolak ansur. Inilah sifat pemandu Malaysia. Suka sangat memotong barisan selepas berhenti di lampu isyarat. Ada juga yang langsung tidak mahu bertolak ansur untuk orang lain memasuki lane yang dipandunya. Bila la mereka akan sedar akan hal ini.

Sampai di ofis pula, buka nota kecil saya hilang pula. Tidak tahu mana saya letakkan. Kebiasaanya saya letakkan di dalam beg laptop saya. Tetapi tidak saya temui pula. Di rumah tiada. Menelefon suami bertanyakan jika tertinggal di sana. Dirumah suami di KL pun tiada juga. Apalagi di ofis, langsung tidak di ketemui. Hari ini baru sedar yang buku nota kecil itu sudah tiada lagi di dalam simpanan beg. Manalah kamu pergi ya. Buku nota itu sangat penting buat saya. Semua password ada di catitkan di dalam nota tersebut. Apalagi saya terus jadi tak tentu arah. Risau dan takut jika ada orang lain yang menjumpainya. Habisla saya. Bukannya semua password yang saya simpan di dalam kepala ini.

Jadinya salah satu internet banking yang selalu gunakan untuk urusan pembayaran bil-bil di block. Ini kerana sudah banyak kali saya key in password yang salah. Satu lagi masalah dan perkara rumit yang saya kena lakukan hari ini. Benda yang paling tidak saya sukai untuk berurusan dengan pihak bank. Saya cuba menelefon pihak bank tetapi di suruhnya saya ke branch bank yang terdekat bagi mereset kembali password tersebut. Akhirnya saya mengambil cuti setengah hari untuk menyelesaikan semuanya.

Sampai di kantor bank pula. Hal lain pula yang terjadi. Betul-betul mengecewakan saya. Mereka memberitahu saya mereka tiada kuasa untuk mereset password tersebut kerana akaun saya itu di buka di tempat lain dan bukan di situ. Pulak dah. Aduh panasnya hati. Untuk pengetahuan akaun tersebut saya buka di Penang dan ketika ini pula saya di Kulim. Huh..takkan saya mahu ke Penang semata-mata hanya untuk urusan remeh ini. Leceh betul.

Jadi saya ambil keputusan untuk menutup akaun itu dan buka akaun baru. Malas la mahu ke Penang. Jika kebetulan turun Penang atas urusan kerja tidak mengapa lah. Kali ini timbul lagi masalah yang lain. huhu..Sungguh mengecewakan. Sekali lagi mereka mengatakan jika hendak menutup akaun di haruskan ke branch bank yang akaun itu di buka. Aduh. Macam saje je nak menguji tahap kesabaran saya. Di ingat-ingat balik yang saya sedang berpuasa, saya cuba untuk bersabar. Nasib baik la officer bank tersebut good looking dan handsome, jika perempuan confirm free-free je kena makian saya. Sudah jadi lumrah alam, cas yang berlainan akan menarik. hehe..Macam apa yang terjadi pada officer JPJ Kulim yang pasti teruk saya maki.hehe..Sebabnya officer tersebut ialah perempuan. haha..Yang ini pun ada kisahnya. Lain kali la saya ceritakan. Yang sebenarnya salah satu sebab saya maki makcik itu, sebab dalam mind set saya memang saya benci dengan pekerja kerajaan ini. Tak suka. Benci sangat-sangat. Ni pun ada history jugak.

Merumitkan betul la sistem perbankan di Malaysia ini. Bayangkan jika akaun bank tersebut saya buka di Ipoh atau di Johor ke. Takkan la saya mahu turun ke sana semata-mata untuk tujuan menutup akaun bank yang tidak seberapa ini. Bukannya kampung saya di sana.Tiada tujuan lain pun untuk turun ke sana. Leceh betul. Membuang masa, duit dan tenaga betul. Sudah 3 bank saya jumpa begini. Sistemnya langsung tidak user friendly. Bongok tak? Abis keluar perkataan teruk dari saya. Takpe saya dah buka puasa dah pun. hehe..

Habis cerita pasal tutup akaun itu. Saya ambil inisiatif untuk membiarkan sahaja akaun tersebut dan buka sahaja akaun baru di branch bank tersebut tetapi produknya yang lain. Jika kebetulan saya turun ke Penang barula saya tutup akaun tersebut. Saya mengambil peluang ini untuk membuka satu islamic akaun. Untuk mengelakkan riba yang sememangnya haram untuk umat Islam. Sekali lagi masalah timbul. Austagfirrullahilazim.

Betul-betul mengecewakan dan tidak saya jangka. Bayangkan nak buka satu akaun baru pun kena ada surat sokongan lain. Bukan hanya semata-mata kad pengenalan tau. Kad pengenalan anda tidak berguna k. Walaupun kerajaan sudah keluarkan kad pengenalan baru k. Buang duit rakyat lagi.

Nak buka akaun baru kena ada kad atau surat sokongan yang lain. Sebagai contoh bank tersebut mahukan kad ID company saya. Ada juga bank lain yang mahukan bil-bil api atau air atau bil astro yang di atas nama yang sama. Takkan la nak ke bank pun saya hendak bawa ID card company saya. Di buatnya kad tersebut hilang. Saya juga yang susah. Nak kena buat urusan dengan Intel pulak. Kena denda RM50 pula jika hendak buat ID card yang baru. Macam-macam betul la. Betul-betul menguji kesabaran saya. Dalam hati dah menggelegak ini. Tetapi bila di ingatkan yang sekarang ini saya sedang merawat hati saya, saya abaikan sahaja la. Semoga Allah SWT akan membalasnya di akhirat kelak.

Jika tidak kerana sistem internet banking nya yang bagus dan selamat, sudah pasti saya gunakan bank lain. Banyak lagi option lain yang boleh di pilih. Akhirnya digagahkan juga diri ini untuk pulang ke rumah. Bagi mengambil ID card. Baik saya gunakan peluang saya yang tengah bercuti ini untuk selesaikan semua hal ini. Malas la pula mahu mengambil cuti lain. Kebetulan pula saya pulang ke rumah saya bawakan sekali bil astro atas nama saya. Just incase jika mereka minta bil pula. Leceh kan. Sudah la perjalanan dari rumah saya ke bank tersebut kena menaiki kenderaan. Bukannya boleh berjalan kaki. Ditambah dengan cuaca yang agak panas. Ditambah pula saya sedang berpuasa ini. huhu..Betul-betul menguji kesabaran saya. Dalam fikiran, buka sahaja la akaun di sini. Nanti jika di takdirkan saya berhenti kerja dari Intel, akan saya tutup dahulu akaun tersebut dan buka di KL. Senang nanti bila ada hal kecemasan yang memerlukan saya berurusan dengan pihak bank. Leceh kan. Sistem mereka memang rumit dan tidak user friendly langsung.

Jadi peringatan untuk anda semua. Jika hendak buka akaun baru, bawa sekali segala bil-bil yang ada di rumah di tambah dengan ID card company k. Jangan jadi macam saya. Lagi satu, jika nak tutup akaun itu, jangan harapla dapat tutup di branch yang terdekat. Anda kena pergi juga ke branch yang anda buka akaun tersebut k. Melecehkan. Merumitkan. Not user friendly at all. So kepada pegawai bank yang baca entri ini, sila voice up masalah ini ke top level k. Menyampah.

Semoga Allah SWT dapat mengampuni dosa hambamu ini pada hari ini. Amin Ya Rabbal A'lamin. Sesungguhnya Engkaula yang maha pengasih, penyayang dan pemurah.

No comments: