Assalamualaikum wbt
Saya tak tahu sama ada perbuatan saya buat semalam betul ke tidak. Saya seorang sahaja kah yang merasakan seperti ini atau orang lain pun sama seperti saya. Saya berharap apa yang saya buat ini betul. Semoga Allah SWT mengampunkan hamba mu yang hina ini.
Sampai di rumah semalam saya masih teringat-ingat kejadian semalam. Sampaikan ke hari ini saya masih ingat dengan jelas kejadian itu. Bermain-main di mata dan kepala ini. Walaupun telinga sekarang di halwakan dengan lagu O-Re-Piya, masih terngiang-ngiang lagi di telinga ucapan semalam.
Ceritanya begini, semalam saya ke LongWan untuk membeli pencuci muka. Ini disebabkan pencuci muka saya tertinggal di KL. Selepas habis kerja semalam, saya singgah di LongWan dahulu sebelum pulang ke rumah. Masuk ke dalam LongWan, saya terus ke tingkat atas. Ini disebabkan saya memang sudah arif dengan LongWan. hehe..
Sampai di tingkat atas, saya terus ke rak penjagaan kesihatan. Sampai di situ, saya pening kepala mahu membeli produk yang mana. Ini kerana produk yang selalu saya gunakan tidak di jual di situ. Jadinya saya berpusing-pusing dari satu ke satu rak yang lain untuk mencari produk yang berkenan di hati. Saya malas mahu ke pasaraya yang lain. Baik di cari sahaja produk lain yang sesuai di situ. Ingat sementara menunggu suami saya datang ke sini untuk membawa pencuci muka saya tersebut, guna sahajala produk yang lain. Mungkin cari yang murah sikit kut. hehe..
Semasa saya sampai ada sepasang suami isteri di rak tersebut. Promoter yang berada di situ, ketika itu sedang melayan pasangan ini. Sebenarnya saya rasa annoying kalau promoter membuntuti dan bertanya itu ini ketika saya mencari barang. Jadinya saya pun cepat-cepat cuba mencapai pencuci muka yang berkenan di hati. Supaya promoter itu tidak la mengacau konsentrasi saya. Tetapi belum sempat mencari yang berkenan di hati, pasangan itu sudah selesai membeli. Dalam hati, alamak. Ni mesti promoter akan datang ke saya.
Seperti yang dijangka, promoter itu pun datang kepada saya bertanya saya cari apa. Seperti biasa, saya geleng la kepala. Memang saya akan buat macam ini jika ada promoter yang bertanya kepada saya. Tetapi amoi yang seorang ini tidak memahami kut. Dia cuba membontoti saya. Aduh. Ni yang buat saya rasa rimas.
Dia masih lagi cuba untuk berbual dengan saya. Dia pula mahu mempromosikan produknya pada saya. Dalam hati, ish amoi ni. Saya pun cuba bersopan dengan berkata sesuatu dengannya.
"It's ok miss. I'll find it myself k"
"Which product you want to buy?" Amoi ni memang tak faham bahasa la. Kalau saya dah cakap macam tu, means saya tidak mahu di kacau la. Masih lagi nak bertanya soalan.
Ketika itu saya betul-betul rasa rimas sangat. Jadinya saya buat tak tahu apa yang amoi yang ni cakap. Saya masih lagi berpusing-pusing mencari pencuci muka yang berkenan di hati. Sudah jumpa yang berkenan di hati, terus saya tinggalkan promoter itu terkial-kial. Salahkah saya. huhu..Dari dulu saya memang tidak suka dan rasa annoying sangat-sangat kalau ada promoter membontoti saya ketika tengah membeli belah. Sampai satu tahap saya akan terus keluar dari kedai. Rasa rimas dan tidak selesa sangat-sangat. Biarlah saya buat pilihan saya sendiri. Saya tidak suka dipengaruhi. huhu..
No comments:
Post a Comment