Thursday, April 23, 2009

Situasi yang serba salah

Assalamualaikum wbt

Pada ketika, saat dan waktu ini, hati ini sedang bergundah gulana. Sedang bersusah hati. Sedang berkira-kira mana yang baik dan mana yang buruk. Walaupun pada ketika ini, tengah bermesyuarat dengan jurureka litar, hati ini memikirkan hal lain. Apa la agaknya jurureka litar ini repekkan. Di abaikan sahaja la.

Banyak sangatla benda yang di fikirkan di dalam otak ini. Otak ini cuba mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tetapi apabila satu masalah sudah selesai, masalah lain pula yang timbul. Tidak tahu jalan dan keputusan mana yang terbaik dan enggak tahu keputusan mana yang boleh menimbulkan keburukan kepada semua pihak.

Susahnya la ye hendak menjaga hati semua orang. Diri ini dalam keadaan serba salah.Tidak tahu mahu menjaga hati yang mana satu. Jika diikutkan mahu menjaga hati semua orang. Tapi macam susah bangat ya mahu memuaskan hati semua orang.

Situasinya begini, bila diri ini cuba di bawa ke kanan untuk memuaskan hati orang yang berada di kanan, orang yang berada di kiri pula akan rasa tidak puas hati. Jika diri ini di bawa ke sebelah kiri pula bagi memuaskan hati orang yang berada di sebelah kiri, orang di sebelah kanan pula sebaliknya. Aih..susahnya. Jika seorang merajuk, seorang lagi suka. Bila seorang lagi sudah suka dan puas hati dengan tindak tanduk diri ini, seorang lagi pasti akan merajuk. Aduh.. Gimana ni? Pening.. Apa yang harus diri ini lakukan? Jalan mana yang terbaik. Masih tidak nampak jalannya.

Sudahnya diri ini cuba untuk berdiri di tengah-tengah. Tidak ke kanan dan tidak pula ke kiri. Biar dua-dua tidak akan terasa hati dengan tindak tanduk diri ini. Senang hati ini. Tidak perlu untuk berasa susah hati bilamana tindak tanduk harus di jaga bagi mahu menjaga hati kedua-dua belah pihak. Tetapi bila berada di tengah-tengah begini, hati ini pula yang gundah gulana. Diri ini mula makan hati. Di simpan seorang diri. Bila hati mula berasa susah hati seorang diri, air mata mula menjadi murah. Curahnya air mata ini tidak dapat di tahankan. Suara mula jadi payah mahu dikeluarkan. Suara mula menjadi mahal, seperti malas sekali mahu berbicara dengan semua orang. Orang yang tidak bersalah pun akan menjadi mangsa. Hati pun akan menjadi sebal. Jiwa ini terasa kosong. Jasad mula terasa macam tidak bermaya dan tidak bermakna.

Maka nya, hati ini berkata. Bertawakkal sahaja la di atas ketentuan yang telah di tetapkan oleh Yang Maha Esa. Di serahkan sahaja diri ini kepada-Nya. Biarlah semua yang baik yang dan yang buruk di tentukan oleh-Nya. Biarlah semua berlalu dan akan berlaku dengan sendiri nya. Tidak perlu bersusah hati mahu memikirkannya. Jalani hidup ini dengan gembira, ceria dan riangnya. Semoga Allah SWT akan menolong hamba mu ini yang tidak berdaya ini. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu mana yang terbaik dan mana yang terburuk untuk diri ini. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Wa'allahua'allam.

Nota: Marilah kita melayan lagu. Supaya hati ini tidak perlu bergundah gulana lagi. Tetapi lagu apa yang menarik ek.

4 comments:

idamurni said...

wah..kedengaran nye berat masalah anda.dok tengah tengah is the best ways kot. cecewah..pepandai je. caiyok caiyok..peace!!

idamurni said...

sile dengar lagu bintang oleh AIR. puspa oleh ST12 atau red line oleh shizuka.
hahhaa..at least itu lagu yang saye nak dgr if sakit jiwak.
peace!

Alam Maya Mieda said...

hehehe..thx to ida aka ida kanan. :P
ye ke..ok kalo mcm tu nak dengar la. thx for sharing. tp rasa mcm xde mood nak buat keje..boleh x nak melagha? muahaha..

Alam Maya Mieda said...

betul la..rasa release skit lps dgr lagu ni. tp plg suka lagu puspa..ala-ala lagu dangdut. hehe..
thx ida murni since want to share the song with me.
let sing togheter...hehe.. :P
"..lala..jangan..jangan..kau menolak cintamu..jangan..jangan..kau ragukan hatimu..lalala.." muahaha..