Wednesday, April 22, 2009

Mahmoud Ahmadinejad

Assalamualaikum wbt

Saya tertarik untuk mengutarakan isu yang hangat ketika ini. Mengenai keberanian ucapan yang dilontarkan oleh seorang pemimpin Iran iaitu Mahmod Ahmadinejad ketika di persidangan Diplomatik EU semalam. Isu ini heboh diperkatakan di semua media di seluruh dunia dan tidak ketinggalan bagi media di Malaysia. Saya ada membacanya semalam di Berita Harian online. Tapi pagi ini sekali lagi topik ini dibincangkan di radio IKIM. Saya pun ingin ucapkan tahniah kepada radio IKIM kerana berani membincangkan isu ini secara umum. Semoga niat anda yang murni ini di terima dan di redhai oleh Allah SWT.

Tahniah Mahmoud Ahmadinejad. Saya mengagumi dan menyegani anda di atas keberanian dan ketegasan anda untuk mengeluarkan kata-kata seperti itu. Belum tentu ada pemimpin negara Islam yang akan berani mengeluarkan kenyataan seperti anda. Semoga anda akan menjadi contoh dan ikutan bagi pemimpin negara Islam yang lain di seluruh dunia. Dimana tidak hanya akan mengikut telunjuk barat.

Saya petik sedikit kata-kata yang keluar dari mulut pemimpin Iran ini:

Kerajaan yang benar-benar perkauman di wilayah Palestin yang di duduki.
Mereka hantar pendatang dari Eropah, Amerika Syarikat untuk mewujudkan kerajaan yang perkauman.

Inilah di antara kata-kata yang dilontarkan oleh Mahmoud Ahmadinejad. Untuk pengetahuan dia adalah pemimpin yang memberi ucapan yang pertama pada persidangan tersebut. Kagum sangat. Walaupun dia tidak menyatakan secara jelas nama Israel tapi dia sungguh berani untuk mengeluarkan kata-kata tajam seperti itu. Adakah anda rasa ada pemimpin negara Islam lain yang berani untuk membuat kenyataan seperti ini? Adakah anda rasa PM kita akan berani keluar kata-kata pedas ini? Tidak kira la sama ada Dr. M ke, Pak Lah ke dan Najib ke, adakah anda rasa mereka berani? Sudah pasti la mereka tidak akan berani kerana mereka sendiri pun sudah di kuasai oleh pengaruh barat.

Kalau Mahmoud Ahmadinejad berani untuk berjuang untuk penduduk Palestin, kenapa tidak kita? Banyak kaedah dan cara yang heboh di perkatakan, tetapi adakah kita dengan ikhlas berani untuk mengikuti kaedah tersebut? Adakah kita juga berani dan bersedia untuk berjuang untuk menentang musuh Islam? Bukanlah berani berjuang yang dikatakan adalah dengan berperang dengan mereka, ini adalah yang tidak akan mampu kita lakukan. Tetapi sekurang-kurangnya kita berjuang dengan menggunakan kaedah yang lain. Jangan hanya keluar di mulut tapi tangan dan kaki tetap melakukannya.

Saya juga tertarik dengan peribadi Mahmoud Ahmadinejad ini. Dia seorang pemimpin yang hidup secara bersederhana. Tidak ada rumah besar, tidak ada kereta mewah. Peribadi dan kehidupan yang dipilihnya, saya boleh katakan sama seperti Nabi Muhammad SAW. Walaupun menjadi pemimpin yang disegani, tetapi Nabi junjungan kita ini, lebih memilih hidup dalam kemiskinan.

No comments: