Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Pagi ini saya sudah jumpa balik note saya yang hilang semalam. hehe..Punya tak puas hati mana saya letakkan note tu. Saya pun mecuba selongkar beg. Rupa-rupanya terselit pada compacment laptop. Ada tempat nak menyorok tuh. Pandai betul kamu nak menyorok ye..note. Alhamdulillah. Walaupun internet banking tu dah kena block. Saya bersyukur, sekurang-kurangnya bukan orang lain yang jumpa. Saya yang jumpa balik. hehe.. Rasanya lepas ni kena wat copy la kut.
ye..ye..Saya boleh bergumbira.. hehe..Kalau suami tahu ni, confirm kena marah ni. Dia dah pesan semalam dah, supaya cari betul-betul dulu. hehe..Gelabah punya pasal la semalam.
Sekurang-kurangnya ada hikmah di sebaliknya. Jika buku nota itu saya jumpai semalam, pasti sampai sekarang saya masih tidak tergerak hati mahu menukar akaun simpanan saya pada islamic account. hehe..Alhamdulillah.
Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan jalan ke atas hamba-hambanya yang ingin cuba berubah dan mendekati dirinya. Teringat ceramah ustaz di radio IKIM pagi tadi. Jika kita datang ke arah Allah SWT dalam keadaan berjalan, Allah SWT akan datang ke arah kita dalam keadaan berlari. Wa'llahu'a'llam. Semoga kita semua di dalam golongan orang yang seperti ini. Semoga kita sentiasa di redhai oleh Allah SWT dan di cucuri rahmat dan hidayah-Nya dengan banyak nya pada setiap hari.
No comments:
Post a Comment