Assalamualaikum wbt
Ada sekali itu turun bersarapan di kantin bersama Ummu. Rasanya minggu lepas. Kebetulan di kantin ketika itu diadakan ujian kesihatan yang diberikan secara percuma kepada pekerja Intel. Semuanya kos ujian di biayai oleh Intel. Saya tidak menyertainya kerana saya baru sahaja menyertainya pada bulan 10 tahun lepas. Jadi masih baru, belum pun sampai setahun lagi.
Ummu pun mengajak untuk menimbang berat menggunakan penimbang yang di sediakan di situ. Untuk pengetahuan mesin penimbang itu boleh mengukur ketinggian juga dan yang paling canggih ia boleh mengira BMI sekali.
Sampai giliran saya untuk menggunakan mesin tersebut, rasa berdebar-debar di dada. Selepas dapat resultnya terkejutnya saya. Saya sudah semakin berat jika nak di bandingkan dengan tahun lepas. huhu..Tidak perlu la saya dedahkan berat saya. Malu seh. Pengiraan BMI saya ialah 25. Sudah sampai ke tahap overweight. huhu..Sedihnya.
Hati saya sudah mulai risau. Ia sudah menjadi lumrah setiap manusia yang akan merisaukan berat badan yang semakin bertambah. Saya pun tidak terlepas dari keadaan ini. Rasa macam seperti mahu berdiet. Baju pun banyak yang sudah ketat untuk di pakai.
Bila di utarakan masalah ini pada suami. Seperti kebiasaan, suami akan kata : Berat apa? Cuba tengok kat tengkuk leher tu. Nampak je tulang.
Jika diutarakan tentang baju saya yang sudah ketat untuk di pakai. Suami akan menjawab : Baju tu yang makin kecik. Bukan ayang yang makin besar.
Jika saya cuba menguji berat saya dengan duduk di atas ribanya. Sambil bertanya : Abang rasa berat tak?
Suami akan senyum sahaja. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Ini kerana dia tidak mahu saya akan mengugutnya untuk diet.
Jika tengah makan malam bersama di rumah. Dia sendiri akan menyenduk nasi ke dalam pinggan saya. Dia khuatir saya akan makan sedikit sahaja. Bila saya katakan masih kenyang. Suami menjawab : Kenyang apa. Satu hari tak makan nasi kan. Makan banyak. Nanti siapa nak habiskan lauk ni. Biar nanti makin comel.
Jika suami tiada di sisi. Saya kurang berselera untuk makan malam. Makan berseorangan rasa seperti makanan itu tidak enak untuk di telan. Jadi di malam hari saya tidak akan makan. Hanya dengan minum air atau makan buah. Suami selalu SMS akan tanya : Dah makan belum?
Seperti kebiasaan saya akan menjawab : Belum. Tapi dah makan buah dengan air vitagen.
Suami akan terus menelefon dan mula la di suruhnya saya masak apa yang ada di rumah itu atau beli makanan di luar. Kebiasaannya saya akan membalas kata-kata malas. Akhirnya suami akan mengalah. Suami akan kata : Atleast minumla air madu itu. Jangan di biarkan perut tu kosong.
Risau dengan saya yang jarang makan malam, semalam di belinya oat di CNI untuk saya. Harganya agak mahal. Suami kata : Waktu malam tu makan ini kalau malas nak masak. Bancuh dengan air panas jek. Kalau malas jugak, tak tahu la nak kata apa. Oat ini bagus untuk kesihatan jugak selain mengenyangkan perut. Makan jangan tak makan. Awak tu dah la kurus. Nanti makin kurus.
Bila ingat balik kata-kata suami ini rasa kelakar. Ada sahaja ayat yang keluar dari bibirnya cuba untuk mempertikaikan setiap patah kata saya. Kadang kala saya rasa sangat di hargai. Sayang abang. hehe...
No comments:
Post a Comment