Seingat-ingat saya la, saya senang sahaja meluahkan kemarahan saya pada orang lain. Terutama keluarga saya. Yang selalu jadi mangsa adik-adik saya. Ini kerana saya yang paling tua jadi egonya tinggi.hehe..Pantang ada yang silap, pasti saya akan naik angin. Kadang-kadang bila difikir-fikir kembali saya ni panas baran jugak. Mungkin ikut keturunan mak saya kut. Hehe..Teringat dulu waktu kecil-kecil, habis badan saya dan adik-adik yang lain lebam-lebam kena bantai dengan mak jika kelakuan kami tak di senangi oleh mak. Pantang silap sikit, pasti mak akan bantai dengan kayu besar. Tapi jangan salah anggap. Mak bukan mendera kami adik beradik. Ini salah satu cara didikan mak kepada kami. Sebenarnya saya bersyukur, jika tidak dengan didikan mak, pukulan tangan mak dan kesan lebam-lebam di badan, mungkin saya tidak akan berjaya seperti ini. Terima kasih mak. Ini semua hasil didikan mak.
Tapi bila dah besar ni, rindu pula nak kena marah dengan mak. Huhu..Tapi sekarang ni Ani la yang selalu jadi mangsa kat rumah. Ko je yang masih tinggal di rumah pun sebab kakak-kakaknya yang berdua ini sudah ikut pasangan masing-masing. Jadi Ani, sekarang giliran kamu. Kami semua masa kecil sudah selalu kena.haha..Best tak Ani? Teringat kenangan bila dapat buli adik-adik. Hehe..suka..suka..Untuk pengetahuan, kadang kala saya pernah cubit adik-adik saya sekuat hati sampai ada kesan lebam yang ketara sebab marahnya saya pada mereka. Terutama Ani dan Anam. Kesian mereka. Kakak minta maaf ye. Sampai Ani kata nak balas dendam pada anak saya nanti..haha..Takpe jangan risau, lambat lagi la kamu nak merasa anak buah baru. Kamu tunggulah anak buah yang bakal keluar bulan 5 ni. Hehe..Kamu balas dendam la pada budak kecik yang baru ni..haha..jangan marah ek minah..huhu..Ani rindu la nak cubit ko lagi. Hehe..Tapi sekarang kalau cubit ko, mesti ko tak rasa sakit pun kan, sebabnya lemak dah banyak di badan. Haha.. :P
Saya juga ingin memohon maaf untuk adik-adik saya (macam adik saya baca je blog ni..hehe..kalau ada pun si minah senget tu je..haha..oppss..maaf ye adik minah ku sayang..haha..) dan kawan-kawan jika ada yang pernah kena herdikan saya dan ada yang terasa dengan saya. Saya ini hanya manusia biasa sahaja, tidak lepas dari melakukan kesalahan. Harap diampunkan salah dan silap saya.
Hari isnin yang lepas saya ada mendengar program di Astro Oasis bertajuk “Rawat Hatinya”. Rasa insaf sekejap lepas dengar kata-kata dari ustaz tersebut. Walaupun tak bertentang mata tapi kata-katanya menusuk di hati. Macam kena tusuk dengan susur panah. Huhu..Ingin rasanya di kongsi bersama. Ustaz ini berkongsi bagaimana cara untuk kita mengatasi dan mengawal marah dengan cara yang betul. Ini adalah isi-isi dari program tersebut. Hanya sikit yang dapat saya catitkan. Isi yang lain-lain nya tidak dapat saya catitkan sebabnya fikiran dah melayang. hehe..Program ini disiarkan setiap hari sehingga 14 Mac ini, pukul 6.30 ptg di saluran 106. Bagi yang berkesempatan, tengokla program ini. Menarik isi-isi nya. hehe..
Ustaz ini ada bercerita tentang seorang sahabat di zaman Rasulullah SAW. Ketika itu sahabat ini ada bersama dengan Rasulullah SAW. Sahabat ini di marahi oleh seseorang yang lain. Rasulullah tidak berkata-kata apa pun ketika sahabatnya ini dimarahi oleh orang lain, malah Rasulullah SAW hanya tersenyum lebar sahaja. Tetapi dia masih ditempatnya, tidak berganjak sedikitpun. Ketika sahabat ini mula berkata-kata untuk memarahi orang tersebut. Rasulullah SAW terus bangun dari tempatnya. Selepas peristiwa itu, sahabat ini bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kejadian tersebut. “Ya Rasulullah, mengapa pada ketika aku di marahi oleh orang tersebut, kamu senyum sahaja, tetapi bila sahaja aku berkata-kata dan memarahinya kembali, kamu terus bangun Ya Rasulullah”. Rasulullah SAW menjawab “ Di kala kamu dimarahi, aku tersenyum kerana aku melihat malaikat mengelilingi di sekitar badan kamu disebabkan kamu sabar. Tetapi bila mana kamu berkata-kata aku melihat syaitan mengelilingi di sekitar badan kamu pula. Itulah sebabnya aku bangun”.
Kesinambungan kisah ini tidak dilanjutkan oleh Ustaz A'agim ini. Masa itu terfikir mesti bila saya marah syaitan banyak disekeliling saya. Eee..seramnya. huhu..padanla bila saya marah selalu rasa panas dan merah je muka..Rupa-rupanya api dah mengelilingi badan saya..huhu..
Pertama sekali, jika ada orang yang marah pada kita:
- Kita harus bersyukur kepada Allah SWT sebab bukan kita yang marah. Tapi orang itu yang tengah marah.
- Kita juga harus rasa kesian padanya kerana dia tidak dapat menahan marahnya. Kesian padanya disebabkan dia akan mendapat dosa.
- Kita cuba senyum sahaja pada orang yang tengah marah pada kita itu. Jangan cuba untuk berkata-kata.
- Cuba bergerak dari tempat tersebut dengan secepat mungkin. Supaya syaitan tidak dapat menghasut kita. Jika tengah berdiri, cubalah duduk. Jika tengah duduk, cubalah untuk berbaring.
- Seharusnya ambillah wuduk. Sesungguhnya marah itu datangnya dari syaitan dan syaitan itu datangnya dari api, dan lawannya api adalah air. InsyaAllah kita akan terlepas dari godaan syaitan durjana ini.
B- Benar bila berkata-kata. Jangan didustakan setiap patah kata yang keluar dari mulut
M- Manfaat. Bila berkata-kata cuba untuk berkata-kata yang boleh memanfaatkan orang lain.
TEN-Tenang bila berkata-kata
SO- Sopan bila berbicara
FA-Fasih. Jangan banyak bicara yang tidak patut dan tidak manfaat
LE-Lembut. Usahakan bicaranya jangan kasar. Berbicara dengan lemah lembut
S- Secukupnya. Cuba usahakan untuk secukup-cukupnya dalam berbicara jangan dilebihkan.
Memang betul ada orang kata setiap kesabaran ada hadnya. Saya sendiri pun pernah mengalaminya dan saya sendiri pun mengamalkan perinsip ini. Kadang-kadang perasaan amarah itu tidak dapat dibendug-bendung. Macam kes saya dengan DE saya. Haha..Marah betul saya dengan si DE ini. Huhu..Rasa insaf kejap bila saya ingat balik kejadian ini. Huhu..Austagfirrullahilazim.. Tapi macam ustaz ni cakap. Jika kita hendak hati yang bersih, cuba usahakan untuk rawat hati kita. Marah juga adalah salah satu punca yang boleh menyebabkan hati kita jadi rosak. Jika masih menjadi keupayaan kepada kita untuk menahan sabar atau menahan marah adalah lebih baik diamalkan. Jangan sampai ia merosakkan hati kita. Semoga kita akan mendapat balasan yang baik dari Allah SWT. Adalah perkara paling utama dan penting bagi umat Islam untuk menjaga hati dari rosak. Sesungguhnya hati yang rosak tidak dapat membuat solat kita khusyuk. Wa’allahua’alam.
3 comments:
ada org kata anak sulung ni baran sikit. kish dulu pun suka marah2 adik tp skrg dah tak boleh sbb derang pun dah bleh pikir marah kish tu tak bertempat kdg2. so lama2 dah bleh cuba cool down.
hehe..kalo mcm tu kte pun sama la kn kish..hehe..ida pun dulu suka marah2 adik2 ida..smpi satu tahap derang lawan balik ckp ida. sejak dah kawin malas nk amik port sgt dah..hehe..skrg kalau marah pun..ckp lembut2 tp keluar ayat yg pedas terus..hehe..
ani x berani nk wat kat anak aku nti....
anak ko iye kot sbb ko suka marah dia......hahahahaha
ngan enchi jarang lak ko marah......
ko syg adalah.......
Post a Comment