Friday, April 17, 2009

Perkenalkan Anak Saya..hehe

Assalamualaikum wbt

Masih ingat tak dengan entri saya yang lepas pasal anak buah saya. Pagi ini dapat juga saya melihat gambar si kecil ini. Nasib baik si ibu bayi ini mahu untuk mengirim gambarnya ke email saya. Ini pun setelah di desak beberapa kali. Katanya, kalau mahu tengok bayi kecil ini, balik la KL. No email-email. haha..Tak peduli nak tengok juga muka si kecil ini. Sama tak dengan muka bapa nya. Ani ada memberi gelaran pada bapanya. Lekat gelaran itu pada tuan punya badan. Kelakar pula bila ingat dengan nama gelaran tersebut. Sampai anaknya pun muka sebijik macam bapanya. Nasib baik kulitnya putih tidak hitam seperti bapanya. haha..

Pagi-pagi lagi saya sudah menelefon mak. Nak tengok apa nenek baru ini buat di pagi-pagi hari. Mesti sibuk melayan cucunya seorang ini. Sebenarnya, tujuan menelefon kerana ingin mendengar suara si kecil ini menangis. Tapi kecewa pula. Mak kata si kecil ini masih tidur. Habis berborak dengan mak, berpindah telefon pada Ani pula. Katanya Enchi sayang sangat dengan si kecil ini. Jika di suruh mengambil sesuatu barang untuk si kecil ini, di menuruti sahaja. Jika sebelum ini, susah benar mahu menyuruhnya mengambil sesuatu barang. Banyak betul alasannya. Kata Ani lagi, hidungnya sebijik macam saya. Kemudian saya balas kembali, tu la, dulu mak si kecil ini selalu mengejek hidung saya. Kan sudah terkenan kat anaknya. haha..

Sebelum memutuskan perbualan, saya sempat meninggalkan pesan pada Ani supaya menelefon saya sekiranya si kecil ini menangis. Kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, Ani menelefon kembali. Lagi sekali dapat mendengar suara si kecil ini menangis. Bestnya. Terasa macam anak sendiri pula. Si kecil ini menangis pun kerana mak sedang memandikannya. Penakut sungguh dengan air. Sama sahaja dengan mamangnya semasa kecil yang takut kan air. Jangan takut nak mandi kepala macam mamangnya sudahla. hehe..

Sini saya postkan sekali gambar si kecil ini yang baru berumur 3 hari. Bayi ini di beri nama Noor Qaireen Izzati. Dilahirkan pada 15 April 2009 pada pukul 9.30 malam dengan berat 2.5kg.


Banyak bulu macam Mak Long nye..hehe..Mina, kalau macam tu ni anak aku. :P hehehe.. Hidung pun dah sebijik macam aku. :)


Nota: Tengok bayi ini, terasa macam nak ada anak sendiri jek. Lan pun sudah bertanya tadi. Giliran saya bila lagi. hehe..

No comments: